? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, January 28, 2009

Hebatnya Minda!

Nampaknya, rusukkiri bukan lagi sekadar menjadi peneman & penyumbang idea buat Tok Canang. Jari - jemarinya sudah mula untuk berjinak - jinak dengan 'keyboard'. It's a good progress! Sebagai antara jalan untuk mengasah & menyuburkan minda agar lebih terdorong untuk 'develop' sesuatu yang hebat untuk diri, keluarga, umat dan agama.
Bercakap pasal minda, bak kata orang ia seperti pisau yang perlu sentiasa diasah dan digunakan. Kalau hari - hari diasah tapi jarang sekali digunakan, tak de manafaat jadinya. Nama je 'pisau yang tajam', tapi tak pernah teruji ketajamannya. Taklah hebat sangat jadinya, kalau dibandingkan dengan 'pisau yang tajam' dan seringkali digunakan untuk pelbagai tujuan. Tentunya lebih hebat bukan? Begitulah juga gambaran minda kita. Ia anugerah Allah S.W.T yang cukup istimewa dan paling berharga berbanding daripada anugerah lain yang terdapat pada tubuh badan manusia.
Namun, kehebatan minda tidak boleh dibiarkan sendirian. Ia pada masa yang sama harus berdampingan dengan iman dan takwa terhadap Allah S.W.T dengan setulus - tulusnya. Jika tidak, kehebatan minda hanya akan mendorong ke arah kerosakan dan bencana kepada manusia itu sendiri!
Walaupun anggota badan lain tidak begitu sempurna, dek kecacatan fitrah, kehebatan minda yang dimiliki akan menjadi penyelamat kepada kehidupan seseorang di dunia dan di akhirat. Sebab itu dapat dikatakan, kecacatan bukan halangan untuk menggapai kecemerlangan dalam kehidupan, asalkan kehebatan minda sentiasa diasah dan digunakan sebaik mungkin. Apa yang penting, di mana ada kesungguhan, di situlah ada jalannya!
Semoga kita terus 'meneroka' anugerah kehebatan minda ini... Tok Canang

0 comments: