? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday, September 6, 2009

Terima Bonus Raya...

Hari ini kerajaan mengumumkan akan membayar sejumlah bonus kepada lebih 10 ribu orang peneroka FELDA di seluruh negara. Ini sudah tentu satu berita gembira kepada banyak pihak terutama kepada para peniaga. Bagi kakitangan awam yang lain, keputusannya pemeberian bonusnya masih belum dimuktamadkan. Kata Najib, pihak Ketua Setiausaha Negara (KSN) sedang berbincang dengan CEUPACS, sebuah badan yang menjaga kebajikan kakitangan awam di negara kita. Jika ada rezeki, meriahlah 'raya' kakitangan awam kita pada tahun ini. Pasti banyak yang bertukar, langsir, perabot, dan perhiasan-perhiasan yang lain. 'Trend' belanja pula sudah pasti agak sedikit luar biasa. Sekali setahun dapat durian runtuh. Apalah salah berbelanja lebih sedikit!
Bagi kakitangan swasta, rata-rata tidak apa yang 'menarik'. Tiada 'gaji awal', apatah lagi bonus raya. Semuanya seperti biasa. Barangkali ada sedikit 'perit' bagi sesetengah syarikat yang gajinya benar - benar menghampiri hujung bulan. Sedangkan raya tahun ini jatuh pada 20hb. Tapi ada sesetengah 'Malay made company' mereka memperuntukkan gaji lebih awal kepada kakitangan mereka, setidak-tidaknya 2,3 hari sebelum raya. Namun, ada 'pro & kontranya' bila terima gaji lebih awal. Bukan apa takut tak berdisiplin ketika berbelanja...alih-alih dah 'overspent'. Penghujungnya, timbul macam-macam masalah lain. Kadang-kadang kita tidak sedar ketika asyik berbelanja. Bila balik rumah buat 'calculation' baru perasan 'budgetnya' udah lari. Kalau setakat lari sikit takpa, sempat lagi nak 'kejar'. Tapi, kalau lari banyak sangat, peninglah juga nak cari solusinya. Namun, tidak bagi mereka yang mempunyai wang tabungan yang banyak. Bolehlah sedikit sebanyak digunakan menampung budget yang udah lari itu.
Berbalik kita pada isu bonus yang sedang kita bincangkan. Berdasarkan kepada pengalaman sebelum ini, bila tibanya time bonus, banyak barang mengalami kenaikan harga. Terutamanya barang yang bersifat keperluan. Sedangkan bonus belum lagi dapat, sudah kedengaran ura-ura harga barang tertentu akan naik. Logiknya kenapa ini berlaku?
Pemberian bonus akan meningkatkan 'kuasa beli' orang ramai. Peningkatan kuasa beli akan turut mencetus pertambahan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan di pasaran. Apabila tahap permintaan begitu melebihi tahap penawaran pasaran yang ada, ia akan mendorong harga untuk turut mengalami kenaikan. Kenaikan harga secara berterusan akan mendedahkan situasi ekonomi kita kepada inflasi. Secara jangka pendek, kesan inflasi tidak begitu dirasai oleh banyak pihak. Namun, secara jangka panjangnya ia akan memberikan tekanan kepada banyak pihak terutamanya golongan masyarakat yang berpendapatan rendah yang tinggal di bandar-bandar besar dan juga ceruk desa sana.
Tekanan ekonomi secara berterusan akan mencetus masalah kewangan diri dan keluarga. Masalah kewangan yang yang berpanjangan akan memberikan kesan psikologi yang tidak baik kepada seseorang dan seterusnya akan menimbulkan pelbagai masalah lain seperti keterlibatan dalam kes-kes jenayah terutamanya yang membabitkan wang.
Justeru, bila bonus sudah ada dalam akaun bank masing-masing. Usah begitu teruja untuk berbelanja. Kawal nafsu diri seketika. Jangan diikut kehendak hati ketika menjengah ke pusat - pusat membeli-belah, walaupun dihidangkan dengan pelbagai tawaran yang cukup luar biasa. Berpada-padalah ketika berbelanja. Belilah barang yang benar - benar perlu sahaja. Berbelanjalah dengan ukuran pendapatan sendiri, bukannya terikut - ikut dengan ukuran pendapatan orang lain. Dalam keadaan ekonomi yang suram dan tidak menentu ini, tingkatkan tahap tabungan kita. Kalau dulu kita menyimpan sekitar 10 - 15% daripada pendapatan yang kita perolehi. Apalah salahnya, bila 'time' bonus kita tingkatkan sikit tahap tabungan kepada 30 - 40%. Bukannya apa, tahap tabungan yang banyak akan mengurangkan risiko diri dan keluarga bila berdepan dengan pelbagai kemungkinan dan ketidakpastian masa akan datang. Macam-macam boleh berlaku. Belajarlah daripada pengalaman silam ketika membuat keputusan untuk berbelanja. Biar tidak mewah hari ini, asalkan kita dapat mengharungi apa jua situasi sukar akan datang dengan keadaan yang lebih baik!

Wednesday, July 1, 2009

AlhamduliLLah...

Alhamdulillah…bertemu lagi setelah hampir 2 bulan tidak menulis sesuatu di Gerbang Tok Canang. Harapan saya, semua dalam lindungan rahmat daripada Allah SWT.
Tahun 2009 makin melangkah ke penghujungnya. Walaupun masih terasa baru saja ‘meraikan’ kemeriahan sambutan tahun baru. Begitu pantas masa ‘berlari’ meninggalkan kita. Putaran waktu 24 jam sehari seolah – olah begitu ‘culas’ sehingga acap kali kita terlepas pandang dek kesibukan mengurus aturan dunia.

Dalam banyak situasi, kita sering lupa untuk melaksanakan ‘keabdian’ terhadap Allah SWT. Sedangkan Dia sudah mencatur sebaik mungkin giliran siang dan malam untuk manusia bekerja dan mengabdikan diri kepada-Nya. Dia jadikan siang untuk kita berhempas pulas mencari rezeki yang halal untuk memenuhi keperluan dan kehendak diri. Manakala, Dia jadikan malam untuk kita mengabdikan diri kepada-Nya untuk mencari bekal jalanan Akhirat.

Perjalanan kita masih terlalu jauh dan masih belum pasti. Dunia yang kita huni pada hari ini hanyalah persinggahan sementara untuk mencari bekal jalanan Akhirat. Carilah apa saja untuk memenuhi bekal jalanan kita di sana kelak, asalkan tidak mencetus kemurkaan-Nya.

Carilah sebanyak mungkin redha-Nya, bukan murka-Nya. Sekadar untuk menginsafi diri sendiri… kita seringkali tercampak dalam dilema dalam mencari keredhaan Allah. Kita seringkali ‘pusing’ dalam membuat pilihan antara redha Allah dengan redha sesama manusia. Begitu juga antara murka Allah dengan murka sesama manusia. Sehingga dalam beberapa keadaan tertentu, kita sanggup mengetepikan redha dan murka Allah semata untuk memenuhi redha dan mengelakkan murka sesama manusia. Bait – bait kata, “Apa pandangan orang nanti…” begitu dekat dengan hidup kita, seolah – olah mendahului pandangan Allah SWT. Apa yang lebih dahsyat, pandangan Allah dirungkai sedaya mungkin agar dapat dicocok dengan pandangan manusia. Sepatutnya, pandangan manusia yang perlu mencocoki pandangan Allah SWT, bukannya pandangan Allah SWT yang mencocoki pandangan manusia! Siapalah kita untuk berbuat demikian? Kita hanyalah hamba-Nya yang berasal daripada komposisi tanah yang hina serta kepada jua kita akan kembali.
Renung-renungkan sebagai pedoman diri kita bersama...Ingatlah, hidup kita adalah satu pencarian!

Sunday, May 17, 2009

Presiden Afghanistan - Frozan Fana atau Shahla Ata?

Bakal tersemat dalam sejarah negara Afghanistan apabila dua wanita menawarkan diri bertanding jawatan presiden pasca-taliban. Ke dua - dua bakal calon tersebut adalah Dr.Frozan Fana, seorang doktor perubatan yg juga merupakan isteri bekas menteri penerbangan pertama kerajaan Afghanistan pasca-taliban, Dr. Abdul Rehman (yg mati dibunuh). Seorang lagi bakal calon yg juga ahli parlimen iaitu Shahla Ata. Dikatakan setakat ini sudah 42 orang menawarkan diri untuk bertanding. Jelas mesej yg ingin dsampaikan tentang kegagalan presiden Hamid Karzai membawa dimensi baru kepada negara Afghanisatan yg tidak lekang drpd pergelutan politik sejak dulu lagi.
Ada suara - suara sumbang yg mencadangkan agar jawatan presiden diberikan kepada wanita. Sebagai eksperimen terhadap kegagalan 'presiden lelaki' selama ini. Bagi mereka, negara Afghanistan sudah begitu lama bergelumang dgn pelbagai masalah yg byk menyukarkan kehidupan rakyat jelata.
Namun persoalannya? Bersediakah rakyat Afghanistan untuk merubah cara berfikir dan sekaligus menerima wanita sbg pemimpin. Ini kerana, sudah sejak sekian lama golongan wanita seolah terpinggir dan tidak mendapat hak serta pembelaan yg sama rata spt kaum lelaki. Dikatakan banyak hak mereka dinafikan termasuklah hak untuk mendapat pendidikan. Justeru percubaan kedua-dua tokoh wanita ini dilihat tidak akan menampakkan kejayaan yg besar. Majoriti rakyat Afghanistan masih mahukan 'lelaki' sebagai pengemudi negara mereka. Rata - rata masih belum bersedia ke arah itu. Sama-samalah kita tunggu dan lihat...

Friday, May 1, 2009

Meredah Kesepian, Sejak Sekian Lama...

Alhamdulillah bertemu lagi, sejak sekian lama menyepi.
Sudah hampir sebulan lamanya tidak menulis sesuatu di Gerbang Tok Canang, atas pelbagai halangan yang tidak dapat dielakkan. Namun, itulah lumrah kehidupan. Yang utama perlu didahulukan agar tidak timbul pelbagai masalah dikemudian hari.
Hari ini, seawal 9.00 pagi saya, isteri dan anak - anak bertolak ke Gold Coast Sepang. Sekadar untuk bersantai bersama sekeluarga. Anas dan hakim begitu 'teruja' untuk mandi laut.
Kami 'berkampung' di sana sehingga petang. Itupun, masih belum cukup buat anas dan adiknya melepaskan rasa geram di pantai. Dua - dua 'insist' tak nak naik ke 'darat'. Masih begitu teruja untuk berendam laut, biarpun keadaan cuaca agak bahang.
Memandangkan cuti umum (hari pekerja), pengujung agak sedikit ramai. Kebanyakan mereka yang berbangsa Cina. Bukan setakat 'Cina Malaysia', 'Cina Singapore' pun ada.
Orang Cina mmg mcm tu. Time bekerja tk ingat dunia. Bersungguh betul. Bila time cuti, pulun habis. Dua tiga officemates saya, tiap - tiap tahun mesti amik cuti panjang. Fly ke overseas. Tahun lepas Thailand. Tahun ni pula China.
Mereka sanggup berhabisan duit ribuan ringgit. Asalkan dapat bercuti sepuas - puasnya besama keluarga.
Orang kita banyak yang tidak mampu nak bercuti ke luar negara. Kecuali mereka yang benar - benar berduit. Itupun berapa kerat je. Ini maknanya, ekonomi orang kita masih lemah. Walaupun dah berpuluh tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan. Tak banyak perubahan yg berlaku. Yang tampak, hanya dua tiga kerat yang dapat manafaat secara langsung drpd DEB. Yang selebihnya hanya sekadar meneruskan tradisi lama. Yang miskin terus miskin, yang kaya terus kaya raya...
Bila bercakap pasal kelemahan ekonomi orang Melayu. Macam - macam pandangan dan hujjah yang dapat kita dengar. Ada yang positif. Ada yang negatif. Ada yang konstruktif. Ada yang destruktif...
Nak salahkan pihak kerajaan 100% pun rasanya tk adil. Penyebabnya bukan orang lain. Tapi diri sendiri. Orang kata, bangsa kita suka 'take for granted' dalam banyak situasi. Kalau boleh semuanya nak senang. Tak perlu susah payah. Kalau boleh duit datang bergolek. Kalau boleh tangan tak nak kotor langsung, poket penuh berisi duit. Sudahnya ramai yang terjebak dgn pelbagai skim 'wang mudah'. Termasuklah skim cepat kaya. Yang ketagih 'tikam nombor' pun ramai.
Dalam kehidupan, bukan senang nak senang. Namun, bukan susah nak susah. Rezeki takkan datang bergolek. Duit takkan dapat dengan percuma. Setiap orang perlu bekerja. Bekerjalah apa saja. Asalkan tidak melanggar larangan Allah SWT.
Berubahlah untuk berjaya. Bekerjalah kerana Allah demi mendapatkan kejayaan dunia dan Akhirat. Selamat Hari Pekerja...

Monday, March 16, 2009

Budaya Kafirun

Rata-rata kita seringkali alpa dengan kesilapan dan pengalaman lepas. Bahkan ia dilihat, tidak banyak memberikan pemulihan dan hadaf baru kepada umat. Tampak jelasnya, hanya sedaya mungkin mencari kelemahan orang lain sbg pencetus kesalahan diri. Keegoaan diri dalam mencari kesilapan diri sendiri masih amat sukar untuk dirungkai, apatah lagi untuk dicari titik penyudahnya.
Kita sudah begitu terbudaya sejak sekian lama untuk mengikut jejak langkah golongan kafirun dalam menggerakkan agenda kehidupan dgn meletakkan hasil penyudah sebagai matlamat dan dasar utama tanpa kepedulian terhadap orientasi proses yang yang terlibat. Bagi mereka, tiada ertinya sesuatu proses yang mengambil kira nilai-nilai kebenaran dan keadilan manusiawi & ukhurawi tanpa hasil penyudah yang terbaik! Percanggahan tanggapan sebegini ternyata ada kesannya kepada gerak laku kehidupan umat kita pada hari ini dengan terbentuknya sifat 'keakuan' yang makin lama makin menebal, yang seterusnya menjarakkan semangat kerjasama dan toleransi sesama umat itu sendiri. Hilangnya semangat seperti ini dikalangan umat akan hanya meruntuhkan benteng kekuatan dan amat mudah untuk dibolosi oleh golongan kafirun dengan pelbagai muslihat. Wassalam

Sunday, March 15, 2009

Antara Strategi Jewish National Fund

Bertemu lagi pada kedinginan pagi hujung minggu kali ini.
Apabila disebut "JEWISH NATIONAL FUND", barangkali ada yang mengatakan, "I have no idea! Mana tidaknya, boleh dikatakan tidak ada langsung 'coverage' media cetak dan massa yg memperihalkan kewujudan 'fund' ini kepada masyarakat dunia. Namun, tidak bermakna mereka tidak berperanan. Bahkan pergerakan mereka cukup licik dan berkesan bak kata pepatah Melayu ibarat 'api dalam sekam'. Sehingga ada yang mempersoalkan benarkah ia wujud? Atau hanya sekadar 'omongan sampah' yg berupakan propaganda Yahudi laknatullah untuk 'up'kan kredibiliti mereka di mata dunia, khususnya umat Islam!
Ketahuilah, agenda utama penubuhan JEWISH NATIONAL FUND (JNF) pada tahun 1901 ketika kongres ke-5 Zionist di Bassel, Swithzerland adalah penubuhan sebuah negara Yahudi, iaitu Israel. Ia dianggap sebagai 'caretaker of Jewish land' dan aset bernilai bagi orang Yahudi seluruh dunia. Kewujudan sebuah negara Yahudi yang bebas adalah dambaan sejak ribuan tahun yang lalu.
Untuk menjayakan agenda pembentukan negara Israel, JNF memerlukan dana kewangan cukup besar. Justeru, pelbagai usaha dilakukan dengan sokongan beberapa badan korporat dunia yang berpengaruh yang sanggup mendermakan peratusan tertentu daripada hasil jualan mereka kepada JNF.
Berikut adalah petikan satu daripada strategi pengutipan dana yang dipraktikkan oleh JNF berdasarkan 'official websitenya'(http://www.jnf.org) Apa yang dapat saya rumuskan, gerak kerja yang bersungguh - sungguh dan strategik sifatnya akan membuahkan hasil yang terbaik. Kalau orang Yahudi mampu berbuat demikian, kenapa tidak kita umat Islam yang sudah diiktiraf umat terbaik oleh Allah S.W.T? Sudah tentu akan berupaya membuahkan hasil yg berkali - kali terbaik!
Semoga kita semua terjaga dari lena yang panjang dan kecenderungan untuk bertelagah sesama sendiri!
"Donate to JNF, simply by using your credit card for every day purchases!
Introducing the HAS Advantage Visa Platinum card. Heritage Affinity Services, in conjunction with U.S. Bank, introduces HAS Advantage, the first-ever Visa® Platinum card that offers great rewards and lets you support Israel-related charities with every purchase.
As a JNF HAS Advantage cardmember, you earn 1 point for every dollar you spend. At the same time, a portion of every purchase you make goes to JNF. You can redeem your HAS Advantage points for miles on EL AL Airlines, domestic and international travel rewards, brand-name merchandise, gift certificates and Judaica."

Thursday, March 12, 2009

Global Economic Collapse - What Happens Next?

Berikut merupakan petikan artikel yg saya terima melalui email.
"Will the world’s governments be able to save the global economy? Will the printing of so-called “money” enable them to stimulate a sustained economic recovery?
What is the cause of the threatened collapse of the global economic system? Why has the current system failed? Will a new and successful economic model emerge from the current economic crisis?
The global economy is going through a period of change and readjustment that has never been experienced before in history. This article will outline the emergence of a new economic order, and the implications of what this will mean to the world.
The chief cause of the economic crisis is that the Anglo-Saxon peoples, who up to now have dominated the world economy, have been living for decades on borrowed money to finance their domestic consumption and military adventures. They now have to repay the money borrowed from their international creditors, but do not have the income to repay them. Even worse, if the Anglo-Saxon world cannot continue borrowing from foreign creditors their economies will not have sufficient liquidity to maintain economic the activity necessary to provide employment to their citizens. Their creditors are now becoming wary of continuing to lend money after already suffering considerable losses from the collapse of American financial institutions.
Without the flow of credit to finance consumption in the Anglo-Saxon world the global economy is being forced to go through a period of very painful readjustment? The UK and US banks are now largely insolvent and unable to recover many of their loans from their indebted customers, and have had to seek government help to bail them out to repay their lenders. Additionally, asset values are continuing to decline, wiping out the asset values of bank securities. As governments pump more public money (which they have not yet collected in the form of taxes) into the banking system, or offer government guarantees to financial institutions, there is now the real possibility of governments themselves going bankrupt, unless they are bailed out such as happened to Iceland recently. The expansion of the money supply, it is hoped, will inflate asset values to help support the banking system by reducing the current disparity between assets and liabilities. This is thought possible because liabilities are generally fixed, while assets are subject to inflation. The problem is that, but in the process they erode the values of currencies – good for sellers but bad for investors and savers.
It has become popular to blame the banks for financial difficulties they face, but governments need to accept they are the prime cause of the current banking crisis. Governments inflated their money supply far faster than the economy could increase real productivity. The banks are in the business of lending money, and to earn return for their depositors they took increasing risks in lending as the supply of money increased, engaging in speculative activities. The current crisis would never have occurred if the money supply had not been increased faster than the productivity of the economy. Creating an over-supply of liquidity that resulted in inflating asset values. Amazingly today, governments are becoming even more reckless in increasing their money supply in the mistaken belief that this will generate jobs.
If the Anglo-Saxon economies can be saved from economic collapse at this time, it will only be a temporary respite until uncontrollable inflation takes hold, and the value of their currencies approach zero as has recently happened in Zimbabwe. During the time before stag inflation takes over there may be a short period of economic recovery as the benefits of government stimulus kicks in. This will be followed by total economic and social collapse, massive unemployment, starvation and widespread poverty. We only need to look at the example of Zimbabwe today to see what the consequences will be and how fast it can happen.
The current crisis has shown how completely much the world has become a single global economy. The reduced flow of money from the creditor nations to the debtor nations has had a dramatic effect on world trade. There is general consensus that there needs to be a global solution if the global economy will survive the current crisis. The current crisis is propelling the world into the necessity of having a single regulated global economy supervised by one regulatory body for the entire planet. This all-powerful agency will control the movement of goods and services as international commerce evolves into a single global economy.
Firstly the world needs to accept the reality that the Anglo Saxon nation’s (USA, Canada, UK, Australia and New Zealand) economies cannot be saved. With the down-turn in the global economy they will be unable to earn sufficient export income from the rest of the world to service their enormous external debts. Their governments are now urgently printing and borrowing money to save their banking systems from collapse; and to stimulate domestic spending to in an effort to create employment by spending on infrastructure and other projects. This is a desperate attempt to save their socio-economic institutions from unravelling which would destroy government’s tax base, resulting in massive national bankruptcies. Sadly these efforts will only debase their currencies, cause uncontrollable inflation, and result in defaulting on their international debt obligations. The Anglo-Saxon economies cannot be saved – they will shortly collapse into a state of anarchy.
The current crisis is having a major impact on the Asian economies, which had become dependent on exports to North America to finance their domestic growth. Without these markets, Asia must stimulate domestic demand to sustain local industrial output. China is taking the lead here by massive spending on developing their internal infrastructure and improving social services. However it will take a few months before economic demand will pick again within the Asian region from the Chinese stimulus. During this time some Asian countries will run the risk of political upheaval as unemployment grows.
No country in Asia is being impacted more than Japan, the world’s second largest economy. Japan has numerous fiscal problems, including caring for an aging population, enormous government debt, declining export markets and huge industrial capacity surpluses to existing markets. Japan is looking at creating once again a Greater East Asia Co-Prosperity Sphere as it did in the thirties and forties for much the same reasons – to secure a reliable supply of natural resources and markets for its excess industrial capacity. Its previous efforts to stimulate domestic demand had limited success, and will be difficult to duplicate a second time. We can expect Japan to go through a period of political upheaval following the collapse of America, with the right-wing nationalists gaining control of the government.
We can now expect to see use some of Japan’s surplus industrial capacity used to rebuild its military capacity (partly as a deterrent against China), and to fill the vacuum following the collapse of US markets. The one economic activity that will utilise surplus industrial capacity is increasing defence expenditures. Both Japan and Germany need to develop new markets for their surplus industrial capacity – increased expenditure on the military will be a simple way of resolving what to do with their idle factories.
The region in which we will see the most dramatic change is Europe. There is a growing gulf between the asset rich countries of NW Europe and the poorer south and east. Political tensions are mounting. Social unrest is spreading. Cracks are appearing in European solidarity. Unless bold, decisive leadership emerges in the EU, there is a danger that the current partnership may unravel. The collapse of the Anglo-Saxon nations will be the catalyst to force the EU to resolve their political differences, and to make the necessary reforms in response to the political and economic turmoil in Europe. The English speaking world will be blamed for the economic problems emerging in the EU. Europeans will look for a strong leadership that is able to unite them and restore confidence in their failing economies. The Catholic Church will encourage a spiritual revival to restore Christian values. There will be a shift from individual freedom to serving the needs of the state.
It is now widely accepted that the current Bretton Woods economic model needs to be replaced. What is envisaged is the new economic model where the movement of capital is much more regulated. In place of the IMF and World Bank would be a new regulatory body that would limited the movement of capital to serve the needs of the people, rather than today where capital is free to exploit the people to maximise the profits which only enrich a privileged few. This new regulatory body would require considerable power to enforce its authority than exists today. It would be a global central bank, but would have greater authority than the ECB or Federal Reserve. It will mean nations giving up a considerable degree of national sovereignty. This new entity will have the power to control how people conduct business. It will be modelled along the National Socialism policies Hitler implemented to restore prosperity to Germany in the thirties.
Who will control this new economic authority? It is the Europeans, in particular Germany that is strongly advocating a new global economic order. Germany is the one nation that has the capital to dictate the terms for creating a new global central bank. This bank will have the authority to issue currency, control the movement of capital and oversee a new global order where capital services the needs of the people. German Chancellor Angela Merkel recently set this out this vision at the Davao World Economic Forum. It will be Germany that has the financial strength to dominate the coming new economic order.
This new economic order is opposed by the USA, as it will mean giving up the dollar as the world’s reserve currency and America giving up its position as the world’s dominant economic power. For this reason the US has been unenthusiastic in supporting an international regulatory body. However the United States is now so desperate for money that they will have little choice but accept the terms of the new international regulatory body, to avoid economic collapse.
There will emerge one global Central Bank, which will restore prosperity to much of the world. This Central Bank would have regulatory power over the banks of those nations that submit to its authority, which would virtually mean nationalising the banking system. However, there will be many strings attached to how capital is used, with serve restrictions many of the economic freedoms we enjoy today. It will create a regulatory market, directing capital to serve the needs of the state rather than the individual, but will be able to protect one’s savings, create employment, and prevent the speculative risk taking that has gone on with free market capitalism as has been the case over the last few years. It will be modelled along the lines of the ECB, but with greater regulatory powers. It will restore confidence for those with savings to know their investments will be protected and not lost through speculation or invasion.
These are historic times. Events are now moving fast. For the people living in the English-speaking world, it will be a time of great suffering and sorrow. Many will starve through lack of food. Disease will be wide-spread – many will die. Law and order will break down – crime will become rampant. Eventually these countries will be taken over by their creditors, and their people put into slavery.
These events need not have happened. The most blessed people on the earth have been the Anglo-Saxon people. They have thought that their wealth and power have come from their own abilities and not as a blessing from God. It is a result of rejecting the moral and economic laws of the Bible that they now face this crisis. Now these blessing have been withdrawn, and a time of punishment is being inflicted upon them"

Thursday, March 5, 2009

Lirik Lagu : ALLAH Peduli - Agnes Monica

Pada anggapan anda, apa yg tak kena dengan lirik lagu Angnes Monica di bawah ini? Bait2 awalnya cukup cantik, seolah2 akur terhadap kebesaran Allah S.W.T. Namun kita jangan mudah tertipu di sebalik keasyikan dan kemerduan suara nyanyiannya terselit bait kata yg mengagungkan 'Jesus' pada penyudah lagu tersebut!
Kadang2 sukar difahami, kenapa lagu2 drpd negara seberang cukup 'digilai' oleh 'pencinta seni' tempatan sejak akhir2 ini, jika dibandingkan dgn lagu2 tempatan. Ada yg beralasan lagu & liriknya cukup unik yg tdk terdapat dlm lagu2 ciptaan tempatan. Apa yg uniknya? Hanya 'pencinta seni' saja yg mengerti.
Namun, bukanlah maksud saya utk bersifat prejudis dlm menilai lagu2 ciptaan negara seberang ini. Cuma...janganlah sampai begitu taksub sehinggakan menceduk apa saja lagu yg masuk ke halwa telinga kita, tanpa menilainya terlebih dahulu, terutamanya mesej dan lirik sesebuah lagu itu. Ceduklah apa yg baik dan elakkan apa yg tidak mendatangkan apa2 manafaat kepada diri, bangsa, agama dan negara. Hayati dan fahamilah bait2 lagu di bawah ini...
"Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yangku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti
Allah mengertiAllah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus kumengerti"

Wednesday, March 4, 2009

Lagi Gambar Banjir KL 2 ...











Beberapa keping lagi gambar tragedi banjir di KL semalam utk tatapan semua. Semua yg terjadi adalah drpd Allah S.W.T. Ceduklah sebanyak mungkin iktibar dan pengajaran di sebalik apa yg terjadi. Tentu ada sebab dan musabab yg selama ini kita terlepas pandang! Fikir2kanlah

Lagi Gambar Banjir KL !!!

Berikut sebahagian lagi gambar2 tragedi banjir KL 3 Mac 2009. So, bila 'park' kereta kt KL... be ready to take your own risk! Nampaknya, bertambah luaslah pintu rezeki company2 insurans kt negara kita. For sure, ramai yg akan beli insurans kenderaan yg cover kerugian utk flood sekali, even terpaksa bayar premium lebih!
Pemerintah punya part mcmana pula? Takkan terus menerus nk harap kt Smart Tunnel je. Perlu ada solutions lain as a back up plan.
Rakyatpun ada tanggungjawab gak, sampah2 & barang2 terbuang janganlah sewenang2nya dicampakkan ke sungai atau longkang.
Ia akan menyekat kelancaran aliran arusnya yg akhirnya menyebabkan berlakunya banjir kilat. Cuba perhatikan bila time hujan, Sg. Gombak & Sg. Klang banyak sekali menghayutkan sampah2 sarap & barang2 terbuang! Macama2pun ada...tong, kerusi, meja dan macam2 lagi! Pendek kata, semua pihak ada peranan dan tanggungjawab masing2...