? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, February 21, 2009

Kurangkan cakap politik, mari tangani cabaran ekonomi negara - Komen

Berikut adalah komen dan pandangan saya berhubung artikel yg bertajuk 'Kurangkan cakap politik, mari tangani cabaran ekonomi negara' yg disiarkan dalam Utusan 21 Feb 2009. (Komen saya adalah yg bertulisan bold)

LETIH... hari-hari ada saja pergolakan politik. Jangan lupa, dalam beberapa hari lagi, genap setahun wakil-wakil rakyat diberi amanah oleh pengundi.
Tapi dalam tempoh setahun ini banyak perkara yang tidak dijangkakan telah berlaku. Hakikatnya, tiada hari tanpa kisah politik.
Komen:"Memang benar tidak banyak usaha yg tampak jelas untuk manafaat rakyat. Hanya pergeseran politik kepartaian, baik dipihak parti pemerintah, mahupun pembangkang. Masing2 meletakkan politik & kuasa sbg matlamat, bukannya jalan untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat. Itulah yg terjadi pergeseran seperti itu. Pokok pangkalnya keikhlasan pemimpin sukar dimengertikan! "
Situasi politik tanah air masih membara dan ada masa membakar semangat anak watan. Jika tak dikawal, boleh bertukar jadi bencana.
Aksi-aksi demonstrasi jalanan sudah kembali seperti di depan Istana Kuala Kangsar. Kita harap ia tidak menjadi aksi setiap minggu. Jika tidak, rakyat akan bertambah bimbang dan risau dengan suasana kancah politik negara. Tak payah kita ikut rentak politik demonstrasi seperti negara jiran.
Komen: "Dalam hal ini saya turut tidak bersetuju dgn sebarang usaha yg boleh menganggu-gugat ketenteraman masyarakat dan negara. Namun, sdr tidak boleh menunding kpd pihak pembangkang semata - mata. Memang benar, nampaknya mereka sudah 'naik taring' dalam banyak situasi. Tapi, BN sebagai parti majoriti yg dipilh rakyat utk membentuk kerajaan persekutuan harus memuhasabah diri dengan penuh keikhlasan, apakah punca sebenarnya di sebalik apa yg terjadi. Masakan pokok sewenang - wenangnya bergoyang tanpa ditiup angin? Sikap sentiasa untuk menyalahkan orang lain, baik dipihak parti pemerintah mahupun pembangkang perlu ditolak ke tepi.. Agenda pembelaan nasib rakyat mesti diutamakan. Berpolitiklah secara matang, bukannya berdasarkan emosi dan rasa kebencian yg meluak2 dlm diri seseorang pemimpin. Dan inilah yg terjadi pada hari ini"
Sesetengah rakyat sudah mula merasa bosan dan meluat bila melihat bahawa agenda politik kini sudah mengatasi hal ehwal kehidupan rakyat.
Paling teruk, ia membawa politik negara menjadi tidak stabil. Lihat bagaimana pemimpin politik parti pembangkang mula menunjukkan belang mereka. Selepas buat kecoh di dalam Dewan Rakyat, budaya biadab dijelmakan di peringkat negeri dengan per cubaan mengheret Sultan Perak ke mahkamah.
Komen: "Apa yg berlaku pada hari ini, posisi kepimpinan politik banyak dikerumuni oleh mereka yg hanya berbekalkan kpd semangat juang yg membuak terhadap isu2 tertentu, tetapi mempunyai daya dan matlamat kepimpinan yg secara terangan dapat dipertikaikan, baik dipihak parti pemerintah mahupun pembangkang. Justeru pada anggapan saya, kalau benar sudah menjadi pilihan rakyat untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di Perak melalui proses pemilihan demokorasi yg telus, semua pihak harus akur. Namun bagi yg diberikan amanah tidak harus bertindak di luar batasan atau sebagai peluang untuk membalas dendam yg selama ini sudah lama terpendam"
Hari-hari orang politik atau orang biasa bercakap tentang politik wang, politik perkauman, fitnah. Cerita terbaru, mereka menganalisis cerita skandal seks atau gambar bogel orang politik.
Komen: "Pada saya, pihak media harus lebih bertanggungjawab dalam penyebaran sebarang berita, bukan hanya meletakkan keuntungan semata2 sbg matlamat atau untuk menggerakkan agenda2 pihak tertentu. Berita2, cerita2 yg boleh memberikan impak negatif dan membawa kekeruhan dalam masyarakat tidak perlu dipublisiti sebegitu rupa. Untuk apa? Kalau tidak ada agenda tertentu! Rakyat adalah matlamat perjuangan mana2 parti politik"
Apa pun wakil rakyat kena ingat, bukan semua rakyat di kawasan yang diwakili memilih mereka. Jangan kita pandai-pandai mengatakan banyak pengundi kini sokong gabungan parti pembangkang atau kerajaan.
Hakikatnya ramai juga rakyat yang tidak keluar mengundi atau menjadi pengundi. Banyak alasan dan sebab boleh diberi. Tambahan pula keadaan politik negara seperti sekarang, rasa menyesal mereka yang keluar mengundi tidak siapa yang tahu.
Komen: "Saya bersetuju. Laungan sebegitu hanya akan membawa perpecahan yg lebih besar dlm masyarakat. Sepatutnya, setelah pilihanraya selesai, tidak ada lagi pendekatan politik kepartian apabila mendekati rakyat. Tidak perlu wujud kelompok masyarakat yg berasaskan kpd fahaman parti politik tertentu sehingga tidak boleh berhubungan sesama sendiri"
Apa yang berlaku di Perak, Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Lanjan, Selangor merumuskan bahawa sesetengah wakil rakyat yang dipilih rupanya berdasarkan 'tangkap muat'. Jadi yang dipilih tidak berkualiti, tidak berprinsip, tidak bermoral - bukan pejuang tetapi pengambil peluang.
Kecewa dan hancur hati rakyat yang mengharapkan pemimpin itu orang yang berwibawa, berkualiti dan jelas perjuangannya.

Komen: "Soalnya, pihak pembangkang sajakah yg tidak memiliki pemimpin yg tdk bermoral? Tepuk dadalah tanya iman masing2"
Sebab itu, semua pemimpin politik diminta ubah perangai.. Jangan ikut kata hati dan nafsu. Jangan asyik berpolitik siang dan malam. Orang politik bergaduh, tapi tetap hidup senang. Yang susah ialah rakyat.
Rakyat inginkan kestabilan dan kemakmuran. Mereka inginkan negara ini mencapai Wawasan 2020.
Komen:
"Ya benar semua pemimpin politik perlu berubah untuk lebih ikhlas dalam apa jua tidak tanduk . Belajarlah utk 'cakap serupa bikin" . Jauhilah utk 'cakap tidak serupa bikin". Hanya akan merugikan rakyat dan segala penat lelah pemimpin kita hanya akan terbuang begitu saja di sisi Allah S.W.T"
Jadi semua pemimpin politik, cuba berfikiran matang. Jangan asyik memikirkan cara untung rebut kuasa. Biarlah apa yang berlaku menjadi pengajaran. Kurangkan politiking. Cukuplah perhitungan kepimpinan di kertas undi dan bukan di atas keupayaan membeli serta dibeli.
Komen: "Saranan yg cukup tepat dan tinggi hikmahnya"
Setiap pemimpin politik baik kerajaan atau pembangkang kena insaf. Apa yang mereka sudah capai dalam memenuhi janji-janji kepada rakyat. Apa yang dibuat hampir setahun ini hanya menimbulkan pergolakan demi pergolakan.
Kita sedang bergelut memikirkan bagaimana untuk menghadapi masalah ekonomi yang melanda seluruh dunia. Malangnya, ada pemimpin-pemimpin yang tidak sudah-sudah dengan politiking, macamlah pilihan raya diadakan tahun ini.
Komen: "Kepercayaan yg diberikan rakyat semasa pilihanraya dulu seolah - seolah dihargai dan dipermain2kan oleh sesetengan politik yg tidak bertanggungjawab. Pilihanraya kecil sudah jadi permainan rutin. Rasa tak puas hati sikit dan tak dapat apa yg diingini, lompat parti. Rasa tak puas hati. lagi lompat lagi...Sebab itulah pemimpin perlu dipilih dikalangan mereka yg benar2 ikhlas dan mempunyai daya kepimpinan yg tinggi. Bukannya pemimpin yg bermusim sifatnya"
Pakej rangsangan ekonomi dalam mini bajet yang akan dibentangkan bulan depan pun tidak banyak mendapat reaksi. Belum terdengar satu forum atau seminar bakal diadakan bagi membincangkan cabaran ekonomi sekarang.
Kalau negara maju bertungkus lumus mencari jalan membendung gelombang yang hampir menenggelamkan ekonomi mereka, apa yang telah kita lakukan untuk berdepan dengan cabaran ini?
Komen: "Pakej ekonomi berjuta RM tanpa adanya perlaksanaan yg telus dan benar2 adil tidak akan membawa impak ekonomi yg besar. Dibimbangi hanya sebahagian kecil saja merasai kesan pemulihannya. Sebahagian besar rakyat masih dibebani dgn pelbagai masalah kewangan, terutamanya kelompok2 miskin di bandar2 besar"
Sejak suku ketiga tahun lalu, kita belum mendengar huraian jelas tentang strategi pemimpin-pemimpin politik kita untuk menghuraikan dengan panjang lebar perihal kegawatan ekonomi ketika bersidang di Dewan Rakyat. Yang dengar, mereka banyak bertekak atas perkara peribadi dan bukan soal rakyat.
Komen:
"Kadang2 pemimpin kita dilihat seperti membuang masa di dewan rakyat. Tidak banyak perkara yg membabitkan kebajikan rakyat di perbincangan secara serius, yg banyak isu2 yg remeh - temeh"
Kemelesetan ekonomi sekarang sepatutnya menyedarkan ahli-ahli politik untuk memerah otak bagi memastikan ekonomi negara ini berdaya tahan dan kehidupan rakyat tidak terjejas. Bukan terus fikir merebut kuasa.

Komen: "Rasanya tidak salah untuk Barisan Nasional & Pakatan Rakyat mencari titik pertemuan dalam usaha bersama uk menyelesaikan kegawatan ekonomi yg berlaku sekarang dengan syarat kedua2 pihak perlu bersandarkan kpd keiklhlasan masing2"

Friday, February 20, 2009

Nafsu & Perasaan

Salamualaykum...tetiba, sekali lagi terasa ingin menempel di blog suami tersayang, gerbang tok canang...

Apabila berbicara mengenai hati dan perasaan, apa yang tidak akan terlepas adalah persoalan bisikan atau pujukan nafsu di dalam diri kita. Sememangnya setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada ajakan nafsu yang sering mendorong untuk melakukan sesuatu perkara yang kadang kala di luar kemampuan atau di luar batasan malah bertentangan dengan aturan ciptaan manusia mahupun Allah S.W.T...
Andai seseorang itu memiliki jati diri yang kukuh, keimanan yang teguh, pasti dengan izin Allah, bisikan halus godaan hawa nafsu dapat di tepis dengan mudah..dari sini lah kita dapat melihat peri pentingnya memiliki dan menambah ilmu pengetahuan dalam membentuk keperibadian diri. Hanya dengan ilmu pengetahuan memudahkan kita melakukan pelbagai ibadah dan kebajikan dalam usaha mempertingkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.
Satu perkara yang harus kita sedari bahawa kita tidak mungkin boleh melawan sendiri pujukan dan hasutan nafsu di dalam diri melainkan dengan inayah, hidayah dan pertolongan Yang Maha Esa. Melalui doa yang berterusan, mengerjakan suruhanNya serta meninggalkan larangan Nya, kita dalam usaha untuk mendapatkan ' perhatian ' Allah. Semoga dengan rahmat dan kasih sayang Nya..Dia tidak akan membiarkan kita sendirian. Berbahagia dan beruntunglah bagi sesiapa yang dipermudahkan Allah untuk membuat segala kebaikan dan kebajikan dan meninggalkan perkara yang ditegah...

Wassalam

rusukkiri Tok Canang

Wednesday, February 18, 2009

Orang Kaya

Bertemu lg di Gerbang Tok Canang….
Suratkhabar NST semalam (17 Feb 2009) mendedahkan senarai terkini individu terkaya di Malaysia berdasarkan nilai aset mereka di syarikat – syarikat tersenarai setakat 16 Jan 2009. Seperti tahun2 sebelum ini, Raja gula (Robert Kuok) masih mendahului senarai dgn kekayaan asset sekitar RM 26 billin. Apa yg menarik perhatian saya, 10 org drpd individu yg tersenarai, hanya 2 saja ‘orang kita’. Itupun dah hampir2 penghujung2 list… Dua individu terbabit adalah Tan Sri Syed Mukthar Bukhary (Pengasas Yayasan Al- Bukhary) dan Tan Sri Dato’ Sri Azman Hashim (AmCorp Group).
Kalau dibuat perbandingan secara global, individu yg paling kaya kt dunia skrg bukan lagi Bill Gates (towkey perisian komputer Microsoft). Tetapi telah bertukar tangan kpd Warren Buffet (Investment Guru) setelah 13 tahun berturut2 dipegang oleh Bill Gates. Mengikut majalah Forbes, kekayaan terkini beliau adalah sekitar USD$ 62 billion. Cuba bayangkan USD$ 62 billion, bukannya RM! Lebih kurang RM 223.2billion kalau 'convert' ke duit Malaysia. Dengan jumlah tersebut, berdasarkan kiraan dibuat berupaya:
(a)Membayar gaji pokok Presiden Amerika Syarikat selama 155,000 tahun, berdasarkan
jumlah gaji USD$ 400,000 setahun.
(b)Menyumbang sebanyak RM 8,049.04 kepada setiap rakyat Malaysia yg berjumlah 27.73 juta orang berdasarkan data tahun 2008.
Apa yg lebih pentng kedua2nya adalah berasal drpd bangsa Yahudi yg dikatakan satu bangsa yg cukup mahir dan pakar dalam hal2 yg bersabit kewangan dan ekonomi. Namun begitu, ia bukan alasan untuk kita tidak berupaya menandingi kecemerlangan mereka dlm pelbagai bidang. Kita ada satu panduan yg cukup lengkap utk kecemerlangan hidup dunia dan akhirat, iaitu al-Qur'an. Ia bukan sekadar utk dibaca dan dilagukan dlm majlis2 tertentu shj, bahkan segala intipati yg termaktub di dalamnya perlu ditelusuri, difahami dan diamalkan dlm pengaturan kehidupan seharian kita. Di samping mengamalkan 'Konsep TUR' dalam melengkapkan pengaturan kehidupan ke arah kejayaan, InsyaAllah kita akan berupaya mencapai kecemerlangan yg luar biasa, lebih drpd bangsa Yahudi. Konsep TUR yg saya maksudkan ialah:
(a) Tanggungjawab yg utuh dlm setiapa perkara yg dilakukan (T)
(b) Usaha yg berterusan tanpa mengenal erti putus asa (U)
(c) Risiko ditangani dengan penuh hikmah dan bijaksana (R)
Semoga apa yg kita usahakan akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T (Allahumma yassir wala tu'assir) dan mendapat ganjaran pahala-Nya yg berlipat ganda serta dijauhi drpd perasaan sombong dan riak terhadap setiap nikmat yg diperolehi! Wassalam

Friday, February 13, 2009

Obama, Persepi & Pandangan

Alhamdulillah... barulah ada sedikit kesempatan utk mencoret sesuatu di Gerbang Tok Canang pada malam ini, sungguhpun kepenatan seharian bergelumang dgn macam2 komitmen belum lagi hilang sepenuhnya. Bagi saya, menulis utk mengupas pelbagai isu adalah antara cara menghilangkan rasa tekanan dan kepenatan dalam diri (menulis sekadar yg termampu). Begitulah bak kata orang... 'lain padang, lain belalangnya, lain orang, lain caranya'.

Entah kenapa secara tiba2, terdetik utk menulis sesuatu ttg Presiden Amerika Syarikat yg ke-44, yg juga merupakan Presiden Kulit Hitam Amerika pertama dlm sejarah 'presidensi' negara Uncle Sam itu. Orangnya tak lain dan tak bukan, iaitu Barack Obama, yg sudah jadi bualan seantero pelosok dunia. Tanya pada sesiapa saja, orang bandar, orang kampung, orang dewasa, budak sekolah, para suami, para isteri, 'ahli-ahli parlimen kedai kopi'...sudah tentu akan memberikan jawapan yg mereka mengenali Obama.
Banyak pihak meletakkan Barack Obama sbg pencetus harapan kpd order baru dunia secara keseluruhannya. 'Title kuasa besar' yg ada pada Amerika Syarikat, diharap tdk akan disia2kan oleh Presiden yg pernah satu ketika dulu, utk beberapa ketikanya pernah 'hidup' sbg insan Muslim. Sejauh mana kemampuan dan keupayaan sebenar Obama, belum dapat kita pastikan lagi. Ianya masih terlalu awal utk dibuat justifikasi. Gelanggang baru saja dibuka, dan Obama baru saja melangkah masuk ke White House (ada yg memberikan cadangan, nama White House ditukar kepada Black House). Adalah tidak adil utk terus menghempapnya dgn pelbagai kutukan dan kritikan, sebelum langkah dan pencak silatnya dibuka bagi memperlihatkan aksi sebenarnya!
Dikalangan rakyat Amerika sendiri ada yg melihat Obama sbg seorang yg berhaluan kiri. Dan, keupayaan beliau meraih 52% drpd undi kemenangan sebenarnya disebabkan oleh rakyat Amerika yg tidak berfikir panjang. Obama hanya dianggap sekadar calon alternatif terbaik di antara calon2 presiden yg lain. Kerana itulah beliau menang. Ada juga logiknya pandangan tersebut...Kadang2 orang memilih bkn atas dasar benar2 suka terhadap pilihan tersebut, tetapi disebabkan mereka tiada pilihan lain.
Selain drpd itu ada yg beranggapan, dasar2 yg dikemukakan sepanjang tempoh berkempen spt pakej rangsangan ekonomi yg dianggap agak berlainan dan unik menjadi rakyat Amerika begitu teruja utk memilih Obama sbg presiden baru mereka. Namun, bagi kebanyakan rakyat Amerika apa yg mereka harapkan drpd obama agar :
i) Memulihkan institusi kewangan dan perbankan melalui pakej suntikan tertentu.
ii) Memulihkan sektor hartanah yg cukup terkesan akibat krisis sub-prima.
iii)Merubah dasar kewangan semasa negara.
Bagi sesetengah kelompok masyarakat pertengahan (middle-class citizen), boleh dikatakan kemenangan Obama ini sesuatu yg '... very hard for them to accept that a black man now rules the country'.
Biar apapun, saya beranggapan Obama adalah bukan sandaran kita utk menyelesaikan pelbagai konflik dunia spt di Palestin. Pada saya juga, kemenangan Obama pasti turut berselindung di sebalik percaturan Yahudi. Jawatan Presiden Amerika Syarikat adalah 'the most powerful position in the world'. Justeru, tidak mudah utk seseorang berada dijawatan tersebut tanpa 'restu' Yahudi. Maka berhentilah berharap kpd sesuatu yg pasti tak akan kunjung tiba. Obama adalah bukan orangnya! Firman Allah S.W.T dlm surah ar-ra'du yg bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yg merubahnya"

Terowong 'SMART'


Sekadar berkongsi info yg diperolehi. Semoga saudara2 kita di Palestin sana, sentiasa diberikan kekuatan utk berdepan dgn apa jua bentuk tekanan drpd Yahudi laknatullah. Tok Canang

Wednesday, February 11, 2009

Serban & Kemenangan

Berikut merupakan petikan tulisan drpd khairaummah.com yg diemailkan ke tokcanang@yahoo.com. Penulisnya adalah Abu Wafi.
"Dalam sebuah khutbah seorang khatib sempat memberikan pandangan peribadi mengenai kekalahan Hamas di Palestin. Pandangannya ini jelas menunjukkan cara berfikirnya yang aneh. Ia mengatakan bahawa punca kekalahan Hamas melawan Israel adalah kerana Hamas tidak memakai serban. Dari pemerhatiannya ia mendapati bahawa Hizbullah menang melawan Israel kerana Hizbullah memakai serban. Jelas sekali ia adalah pandangan yang tidak rasional. Sukar rasanya untuk dipercaya pandangan tidak rasional ini keluar dari mulut seorang yang berpendidikan sepertinya. Walaupun pengetahuan tentang agamanya cukup bagus, begitu juga ilmu akademiknya, namun ternyata hal tersebut tidak dapat menghalangnya dari berfikiran seperti itu. Jadi di manakah silapnya, sehingga muncul cara berfikir sedemikian? Apakah ia mencerminkan cara majoriti umat Islam berfikir, tidak rasional dan tidak berpijak di bumi nyata?
Rasa-rasanya tidak ada hadis yang mengaitkan kemenangan dengan serban. Apalagi ayat. Jika dia berfikiran literalis sekalipun sekurang-kurangnya mesti berdasarkan ayat atau hadis. Tetapi ternyata tidak ada langsung dalil yang boleh menjustifikasikan cara berfikir seperti ini. Yang ada hanyalah adanya hubungan antara amalan kita dengan pertolongan Allah. Jika kita berbuat maksiat maka akan jauhlah kita dari pertolongan Allah. Jika kuat hubungan kita dengan Allah maka semakin dekatlah pertolongan Allah. Ini bermakna bukan luaran yang dikira tetapi dalaman.
Ternyata ramai di antara kita yang masih terperangkap dengan luaran (form) dan bukan isi (substance). Bagi sesetengah orang penampilan adalah segala-galanya sedangkan hakikat keperibadian tidak penting. Keislaman dan keimanan seseorang diukur dengan bagaimana dia berpakaian, apakah dia berserban, berjubah, berjanggut panjang dsb. Bukan apakah dia cukup ilmunya, mulia budi pekertinya, baik hatinya, tinggi wawasannya, luas pengetahuannya.
Sebenarnya yang menjadikan umat Islam seperti buih di lautan, tidak berarti apa-apa dan mudah dipukul ombak, adalah kerana umat Islam dari segi jumlahnya banyak, dari segi luaran semuanya Islam, tetapi pada hakikatnya mereka tidak memahami dan mengamalkan Islam dengan baik sehingga Islam mereka tidak dapat merubah mereka menjadi umat yang berkualiti dan menggoncangkan dunia. Ini berlaku kerana kefahaman Islam mereka hanya di kulit, tidak sampai kepada isi, lubb, Islam. Pemahaman Islam yang cetek seperti ini perlu dihapuskan. Kerana Islam tidak akan benar-benar indah, manis terasa dan sanubari yang menganutnya dan menjadi cahaya yang menerangi alam ini jika diambil hanya luarannya sahaja.
Allah telah mengingatkan bahawa “sesungguhnya yang paling bertaqwa di kalangan hambanya adalah para ulama’” ilmu jugalah yang menjadi kayu ukur ketaqwaan seseorang, bukan penampilan, bukan juga jumlah atau kuantiti ibadah hariannya (ritual).
Apakah ini bermakna form dan luaran itu tidak penting. Bukan itu yang dimaksudkan di sini. Memang Islam menitikberatkan kedua-duanya. Menutup aurat adalah syarat sah solat. Tanpa menutup aurat solat seseorang tidak diterima. Tetapi dengan menutup aurat sahaja tidak bermakna apa-apa jika solatnya tidak berkualiti. Kerana solat sepatutnya mampu menahan diri seseorang daripada perbuatan keji dan munkar. Apa yang menyedihkan adalah apabila luaran tidak disertai dengan dalaman yang kuat. Malah terdapat kecenderungan hari ini umat Islam mementingkan luaran daripada dalaman. Padahal Islam agama yang paling banyak menekankan kualiti dan bukan kuantiti. Penegasan tentang kualiti dapat dilihat dalam hadis Rasulullah yang bermaksud: “satu hari pemerintahan yang adil lebih baik dari 60 hari ibadah”. Juga perhatikan hadis Rasulullah yang bermaksud: “kelebihan orang alim berbanding orang abid (yang kuat ibadah), adalah seperti kelebihan ku (baginda) berbanding orang biasa di kalangan kamu”. Kita juga sering diingatkan bahawa: “Allah tidak melihat kepada rupa dan warna kulit kamu tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu”.
Sering juga diperkatakan oleh golongan tertentu bahawa syarat untuk umat Islam menang adalah apabila jumlah orang yang solat subuh berjamaah sama dengan jumlah orang yang solat jumaat. Hujah seperti ini sering disebarkan oleh golongan tertentu, untuk membuktikan bahawa usaha mereka dalam menekankan ibadah harian (ritual) adalah benar. Hujah di atas pada awalnya kelihatan masuk akal. Umat Islam kalah kerana umat Islam mengabaikan ibadah yang dituntut oleh Islam. Tetapi setelah difikirkan dan diteliti kembali sebenarnya ia adalah hujah yang cukup rapuh. Pertama berbeza dengan solat jumaat, solat subuh tidak diwajibkan untuk dilakukan berjamaah. Terdapat ayat yang jelas menyuruh umat Islam meninggalkan apa sahaja yang mereka lakukan untuk menunaikan solat jumaat. Solat subuh seperti solat fardu yang lain, boleh dilakukan sendirian. Ini adalah satu keringanan yang Islam berikan kepada umat Islam. Jadi menekankan solat subuh berjamaah adalah memberatkan dan membebankan umat Islam dengan sesuatu yang tidak dibebankan oleh Islam.
Kedua, perlu difahami bahawa kuantiti tidak pernah menjadi ukuran dalam keislaman seseorang atau masyarakat. Mengapakah solat subuh mesti dibandingkan dengan solat jumaat, yang jelas amat berbeza dan tidak mungkin dilakukan oleh masyarakat dengan sama dari segi kuantiti? Justeru menunggu hingga persamaan ini wujud adalah sesuatu yang hampir mustahil. Ini bermakna tidak ada harapan umat Islam akan menang kerana harapan untuk berlakunya hal tersebut amat tipis.
Sebaliknya kita menjelaskan, dan sepatutnya demikian dijelaskan, bahawa jalan ke arah kemenangan umat Islam tidaklah mustahil atau tipis. Jalan ke arah kemenangan terbuka luas jika kita melakukan sesuatu yang benar-benar (substansial) menyumbang ke arah itu. Malangnya banyak isyarat menunjukkan bahawa ramai umat Islam tidak melakukan langkah-langkah yang maju ke hadapan, tetapi malah mundur ke belakang. Dan cara berfikir di atas adalah salah satu di antaranya. Mudah-mudahan dengan ingatan ini semakin ramai umat Islam yang berfikiran cerdas dan tidak berfikiran dangkal seperti itu demi kebaikan dan masa depan umat Islam"

Sunday, February 8, 2009

Hidup Perlu Berjuang

Salam kpd semua tetamu Gerbang Tok Canang. Semoga hari ini lebih gemilang dri semalam.

Istilah perjuangan cukup dekat dgn kehidupan kita.Ini kerana kehidupan itu sendiri merupakan satu perjuangan. Ini bermakna, setiap orang perlu berjuang sbg syarat 'survival' kehidupan. Dan setiap perjuangan pasti berdepan dgn cabaran yang menuntut pengorbanan dan kesabaran.
Seringkali ditimbulkan persoalan, kenapa kita kena berjuang?
(1)Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri merubah nasib mereka sendiri.
(2)Hari esok dan masa depan tidak boleh dijangkakan dgn tepat. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. Kesudahannya adalah hak mutlak Allah S.W.T
(3)Petunjuk Allah S.W.T akan hadir dalam diri orang yg bermujahadah(berjuang). Hidup tanpa petunjuk-Nya akan mengarah ke arah kesesatan.
(4)Dunia adalah jambatan Akhirat. Sesiapa yang inginkan Akhirat, dia perlu terlebih dahulu berjuang di dunia.
Semoga kita tidak pernah berputus asa utk berjuang utk menggapai kecemerlangan dunia dan Akhirat. Kita pohon kepada Allah S.W.T agar sentiasa memberkati perjuangan kita semua!

Saturday, February 7, 2009

Hikmah Bersujud..

Sedikit info daripada rusukkiri tokcanang untuk dikongsi bersama. Tanpa kita sedari kadang kala, setiap perlakuan kita seharian termasuklah solat mempunyai hikmah yang tersendiri yang telah dicaturkan oleh Ilahi...

Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihitung di akhirat kelak adalah solat. ALLAH S.W.T telah memfardhukan hambaNya untuk mengerjakan solat yang telah diterima oleh Rasulullah S.A.W di malam Isra’ dan Mikraj.
Sudah banyak diperkatakan tentang kelebihan solat terutamanya dari sudut kesihatan. Salah satu penemuan yang menakjubkan adalah pada ketika melakukan sujud.Keajaiban yang ditemui mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak melainkan pada ketika seseorang itu bersujud!

Antara hikmah lain bersujud adalah :
Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang badan.

Mengurangkan sakit senggugut ketika haid

Melegakan sakit hernia

Pergerakan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung menjadikan otot – otot pada bahagian ini menjadi lebih kuat dan elastik seterusnya memastikan perjalanan darah yang lancar.

Pergerakan bahagian otot tertentu memudahkan wanita bersalin , organ peranakan mudah kembali kepada asal dan terhindar daripada convulsions ( sakit gelombang perut )

Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
Yang utama, sujud menjadikan kita merasa rendah diri dihadapan yang Maha Agung sekaligus menghindari sifat sombong, riak, takbur dan segala sifat mazmuumah!

Tenang Ketika Gawat

Saya cukup tertarik dgn satu email yg diterima petang semalam yang bertajuk "Tenang Ketika Gawat". Penulis asal email tersebut tidak dinyatakan.

Kegawatan ekonomi yg kita hadapi pada hari ini adalah 'pusingan semulajadi' yg perlu kita tempuhi dgn tenang dan sabar. Kehidupan dunia sudah dicaturkan ibarat seperti pusingan roda. Ada ketika kita di puncak. Dan ada ketika kita berada di bawah. Ketika kita di puncak hendaklah sentiasa bersyukur dan cuba sedaya mungkin untuk 'maintain'kan kedudukan yg dimiliki. Kata orang, nak 'maintain'kan apa yang dah ada di tangan lebih payah daripada membinanya. Namun, sekiranya sudah tertakdir pada masa dan tempat tertentu, kita harus berada di bawah. Maka, hadapilah dengan tenang dan sabar serta tidak sesekali berputus asa dgn nikmat Allah. Pasti ada hikmah dan kebaikan!
Kegawatan yang berlaku adalah antara ujian Allah S.W.T kepada manusia yang sudah 'tercoret' sbg antara fasa - fasa kehidupan di dunia. Justeru, dalam menghadapi ujian kegawatan ini, perkara2 berikut perlu diteladani dalam kehidupan seharian kita:

(1)Kembalilah kepada Allah. Sepatutnya, semakin kuat kita diuji, semakin dekatlah kita kepada Allah S.W.T. Pertolongan Allah S.W.T akan datang kepada para hamba yang dekat dengan-Nya.

(2)Berusahalah dengan lebih gigih untuk menggandakan pendapatan yang sedia ada. Sikap berjimat - cermat semata2 tanpa ada sebarang usaha meningkatkan pendapatan sedia ada, tidak akan memberikan impak yang besar kepada penyelesaian kegawatan ekonomi. Kita tidak boleh terus berharap 100% kepada pihak kerajaan untuk keluar daripada kepompong kegawatan ekonomi ini. Kita seharusnya lebih berperanan, iaitu cuba sedaya mungkin berikhtiar menggandakan pendapatan. Dengan meningkatnya pendapatan individu ia akan sedikit demi sedikit memberi anjakan positif terhadap gerak laku ekonomi yang sekarang ini 'lemah tidak berdaya' akibat himpitan permintaan di pasaran.

(3)Tetapkan diri dan bersifat tenang. Sifat tenang dalam diri amat penting ketika membuat keputusan. Keputusan yang baik adalah keputusan yang dibuat bukan dalam keadaan terburu2. Keputusan yang dibuat dalam keadaan terburu2 lebih terdedah kepada risiko kesilapan.

(4)Kekalkan hubungan persaudaraan. Seseorang yang menghubungi tali persaudaraan akan dimurahkan rezekinya.

(5)Teruskan bersedekah. Sedekah yang ikhlas akan mendapat balasan kebaikan daripada Allah S.W.T

(6)Amalkan solat sunat dhuha, agar pintu rezeki diluaskan, dipermudahkan dan dimurahkan.

Semoga kita semua dapat lalui ujian kegawatan ini dengan penuh tenang dan sabar. Sesungguhnya Allah S.W.T tetap bersama2 dengan orang yang sabar. Wassalam

Friday, February 6, 2009

Konflik yg tidak berkesudahan...

Assalamualaikum wrt wbrt...

Sudah dua, tiga hari tak berkesempatan untuk 'update' Gerbang Tok Canang atas beberapa komitmen yang harus terlebih dahulu diselesaikan.
Hari ini, rata2 akhbar perdana dan juga alternatif menumpukan kepada isu dan kemelut peralihan 'kuasa secara mendadak' di Perak. Dan dengan ini, sekali lagi senario politik tanahair kita kembali bergelodak. Konflik 'politik kepartian' yang berpanjangan tidak banyak menguntungkan rakyat dan negara. Lebih2 lagi apabila 'matlamat sudah dianggap prasyarat untuk meghalalkan cara'.Kita harapkan mereka yang 'bergelar pemimpin' di luar sana agar seberapa segera menangani konflik ini dengan penuh keikhlasan dan kebijaksanaan agar rakyat tidak terus menjadi mangsa himpitan pertelagahan mereka, dalam keadaan serba kepayahan untuk menghadapi ujian kegawatan ekonomi pada hari ini.
Dalam menangani sebarang konflik yang timbul, peringkat yang paling asas yang diperlu digerakkan adalah kembali kepada Allah S.W.T. Ianya merupakan titik pertemuan apa jua perselisihan dan ketidakpuasaan hati yang timbul sesama kita. Dengan ini, jalan penyelesaian dapat dirungkai.
Justeru, sama2lah kita pohon ke hadrat Allah S.W.T, agar dianugerahkan kepada kita pemimpin2 yang benar2 ikhlas untuk memikul amanah kempimpinan yang cukup berat ini, bukannya pemimpin2 yang berselindung di sebalik kepentingan peribadi masing2.

Sunday, February 1, 2009

Maut Pasti Menjengah...

Kurang lebih 10.45 pagi,saya dikejutkan dengan kematian jiran selang beberapa rumah dari rumah yang saya sekeluarga diami. Kematiannya dikatakan agak mengejut.
Saya sempat menjengah beberapa ketika untuk menziarahi jenazah.'Arwah' orang baru di taman perumahan kami. Namun, tidak sempat untuk lebih mendekati atas semangat kejiranan, 'maut' sudah datang menjemputnya. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman dan bertakwa.
Begitulah kehidupan di dunia yang fana' ini, daripada tanah kita dijadikan, ke tanah jugalah akhirnya kita. Biar sekaya mana kita, biar se'gah' mana kuasa kita, biar seindah mana mahligai yang kita diami... semuanya akan tetap kita tinggalkan. Hanya tiga perkara yang akan mengiringi kita ke alam barzakh iaitu:
(1) Ilmu yang bermanafaat
(2) Sedekah dan amal jariah
(3) Doa anak-anak yang soleh
Saat kematian adalah sesuatu yang tidak terduga oleh sesiapapun. Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui bila dan di mana seseorang akan mengakhiri hayatnya. Barangkali hari ini adalah hari penamat kehidupan kita, siapa yang tahu?
Apa yang penting kita harus sentiasa bersiap sedia menghadapi saat - saat gentir itu, yang pasti akan didepani oleh setiap manusia, tak kira di mana jua berada!
Semoga Allah S.W.T mengakhiri penghidupan kita semua dengan 'husnul khatimah'. InsyaAllah...