? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, November 15, 2008

5 Langkah Perancangan Kewangan

HIDUP perlukan perancangan. Apa saja yang kita lakukan perlulah dirancang dengan sebaik mungkin agar dapat mencapai matlamat yang diingini. Dari aspek kewangan, perancangan yang baik akan meletakkan kehidupan anda dalam keadaan selesa dan selamat. Ada orang kewangannya selesa tetapi tidak selamat, terutamanya untuk jangka masa panjang.
Di sini ada lima langkah mudah bagi memastikan status kewangan anda selesa dan selamat.
1. Kenalpasti matlamat kewangan anda. Dalam erti kata yang lebih jelasa, berapa RM yang anda perlukan dalam tempoh tertentu bagi membolehkan hidup anda selesa, tenang dan selamat. Apa yang penting, tetapkan matlamat kewangan anda dalam batasan kemampuan diri sendiri, bukannya orang lain.
2.Analisa status kewangan semasa anda dan sedikit jangkaan terhadap prestasi masa depan dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti keadaan ekonomi semasa dan akan datang, prospek kerjaya dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi kewangan anda.
3.Tetapkan matlamat kewangan anda untuk tempoh tertentu. Namun, anda perlu realistik, berhati dan tidak tergesa-gesa dalam membuat tindakan susulan.
4.Pilih bidang pelaburan yang dapat mengembangkan lagi RM yang anda miliki. Namun, tidak ada jalan pintas untuk berjaya memiliki RM yang banyak. Elak bidang pelaburan yang wujud keraguan dan bertentangan dengan apa yang digariskan oleh agama.
5.Setiap pelaburan yang dibuat perlulah diawasi. Jangan harapkan orang lain untuk mengawasi apa jua pelaburan yang kita buat, sungguhpun kita melakukannya melalui institusi pelaburan. Ingat setiap sen RM yang anda laburkan, anda berhak untuk mendapatkannya semula berserta pulangan pada kadar yang sepatutnya. Semakin tinggi risiko sesuatu pelaburan, maka semakin tinggi jugalah kadar pulangan yang bakal diperolehi. Namun, kita tidak seharusnya terlampau ghairah. Anda perlu terlebih dahulu melihat kemampuan RM yang anda miliki serta keupayaan untuk menanggung kerugian sekiranya pelaburan yang dibuat tidak mencapai matlamat. Melaburlah mengikut kemampuan anda!

Thursday, November 13, 2008

Harus Melabur Dalam ASN & ASB

Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-80 bermula pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima.
Sumber: JAKIM & JKF

Sunday, November 9, 2008

Pakej RM 7 bil: Ke mana disalurkan?

PADA asasnya penulis bersetuju dengan komen Anita Gabriel dalam Bizweek, Sabtu 8 November 2008 yang lalu berhubung pakej suntikan ekonomi Negara yang diumumkan Dato’Seri Najib beberapa hari yang lalu. Menurut Anita, isu yang paling utama sekarang ialah dari aspek perlaksanaannya. Ia tidak akan membawa maksud yang besar sekiranya kerajaan tidak benar – benar telus dalam melaksanakan setiap perincian yang terkandung dalam pakej tersebut. Tiada bezanya RM 7 bil dengan RM 70 bil sekiranya kerajaan gagal bertindak dengan berkesan yang seterusnya hanya akan merugikan ‘dana rakyat’ yang telah diamanahkan melalui instrumen-instrumen tertentu yang telah diwujudkan oleh kerajaan.
Barangkali, satu persoalan asas yang dapat kita kemukakan di sini, iaitu ke mana RM 7 bil itu disalurkan? Rakyat tentunya masih ‘bingung’ tentang perkara ini dan bagaimana pakej ini dapat membantu situasi lembap ekonomi Negara yang dihadapi sekarang yang terkesan akibat kelembapan ekonomi global terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah.
Peruntukan terbesar yang terkandung dalam pakej tersebut iaitu sebanyak RM 1.8 bil digunakan untuk menyemarakkan sektor pembinaan termasuk menaik taraf kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan jalan-jalan di kawasan ceruk pedalaman. Turut diperuntukkan sebanyak RM 1.5 bil sebagai dana pelaburan bagi merancakkan lagi pelaburan sektor swasta terutamanya pelabur-pelabur daripada luar melalui pelbagai insentif seperti geran dan pinjaman khusus kepada bidang-bidang strategik yang memberikan kesan yang besar kepada pencapaian ekonomi Negara secara keseluruhan.
Bagi golongan yang kurang berkemampuan, kerajaan telah memutuskan untuk memperuntukkan sebanyak RM 1.2 bil untuk tujuan pembinaan lebih banyak rumah yang mampu dimiliki. RM 5 juta pula disalurkan kepada pasukan polis dan tentera kita untuk meningkatkan kualiti dan pengurusan balai polis, kem serta kuarters. Untuk meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam kita termasuk LRT, KTM komuter dan bas, sebanyak RM 5 juta turut diperuntukkan. Manakala bagi Projek Jalur Lebar peruntukkan sebanyak RM 4 juta turut termasuk dalam pakej tersebut.
Masing –masing RM 3 juta akan disalurkan kepada program pemantapan kemahiran bidang-bidang tertentu dan program sosial seperti Rakan Muda.
Untuk menyelesaikan masalah projek-projek perumahan terbengkalai, kerajaan akan menyuntik sebanyak RM 2 juta dan inisiatif ini boleh dianggap sebagai ‘nafas baru’ kepada projek-projek sedemikian yang banyak member tekanan kepada rakyat.
RM 2 juta juga turut diagihkan bagi usaha memantapkan lagi agenda modal insan yang bakal menambah baik kualiti tenaga kerja Negara.
Bagi melengkapkan pakej suntikan ekonomi yang bernilai RM 7 bil tersebut, kerajaan turut memberi penekanan kepada bidang industri kecil dan sederhana. Bidang tersebut dikatakan akan mendapat suntikan sebanyak RM 1 juta melalui beberapa pendekatan yang akan dilaksanakan.
Penulis beranggapan perincian yang terkandung dalam pakej suntikan ekonomi yang telah diumumkan oleh kerajaan itu perlu dilaksanakan dengan telus tanpa ada ketirisan di pelbagai peringkat. Biarlah proses penagihan dana-dana yang diperuntukkan dibuat secara adil dan bukannya berdasarkan faktor kronisme dan hubungan politik kepartian. Diharap, tragedi Tsunami Politik Mac 2008 mampu memberikan pengajaran kepada pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk tidak akan sewenang-wenangnya menyalahgunakan dana rakyat untuk tujuan kepentingan peribadi dan kaum kerabat mereka. Percayalah, rakyat sudah ‘bosan’ dengan keangkuhan dan kesombongan mereka baik di peringkat cawangan, bahagian, negeri apatah lagi di peringkat nasional. Seolah-olah dilihat, UMNO dan BN telah dijadikan ‘lubuk emas’ kepada kebanyakan pendokong UMNO dan BN.
Semoga, setiap ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T mampu memberikan penganjaran kepada kita semua. Ingatlah, kehidupan dunia hanya destinasi sementara, yang kekal abadi hanyalah kehidupan Akhirat. Dan, di sana kita pasti akan berdepan dengan penghakiman Allah S.W.T yang akan merungkai apa jua yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita di dunia ini. Tiada lagi ‘putar belit’ dan juga rayuan ke ‘mahkamah’ yang lebih tinggi. Di sana, keputusan adalah muktamad!
Moga-moga, Malaysia akan terus aman dan makmur di bawah naungan-Nya. InsyaAllah…

Friday, November 7, 2008

Obama : Pencetus Order Baru Politik Dunia?

KEMENANGAN Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama dalam sejarah politik pemerintahan US dikatakan pencetus order baru politik bukan sahaja kepada negara 'Uncle Sam' itu sendiri, malah akan turut 'mencapah' ke seluruh dunia.

Order baru yang dimaksudkan itu menyifatkan 'sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin tanpa berasaskan bangsa tertentu'. Namun satu persoalan yang barangkali boleh dibangkitkan dalam konteks Malaysia, iaitu relevankah politik bentuk ini diamalkan di Malaysia? Apa yang pasti, lontaran persoalan ini akan mencetuskan reaksi yang pelbagai sifatnya.
Biar apapun, penulis beranggapan dalam konteks Malaysia fahaman politik order baru sedemikian sifatnya tidak begitu sesuai untuk dianuti berasaskan kepada beberapa faktor fahaman dan kepercayaan yang masih menebal bahawa tiada sebarang jurang antara agama dan politik.
Situasi ini tentunya amat berbeza dengan apa yang diamalkan di barat sana atau mana - mana negara yang meletakkan faham sekularisme sebagai asas utama pembentukan negara mereka. Anggapan keterpisahan agama dan politik adalah sesuatu yang cukup sensitif di negara kita terutamanya bagi mereka yang kuat faham agama. Dan, saya agak optimis bahawa fahaman ini tidak akan beralih arah dalam ruang lingkup politik semasa, walaupun sudah ada tanda-tanda dalam politik parti pemerintah BN. Dan 'signalnya' dikatakan makin jelas selepas kebangkitan Pakatan Rakyat yang didominasi oleh parti pelbagai kaum PKR selepas Pilihanraya umum yang Mac lepas. Namun percayalah, 'mereka' pasti akan berdepan dengan jalan yang sukar. Bagi penulis, para pendokong PAS sudah pasti tidak akan semudah itu untuk mengadaikan apa yang selama ini diperjuangkan, iaitu menjadikan Islam sebagai asas politik dan pentadbiran negara. Ini membawa maksud, majoriti pengundi Melayu Islam di negara ini tidak akan dapat menerima seseorang yang bukan Islam menjadi Perdana Menteri seterusnya akan menolak politik order baru yang dicetuskan selepas kemenangan Obama.
Justeru, penulis merasakan kita perlu lebih berhati-hati tatkala berdepan dengan apa jua fahaman baru yang cuba untuk menidakkan fungsi agama dalam susun galur politik dan pentadbiran negara kita. Ini kerana, 'puak-puak' yang condong ke arah itu akan menggunakan pelbagai usaha asalkan matlamat yang perjuangkan selama ini tercapai. Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua daripada sebarang rancangan jahat Yahudi yang tak pernah 'serik-serik' mencari jalan untuk melemahkan Islam dan umatnya! Wassalam

Monday, November 3, 2008

Ku Li Gagal lagi

SATU percubaan yang cukup berani, namun beliau gagal lagi! Itu yang dapat penulis katakan kepada Ku Li berhubung kegagalannya lagi sekali untuk mendapatkan pencalonan yang mencukupi (sekurang-kurang 58 pencalonan) bagi merebut jawatan Presiden UMNO dan sekaligus Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Sehingga tarikh ini, secara tidak rasmi Dato' Ser Najib (DSN) sudah boleh dianggap memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding. Dengan pencalonan sebanyak 140 berbanding 1 bagi Ku Li adalah 'membawa mesej' yang cukup jelas kepada 50 lagi bahagian yang masih mengadakan mesyuarat mereka untuk secara 'automatik' memberi pencalonan kepada DSN. Bagi penulis, 'budaya tidak melawan arus bimbang akan kepentingan yang dimiliki tergugat' masih begitu menebal dalam UMNO, mahupun Barisan Nasional (BN). Dalam situasi ini, memang amat sukar untuk mencari bahagian-bahagian yang benar 'berani' untuk menidakkan pencalonan DSN. Soal layak mahupun tidak DSN sebagai Presiden UMNO atau Perdana Menteri sudah tidak ada dalam pertimbangan mana-mana bahagian lagi. Apa yang penting 'arus politik' sekarang mesti diharungi, bukannya ditetangani. Jika ditetangi juga 'masa depan politik' tidak akan berpanjangan dan ada kemungkinan besar disisih secara halus. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut dapat ditarik, tepung tidak terburai. Situasi seperti ini cukup membimbangkan terutama bagi mereka yang meletakkan politik sebagai 'career' sepenuh masa. Mana tidaknya, jika tersisih alamaknya agak sukarlah mendapat 'imbuhan-imbuhan' tertentu yang berupa projek mahupun tender di bahagian-bahagian masing-masing.

Bagi penulis, kegagalan Ku Li pada percubaan kali ini tidak bermakna DSN sudah boleh menarik nafas lega. Era kepimpinan UMNO dan kerajaan BN di bawah DSN boleh dianggap yang paling mencabar dan akan sarat dengan pelbagai dugaan. Pendek kata, laluan DSN tidak mudah. Beliau harus berdepan dengan pelbagai isu yang akan dimanipulasi oleh Pakatan Rakyat. Harus diingat, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak akan sewengan-wenangnya 'give up' berusaha selagi beliau diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk mengemudi Pakatan Rakyat. Persoalannya, mampukah DSN terus bertahan terhadap serangan demi serangan terutamanya yang bersifat peribadi selepas Mac 2009 nanti? Persoalan ini hanya akan terjawab selepas Pilihanraya Umum yang akan datang. Sama-samalah kita tunggu dan lihat...