? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Friday, October 31, 2008

Harga Minimum Rokok

PENETAPAN harga minimum rokok boleh dianggap antara langkah positif untuk mengekang gejala merokok dikalangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan remaja bawahan umur yang masih berada di bangku sekolah.
Walaubagaimanapun, penulis berpandangan usaha sedemikian tidak akan membuahkah hasil sekiranya pada masa yang sama perkara – perkara berikut tidak ditangani serta dilaksanakan dengan telus:

1) Penguatkuasaan peringkat akar umbi yang cukup lemah dan tidak telus.
Dalam banyak situasi, pasukan penguatkuasaan Negara kita yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi dilihat rata-ratanya tidak berfugsi dengan berkesan. Puncanya adalah pelbagai, yang paling utama adalah gejala rasuah yang masih berleluasa dikalangan penjawat awam terutamanya jabatan dan agensi kerajaan yang berhubung secara langsung dengan orang ramai. Budaya ‘meminta habuan’ untuk melindungi pihak-pihak yang tidak mematuhi peruntukan atau peraturan yang telah ditetapkan telah menjadi ‘pembunuh’ utama kepada kecekapan serta ketelusan sesebuah agensi dan jabatan kerajaan sejak dulu lagi. Sebab itulah, banyak perkara yang dilihat secara jelas menyalahi peruntukan atau peraturan yang sedia ada tetapi masih ‘bebas’ wujud tanpa ada rasa kebimbangan diambil tindakan oleh pihak berkuasa (rasanya tidak perlulah penulis menyebutnya di sini, tepuk dada tanyalah hati masing-masing!). Begitu juga dalam kes rokok ini, bermacam-macam kempen telah dibuat, namun masih ramai lagi yang ‘tak nak’ berhenti merokok! Malah bilangan perokok baru makin hari, makin bertambah. Mana tidaknya, ‘bekalan’ rokok cukup mudah diperolehi di serata pelusok tanahair, biarpun pelbagai papan tanda amaran untuk tidak menjual khususnya kepada mereka yang berumur kurang 18 tahun ke bawah telah lama dikuatkuasakan.
Persoalannya, ke mana pasukan penguatkuasaan yang dilantik kerajaan? Adakah mereka begitu sibuk sehingga tidak menang tangan? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing!

2) Teladan yang kurang baik ditonjolkan ibubapa.
Satu permasalahan yang agak sukar untuk dirungkai apabila ibubapa sendiri yang tidak memberikan contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Mana bisa ‘anak gadis’ tidak merokok kalau ibunya sendiri secara terangan merokok!
Perlu kita sedari, ibubapa adalah ‘mentor’ dan ‘idola’ kepada perkembangan serta pencapaian masa depan anak-anak dan juga merupakan guru ‘pertama’ dan ‘utama’ kepada mereka. Pada peringkat awal perkembangan, anak-anak akan menceduk sepenuhnya apa yang ditonjolkan oleh ibubapa mereka serta menganggap ianya adalah yang terbaik! Sebab itulah, Baginda Rasullah S.A.W mengingatkan kita agar cukup berwaspada dan ‘particular’ dalam memikul tangunggjawab mendidik anak-anak. Ini kerana, ianya akan dipersoalkan tatkala kita berhadapan dengan Allah S.W.T di Akhirat kelak!
Justeru, tonjolkan teladan yang baik kepada anak-anak agar mereka tidak terpesong tatkala ketiadaan kita kelak.


3) Tiada kerjasama padu daripada kelompok peniaga
Benarkah kata orang, amat sukar untuk ketemui seorang peniaga yang benar-benar amanah, jujur dan ikhlas dalam setiap transaksi yang dijalankan. Bagi penulis, peniaga muslim kita tidak harus terikut-ikut dengan falsafah perniagaan kapitalis yang hanya ‘mementingkan keuntungan yang maksimum pada harga kos yang minimum tanpa ada kepedulian sosial serta agama.
Menangani gejala merokok, terutamanya dikalangan anak-anak remaja kita adalah tanggungjawab bersama. Golongan peniaga perlu menyemai satu kesedaran yang mereka bukan sahaja bertanggungjawab terhadap perniagaan yang dijalankan, malah juga kepada masyarakat, agama dan Negara. Untuk itu, mereka sepatutnya akur dengan sebarang ketetapan pihak berkuasa untuk tidak sewenang-wenangnya menjual rokok kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun. Namun, apa yang cukup mengecewakan banyak pihak, mereka seolah-olah tidak mengambil endah langsung terhadap ketetapan tersebut. Transaksi ‘rokok’ masih terus berjalan seperti biasa tanpa sedikitpun timbul rasa bersalah!

Justeru, sekali lagi penulis menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama berganding bahu bagi menyelesaikan kemelut merokok ini, terutamanya dikalangan anak-anak remaja kita agar lahirlah sebuah generasi akan datang yang bebas daripada rokok! ‘Berubahlah hari ini untuk hari esok’ – Ikhlas daripada Tokcanang

Thursday, October 30, 2008

Berusahalah Untuk Cemerlang

ISLAM mengalakkan umatnya untuk mencapai kecemerlangan yang sebenar , iaitu cemerlang di dunia dan di akhirat. Kehidupan dunia dianggap sebagai platform yang menghubungkan Akhirat. Justeru dikatakan bahawa tiada kecemerlangan dunia tanpa kecemerlangan Akhirat. Begitu juga tidak akan ada kecemerlangan Akhirat tanpa kecemerlangan di dunia. Formula kecemerlangan bentuk ini dirumuskan kepada kita dengan selengkapnya melalui ajaran Islam yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita melalui Nabi Junjungan , Baginda Rasulullah S.A.W. Oleh itu, bagi mencapai kecemerlangan tersebut kita hendaklah mengikut apa jua perkara yang telah digariskan dalam ajaran Islam dalam amalan kehidupan seharian kita dari awal permulaan rutin harian kita sehinggalah kita melelapkan mata pada malam harinya.
Niat adalah tunjang utama kepada setiap tindakan yang dilakukan. Oleh yang demikian, orang yang cemerlang akan meletakkan asas niatnya kepada mencari keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T. Tak kira samada dia seorang pelajar, pekerja dalam apa jua sektor, mahupun pangkatnya. Semuanya hendaklah menyandarkan niatnya kerana keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T. Niat boleh dianggap sebagai jiwa atau ruh kepada perkara atau tindakan yang dilakukan. Jiwa atau ruh yang baik akan membawa kepada perlakuan fizkal yang baik yang seterusnya membawa kepada kecemerlangan diri yang hakiki.
Kecemerlangan dalam Islam lebih komprehensif sifatnya yang menggabung jalin antara orientasi proses dan hasil (Process and result oriented). Ianya berbeza dengan definisi kecemerlangan daripada perspektif konvesional yang hanya mengiktiraf hasil kecemerlangan semata – mata tanpa mengambil kepedulian terhadap aspek proses. Dalam konteks pelajar contohnya, Islam melihat cemerlangnya seorang pelajar itu bukan sahaja cemerlang akademiknya tanpa menghubungkan dengan kecemerlangan akhlak dan sakshiah diri. Seorang pelajar yang benar – benar cemerlang bukan setakat memiliki keputusan peperiksaan yang mempunyai belasan atau puluhan ‘A’ semata. Dia semestinya juga mempunyai budi pekerti baik bila berhubungan dengan orang yang lebih dewasa seperti ibubapa dan guru serta dekat diri dan jiwanya dengan Allah S.W.T, Tuan pencipta sekalian alam. Kualiti kecemerlangan seperti yang saya sebutkan ini agak sukar diperolehi dalam situasi sekarang. Memang tidak dinafikan ramai pelajar yang cemerlang dalam akademik masing – masing, tetapi bagaimana pula dengan akhlak dan sakshiah diri mereka? Satu kajian yang telah dibuat di Britain yang menunjukkan bahawa sekolah – sekolah agama di sana dikatakan lebih cemerlang pencapaiannya dari segi akademik mahupun akhlak dan sakshiah diri. Begitu juga di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan pelajar yang benar – benar cemerlang datangnya daripada sekolah – sekolah yang berlatar belakangkan agama. Namun, ianya tidak begitu mendapat liputan media yang menyeluruh. Sebab itulah ramai yang tidak mengetahui tentang perkara ini.
Kecemerlangan hanya mampu diperolehi melalui kerja keras dan usaha yang bersungguh – sungguh secara berterusan tanpa mengenal erti jemu serta putus asa. Tidak ada jalan pintas atau ‘short cut’ untuk mengecapi kecemerlangan. Boleh dikatakan semua orang yang waras akal fikirannya mengimpikan kecemerlangan dalam hidup mereka. Masing – masing mempunyai impian kecemerlangan yang hebat – hebat. Namun, tak begitu ramai yang benar – benar berjaya merealisasikan impian kecemerlangan tersebut. Ini berlaku kerana tak ramai yang sanggup berusaha bersungguh – sungguh dan meletakkan usaha yang sedaya mungkin agar kecemerlangan menjadi milik mereka. Peribahasa Melayu seringkali mengaitkan situasi ini seperti angan – angan Mat Jenin. Sebab itulah, anak – anak seringkali dinasihatkan agar jangan sesekali mengikut resam Mat Jenin dalam setiap percaturan hidup. Sekirannya disoroti jalan cerita Mat Jenin yang pelbagai versi itu, kita dapat melihat susur galur perancangannya cukup hebat dan sempurna, boleh dikatakan dari A ke Z. Walaubagaimanapun, dia kecundang ketika diawal ‘perjuangannya’…(mengikut sesetengah versi, Mat Jenin dikatakan meninggal dunia akibat jatuh dari pokok kelapa).
Justeru, kepada adik – adik yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini, bulatkan tekad anda untuk benar – benar menjadi seorang yang cemerlang dunia dan Akhirat. Kecemerlangan akademik semata – mata tanpa kehadiran kecemrlangan sakshiah diri dan akhlak tidak akan membawa makna yang besar kepada diri dan keluarga. Semoga kejayaan menjadi milik kita semua!

Wednesday, October 29, 2008

Pembelian EUROCOPTER RM1.67bil Tangguh

PENULIS amat bersetuju dengan keputusan Pak Lah untuk menangguhkan pembelian EUROCOPTER yang bernilai RM1.67bil. Penangguhan tersebut berdasarkan keadaan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan pihak kerajaan untuk berbuat demikian.
Memang tidak dinafikan Helikopter Nuri telah menerpa beberapa sejarah hitam kepada negara, namun bagi penulis penggantiannya bukannlah satu keperluan yang mendesak dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi sekarang. Sejumlah wang RM1.67bil tersebut wajar terlebih dahulu disalurkan kepada program-program yang mampu memberikan impak positif kepada ekonomi negara. Dalam keadaan sekarang, kerajaan perlu benar-benar bijaksana dalam membuat sebarang keputusan terutamanya yang bersabit dengan 'dana rakyat' seperti ini. Kesannya akan tampak lebih menyeluruh sekiranya RM1.67 bil ini digunakan secara langsung untuk menggerakkan program-program memulihara ekonomi dan kebajikan rakyat, berbanding pembelian EUROCOPER tersebut.
Hasil daripada penelitian beberapa kenyataan yang dibuat oleh Dato'Seri Najib (DSN), mantan Menteri Pertahanan, nada dan rentaknya semacam tidak begitu bersetuju dengan keputusan yang telah diumumkan Pak Lah semalam. Apa yang jelas penulis melihat, DSN tampak 'tidak mahu' untuk menangguhkan pembelian EUROCOPTER tersebut dengan mengulangi alasan sejarah hitam yang pernah diterpa Helikopter Nuri dalam beberapa insiden sebelum ini.
Biar apapun alasan yang cuba dikemukan oleh mana-mana pihak sekalipun, penangguhan pembelian EUROCOPTER tersebut wajar disambut dengan tangan yang terbuka oleh semua pihak, termasuklah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat !

Wednesday, October 22, 2008

Penstrukturan Semula FELDA

CADANGAN penstrukturan semula FELDA oleh Dato' Seri Najib (DSN) selaku menteri yang bertanggungjawab semestinya dialu-alukan. Memang benar, sekiranya FELDA berhasrat untuk 'remain competitive' dalam pasaran global yang semakin mencabar, beberapa pembaharuan perlu digerakkan. Secara jelas penulis katakan di sini, FELDA antara aset dan warisan terpenting orang Melayu. Sekiranya tidak dijaga dengan sebaik mungkin ia akan membawa kerugian yang besar kepada bangsa dan negara.

Untuk itu, penulis mencadangkan pihak kerajaan untuk menggerakkan perubahan - perubahan berikut :

- Anjakan mentaliti dan paradigma penggerak pengurusan dan akar umbi. Yang paling utama, komuniti FELDA harus keluar daripada kepompong zon keselesaan yang menganggap pihak kerajaan akan sentiasa memberikan pelbagai bantuan dan kemudahan kepada mereka. Komuniti harus dididik untuk lebih bersifat 'independent' dan berupaya bergerak dengan inisiatif sendiri. Budaya 'tunggu untuk disuap' sudah tidak relevan lagi dengan perkembangan massa. Komuniti FELDA harus menerima hakikat bahawa kerajaan tidak akan selama-lamanya berupaya memberi 'pertolongan' kepada mereka. Satu ketika kelak, suka ataupun tidak FELDA mesti bergerak tanpa kehadiran apa-apa bantuan daripada kerajaan. Perubahan mesti digerakan mulai sekarang. Bukannya bila dah terhantuk, barulah terkial-kial mencari jalan penyelesaian!
-Perkukuhkan lagi tunjang perladangan FELDA (getah dan kelapa sawit) dengan membuka lebih banyak ladang baru di samping meperkenalkan tanaman baru seperti padi, buah-buah tempatan dan sayur-sayuran. Ini amat bertepatan dengan jangkaan permintaan makanan dunia yang akan mengalami peningkatan pada masa akan datang. Usaha seperti ini juga diharap dapat mengurangkan kebergantungan ekonomi kita kepada sektor kedua (perkilangan & perindustrian) yang kini dikatakan menjadi pemacu utama ekonomi Malaysia. Kepelbagaian sumber ekonomi negara akan memberikan kebaikan dengan meletakkan ketahanan ekonomi kita pada tahap yang agak sukar terkesan dengan faktor kemerunduman ekonomi global.
-Pemantapan generasi baru FELDA. Memang tidak dapat dinafikan tidak ramai anak-anak peneroka berhasrat mewarisi tradisi keluarga untuk terus mengusahakan ladang. Sehingga ada pihak yang mengkhabarkan, kini kawasan 'ladang-ladang' kita banyak dibanjiri dengan pekerja-pekerja asing, khususnya daripada negara jiran, Indonesia. Kenapa hal sedemikian boleh berlaku? Untuk mengatasi permasalahan ini, persepsi terhadap 'kerja-kerja pertanian' seperti ini harus diubah, terutamanya dikalangan generasi muda pada hari ini. Saya cukup bersetuju dengan Kementerian Pertanian & Asas Tani yang mencanang slogan 'pertanian adalah bisnes'. Rata-rata hari ini ramai yang beranggapan bidang pertanian tidak boleh 'bikin' duit. Budaya anggapan begini perlu dianjak dalam minda generasi muda hari ini. Pihak kerajaan dicadang memperkenalkan pelbagai insentif kepada generasi muda ini agar lebih berminat untuk menceburi bidang ini antaranya ;menambah peruntukan biasiswa dan pinjaman kepada bidang- bidang pengajian pertanian,memperkasakan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai legasi pengajian pertanian unggul seantero dunia, memperkukuh dan mempertingkatkan peranan FAMA dalam merancakkan lagi pemasaran hasil pertanian ke peringkat global dengan penyerapan tekonologi-teknologi terkini, dan mewujudkan Zon Pertanian atau Kompleks Pertanian yang menyediakan pelbagai insentif dan kemudahan yang dapat menarik lebih gemar 'petani-petani moden' untuk memulakan projek mereka secara komersial. Dalam hal ini, penulis melihat FELDA mempunyai peranan yang cukup besar ke arah merealisasi hasrat yang telah saya sebutkan di atas.
Justeru, hasrat murni untuk menstrukturkan semula FELDA harus disambut dengan tangan yang terbuka oleh semua pihak termasuklah pucuk pimpinan Pakatan Rakyat! Wassalam

RM5 bil Duit EPF?

SEMALAM diberitakan kepada umum, suntikan RM5 bil ke pasaran modal negara melalui VALUECAP SDN BHD rupa-rupanya bersumberkan pinjaman daripada dana EPF. Satu dana yang terkumpul hasil penat jerih kita semua bertungkus-lumus siang dan malam membanting tulang empat kerat tanpa menghiraukan penat lelah dan erti putus asa.

Persoalannya wajarkan tindakan sedemikian yang dibuat atas nama 'pelaburan EPF' kepada VALUECAP SDN BHD? Berat sungguh 'amanah' yang terpaksa digalas oleh agensi pelaburan pasaran ekuiti kerajaan itu!
Dato' Seri Najib (DSN) selaku Menteri Kewangan yang baru nampaknya begitu yakin dengan 'pelaburan' yang cukup besar ini. Apakah tidak ada rasa sedikit kebimbangan dengan kekangan situasi global sekarang? Adakah DSN begitu optimis yang pasaran modal kita akan terkesan dengan 'bail out' sebesar itu? Banyak sekali tanda tanya yang bermain di benak fikiran masing-masing.

Biar apapun, kita yang mengerah keringat ini tidak mempunyai apa 'kuasa' untuk mengatakan 'tidak' walau pihak mana sekalipun yang mendokong pentadbiran negara. Bak kata orang, ketika kuasa belum di pangkuan macam-macam perkara 'nak' bikin, tapi bila sudah di pangkuan macam-macam alasan diberikan untuk 'tak nak' bikin!

Penulis berharap, tindakan ini bukan terbit dari keputusan yang sewenang-wenangnya tanpa pertimbangan yang sedalam-dalamnya. Diharapkan juga, dana EPF tidak seharusnya dijadikan 'ceti mahupun along' kepada semua keadaan. Ibarat pesan orang tua-tua,'bila dah betul-betul terdesak, barulah duit bawah bantal dikeluarkan". Itupun, setelah berfikir semasak-masaknya!

Tuesday, October 21, 2008

Inisiatif RM5 Bil Ke Pasaran Modal Negara

Pada asasnya, penulis mengalu-alukan inisiatif kerajaan untuk memperuntukan tambahan RM5 bil ke pasaran modal negara melalui 'special vehiclenya' VALUECAP SDN BHD, yang dibentuk kira - kira 5 tahun yang lalu hasil persepakatan modal antara KHAZANAH NASIONAL, PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) dan KUMPULAN WANG AMANAH PENCEN (KWAP). Tindakan tersebut dikatakan bertujuan memberi 'vitamin c' kepada pasaran modal negara yang agak lembap akibat cengkaman krisi kewangan global. Biar apapun sebab dan musabab yang diberikan, RM5 bil bukan satu jumlah wang sedikit. Sekiranya 'dihulurkan' kepada rakyat, macam-macam boleh 'bikin' ; Masalah setinggan di sekitar kepesatan dan pembangunan kotaraya (lihat saja sepanjang laluan STAR Ampang), Masalah banjir kilat terutamanya di sekitar Kuala Lumpur yang cukup menghantui kawan-kawan kita yang kerapkali 'drive' ke tempat kerja, masalah keciciran pelajaran dikalangan adik-adik kita diceruk desa sana (masih ada yang tidak berkemampuan untuk mengenal 'ABC' akibat himpitan kemiskinan), masalah harga barang keperluan yang mengalami kenaikan secara mendadak atas alasan peningkatan kos, dan pelbagai lagi kiranya ingin dirungkai satu persatu. Atas dasar itulah, timbulnya persoalan tentang kewajaran tindakan tersebut oleh pelbagai pihak.
Justeru penulis berharap :
1)Pihak kerajaan mestilah bersikap lebih telus dalam hal ini. Diharap, pembentukan dana RM5 bil ini tiada sebarang maksud terselindung yang boleh merugikan rakyat dan negara, iaitu bukan bertujuan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat tertentu daripada tersungkur akibat tekanan krisis kewangan semasa.
2)Pihak kerajaan perlu meneliti semula jawatankuasa pelaburan yang sedia ada agar terdiri daripada kalangan mereka yang benar - benar layak dan pakar dalam bidang masing - masing. Bukannya berdasarkan faktor kronisme atau 'cadangan' kaum kerabat tertentu.
3)Valuecap sebagai pemegang amanah perlulah bertindak setelus mungkin. Wang sebanyak RM5 bil tersebut adalah kepunyaan rakyat. Kerajaan hanya bertindak sebagai 'custodian' yang perlu memastikan wang tersebut digunakan dengan sebaik mungkin agar membawa manafaat bersama kepada semua pihak, bukan dua tiga kerat yang rapat dengan kemudi pentadbiran negara. Valuecap tidak seharusnya 'engage' dengan peniaga pasaran modal tertentu sahaja. Istilah 'beri business pada kawan-kawan' sama sekali perlu dielakkan. Sebagai pelaksana amanah, valuecap perlu memastikan RM5 bil tidak mengucup nilainya yang seterusnya membawa kepada kerugian, bukan setakat kepada negara, malah juga kepada rakyat.
4)Pihak kerajaan selaku 'market regulator', melalui SURUHANJAYA SEKURITI (SC) dan BURSA MALAYSIA BERHAD (BMB) perlu mengembalikan semula kredibiliti pelabur terhadap pasaran modal negara, antaranya dengan memastikan kriteria yang lebih ketat terhadap penyenaraian syarikat - syarikat baru di pasaran modal negara; Bursa Malaysia. Penyenaraian berasaskan faktor 'naungan' pihak - pihak tertentu mestilah sama sekali dielakkan.
Justeru, sekali lagi penulis berharap, usaha kerajaan ini akan membawa kebaikan kepada perkembangan ekonomi negara dan kebajikan serta kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya; Bukan hanya dua tiga kerat kaum kerabat yang begitu hampir dengan kelompok - kelompok pembesar negara kita! Ayuh kita canang perubahan untuk semua! Change for all... Wassalam

Monday, October 20, 2008

Veteran Communist Leader Shamsiah Fakeh Dies

KUALA LUMPUR: Shamsiah Fakeh, the veteran Communist leader who spent nearly 40 years in exile in China, died at 9am on Monday, after a lung infection. She was 84.
She passed away at her home in Jalan Kuchai Lama, according to her son Jamaluddin Ibrahim, 46.
Shamsiah was in poor health following a stroke in 1999 and, in the years prior to her death, she was largely unable to speak or walk, he said.
She is survived by two sons and four grandchildren.
An important figure in the struggle before independence, Shamsiah led the Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Malaya’s first nationalist women’s organisation.
When the Malayan Emergency was declared in 1948, Shamsiah joined the predominantly ethnic-Malay 10th Rejiment of the Malayan Communist Party (MCP).
After 8 years in the jungle, she was sent to China in 1956 before returning to Malaysia in 1994.
The Kuala Pilah native, whose life was documented in the recent book Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen Ke-10, was married 5 times and her husbands included nationalist leader Ahmad Boestamam and fellow MCP leader Ibrahim Mohamad.

Extracted from : STAR ONLINE 20/10/2008

Saturday, October 18, 2008

Tahniah Dato' Ong Tee Kiat

Penulis mengucapkan tahniah atas kemenangan Dato' Ong Tee Kiat sebagai Presiden MCA yang baru. Semoga dengan kemenangan ini, diharapkan akan membawa perubahan yang lebih positif bukan sahaja kepada MCA, malah juga kepada BN secara keseluruhannya.
Kepada yang kecundang pada pemilihan kali ini, bukan bererti perjuangan anda semua sudah berada di penghujungnya. Bahkan, perjuangan mesti terus dipergiatkan. Sokongan yang tak berbelah bagi serta kerjasama yang padu mesti diberikan kepada mereka yang menang agar kesinambungan politik dan perjuangan MCA akan terus utuh dan terus relevan dengan tuntutan massa.
Kepada yang menang, jangan pula mengambil sikap untuk menyisih mereka yang kecundang. Bahkan, tautan kerjasama mesti terus diperkukuhkan agar membawa manafaat bersama.
Moga - moga, perubahan puncuk pimpinan MCA ini akan mengukuhkan lagi posisi BN dalam persada politik tanahair. Wassalam...

Tuesday, October 7, 2008

Pak Lah Dilema, Najib Tersepit

Tanggal 8 Oktober 2008 merupakan hari penentuan samada Pak Lah (PL) akan mempertahankan jawatan kerusi presidennya, ataupun memberi laluan kepada pengganti beliau Dato' Seri Najib (DSN). Walau apa jua 'stand' Pak Lah yang bakal diketahui kurang lebih 24 jam lagi, ia tetap akan mencipta laluan yang sukar kepada DSN untuk berada di kerusi Presiden dan Perdana Menteri. Bagi penulis, samada PL berhasrat mempertahankan kerusi Presiden yang disandangnya ataupun secara 'gentleman' menyerahkan kepada DSN, apa yang pasti kerusi tertinggi parti tersebut akan tetap wujud pertandingan.

Umum mengetahui, DSN secara jelas masih belum membuat apa-apa ketetapan berhubung kedudukannya dalam Perhimpunan Agong Disember kelak. Samada ingin menyahut cabaran untuk berada di gelanggang Presiden, ataupun berlagak seperti 'budak baik' dengan hanya menunggu masa yang telah dijanjikan oleh PL untuk menyerahkan 'baton' kepadanya, selewat-selewatnya bulan Mac 2009. Penulis percaya, 'signal' DSN akan lebih jelas setelah PL mengumumkan ketetapan esok.

Apa yang penulis dapat katakan, DSN akan tetap ke gelanggang Presiden samada PL berhasrat bertanding semula mahupun tidak. Besar kemungkinan PL tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya berdasarkan faktor akar umbi yang sudah menyatakan 'signal' jelas untuk tidak lagi mencalonkan beliau ke kerusi Presiden pada pemilihan yang akan datang. "Mood" bahagian sehingga hari masih berbelah bagi. Masih tidak ada kata sepakat secara jelas untuk mencalonkan DSN sebagai Presiden. Kebanyakan bahagian dapat diperhatikan cuba mengambil sikap tunggu dan lihat dan tidak 'berani' untuk 'clear cut'. Barangkali bimbang dianggap sebagai 'melawan arus' dan akan dipinggirkan khalayak kebanyakan yang mendokong aspirasi pucuk pimpinan semasa. Atas dasar itulah, tidak ramai ahli - ahli UMNO yang benar - benar berani mengambil sikap sedemikian. Lihat saja apa yang telah berlaku dalam kes Mukriz, gara-gara membuat desakan terbuka agar PL berundur. Bukan sikit beliau 'dibelasah', terutamanya individu yang amat bergantung harap kepada pimpinan tertinggi parti untuk 'maintain' sebagai ahli politik yang berjaya dalam UMNO dan juga kerajaan.
Sekali lagi penulis beranggapan, laluan DSN pada kali ini tidak semudah yang disangka. Kehadiran Ku li tidak boleh dipandang 'enteng' oleh DSN. Sungguhpun ada suara-suara yang mengatakan amat sukar untuk Ku Li mendapat pencalonan yang cukup untuk masuk ke gelangang Presiden. Namun, dalam politik banyak perkara boleh terjadi. Siapa menyangka Ku Li akan jadi calon alternatif ahli - ahli UMNO yang sudah 'bosan' dengan cara kepimpinan lama UMNO, sebagaimana yang terjadi dalam Pilihanraya Umum 2008 (PRU 08) yang lalu. Dalam PRU 08 tersebut tiada siapa menduga yang satu 'Tsunami Politik' di luar dugaan akan melanda BN dan parti-parti komponenya, sehinggalah detik keputusan mula diketahui secara rasmi.
Kredebiliti MY juga tidak harus dinafikan oleh DSN. Wujud segelintir pendapat, besar kemungkinan DSN terpaksa berdepan dengan MY bagi merebut jawatan tertinggi UMNO itu. Jika ini benar - benar berlaku, peluang DSN dikatakan 50:50. Maknanya, DSN akan terus dihantui igaun ngeri (komponen jadi Presiden UMNO) setidak-tidaknya sehingga penghujung Mac 2009!
Biar apapun, penulis amat berharap keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini akan terus berkekalan dan seterusnya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Monday, October 6, 2008

Iye ke?

Salam & bersua lagi...
Wujud sesetengah pihak mengatakan yang perlaksanaan Islam di Malaysia sepenuhnya akan mengalami tiga tahap yang utama, iaitu :
1) Tahap kesedaran yang tidak boleh diperkatakan secara terbuka dan bebas.
2) Tahap kesedaran yang sudah boleh diperkatakan secara terbuka dan bebas.
3) Tahap perlaksanaan Islam sepenuhnya.

Menurut mereka, tahap yang pertama merujuk kepada keadaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN). Tahap kedua pula, dikaitkan dengan keadaan apabila Pakatan Rakyat (PR) sudah menguasai beberapa-beberapa negeri. Manakala, tahap yang ketiga menggambarkan keadaan di mana PR telah berjaya menguasai Putrajaya sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, penulis beranggapan ianya hanya merupakan satu pandangan yang bersifat 'syok sendiri' dan tidak berpijak pada realiti. Logiknya, mana bisa PR akan berupaya mengotakan harapan (terutamanya penyokong-penyokong PAS) untuk membentuk sebuah pemerintahan Negara Malaysia yang berpaksi sepenuhnya kepada Islam, dalam keadaan, pertentangan prinsip secara terangan wujud dalam gabungan PR terutamanya antara PAS & DAP. Adakah DAP berkesudian untuk merestui hasrat tersebut? Apa pula tanggapan penyokong - penyokong DAP akan hal ini? Rasanya sudah berulang-kali suara - suara DAP memperkatakan tentang 'sekularisama'nya Negara Malaysia ini. Seingat penulis, Pengerusi DAP, Karpal Singh cukup lantang mempertahankan sekularisma ini dan secara jelas menyatakan tentangan terhadap mana - mana pihak yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

Perlu diingat juga, tertegakknya sesebuah parti politik kerana wujudnya ahli-ahli yang benar komited terhadap perjuangan agenda parti. Oleh itu, setiap parti akan tegas memperjuangkan agenda parti masing - masing demi memenuhi tuntutan ahli - ahli yang mendokongnya. Apa yang jelas, PAS dan DAP memang tidak sebulu! Satu ke utara, satu ke selatan. Penulis begitu percaya, penyatuan mereka adalah bersifat sementara atas dasar dan peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim. Hakikatnya, banyak pihak agak sangsi dengan 'closed deal' Anwar Ibrahim dan pimpinan DAP sehingga mampu menutup seketika kelantangan suara mereka dalam isu - isu tertentu seperti pembentukan Malaysia sebagai Negara Islam. Perlu diingat diam mereka bukan bermakna tanda setuju mahupun restu. Kita patut lebih berhati-hati dalam keadaan seperti ini agar tidak terjadi seprti api dalam serkam atau gunting dalam lipatan.

Penulis cukup bimbang dengan keghairahan sesetengah pemimpin politik untuk berada dipuncak kuasa akan memburukkan lagi keadaan. Baik di pihak BN, mahupun di pihak PR. keghairahan berkuasa mencetuskan pertelagahahan poltik yang berpanjangan yang akhirnya meletakan keadaan agama, bangsa dan negara dalam keadaan tidak stabil. Akibatnya rakyat hidup dalam kesusahan dibebani dengan pelbagai masalah.

Oleh itu, penulis beranggapan berdasarkan kepada perkembangan semasa yang berlaku, nasib agama dan bangsa masih belum ketentuan lagi, sekalipun PR berjaya menguasai Putrajaya. Penulis cukup bimbang, sekiranya nasib agama dan bangsa yang kita cintai ini terpaksa bertarung di 'pasaran' secara terbuka setara dengan agama dan bangsa lain. Adakah keterbukaan seperti ini yang didambakan? Sama-samalah kita renungkan bersama agar tidak terjadi seperti yang disebut dalam pepatah Melayu, "apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran".