? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, June 26, 2008

Pengakuan Bersumpah Raja Petra

Salam kepada semua. Moga - moga semuanya dalam keadaan baik - baik belaka, walaupun suasana politik tanahair kita masih dalam keadaan ketidaktentuan. Namun, diharapkan ianya tidak akan mencetuskan sebarang insiden yang boleh merosakkan masa depan kita semua!
Pada kali ini, saya ingin berbicara tentang pengakuan bersumpah Raja Petra yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timb. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Sharibu.
Rata - rata merasakan agak sangsi bagaimana Raja Petra berupaya memiliki info yang sebegitu seolah - olah beliau sendiri berada pada malam berlakunya insiden pembunuhan tersebut. Adakah ianya hanya sebagai dakwaan yang bermotifkan agenda politik pihak - pihak tertentu?
Biar apapun, pihak berkuasa, yakni polis harus bersifat lebih telus dengan tidak hanya membuat siasatan di sebelah pihak sahaja, iaitu Raja Petra. Bahkan, perlu juga memanjangkan siasatan seadil mungkin kepada semua pihak yang dinyatakan dalam pengakuan bersumpah tersebut tanpa mengira status mahupun kedudukan individu terbabit.
Ketidaktelusan hanya akan menambahkan lagi rasa ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah. Seterusnya akan membuka ruang kepada pihak - pihak yang berkepentingan untuk menunggang terbalikkan keadaan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO, MCA, MIC dan beberapa parti komponen BN yang lain.
Diharap, Pak Lah selaku Perdana Menteri yang memikul amanah 27 juta rakyat Malaysia agar melihat dakwaan ini dengan lebih serius dan telus. Rakyat tidak mahu keadaan politik yang tidak menentu ini terus berpanjangan dan memberi kesan buruk kepada kita semua!
Robohnya Kota Melaka gara - gara sifat hasad dengki sesama kita. Dan, jangan robohkan Putrajaya yang telah dibina gara - gara ketamakan dan kerakusan kita semua terhadap pangkat dan kedudukan! Perubahan untuk semua...

Friday, June 13, 2008

Agama Bukan Mengkhayalkan Orang Miskin

Lagi satu artikel yang saya terima melalui email yang dikatakan ditulis oleh Mufti Perlis, iaitu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Biar apapun, ada sesuatu yang dapat kita sama-sama fikirkan dan ambil iktibar daripadanya. Selamat membaca buat semua pengunjung Gerbang Tok Canang!

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong?
Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc.
Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?” Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Pembaziran
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar.
Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.
Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara.
Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma‘ruf dan al-An- Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?” (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperoleh ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa‘d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat.
Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Tanggungjawab
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Surat Untuk Pak Lah

Salam dan berjumpa kembali di blog Gerbang Tok Canang ini. Moga - moga semuanya dalam keadaan baik - baik belaka. Berikut adalah satu email yang diterima oleh sumber yang tidak dapat saya sahkan. Barangkali ada satu, dua, tiga perkara yang dapat sama - sama kita fikirkan.

Joke wa terima, gelak wa baca..........
saya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana
menaikkan rege minyak..
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik.. saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..
saya sanggup berkorban untuk UMNO dan bn..
anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu
sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan
bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk
dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik
saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah
flat..
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..
apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen
saya tak pakai pon kete... sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..
anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki
atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km
walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup
untuk keluarga saya...
buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..
saya tidak akan menggunakan gula... tak akan menggunakan
tepung untuk buat jempot-jempot
akan menggantikan beras ngan ubi... setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)
saya akan buat minyak masak sendiri
itu antara care saya merubah hidup..
ade banyak lagi care
semuanya kerna UMNO dan bn...
dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..
bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah
saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..
insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah..
tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!
jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..
jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..

saya tetap akan menyokong pak lah..

akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup bn..

sekian terima kasih..

ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan patrik badawi.. dan tak lupe gak
tuan punya syarikat scomi

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas

Thursday, June 12, 2008

Kakitangan Kerajaan & Kerja Part Time

Saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap aspek pengurusan ekonomi negara mencadangkan agar kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah untuk melakukan kerja 'part-time' bagi mengekang kenaikan kos hidup yang berlaku adalah satu cadangan yang perlu diteliti dengan sebaik mungkin. Terus terang saya katakan, ianya bukan satu jalan penyelesaian yang terbaik!
Memang tidak dinafikan ada kebaikannya. Namun, sekiranya dibuat perbandingan antara kebaikan dan keburukan yang bakal diperolehi, saya agak yakin keburukannya akan lebih menyerlah, terutamanya untuk jangka panjang. Apa yang penting, produktiviti akan terkesan. Sedangkan kakitangan kerajaan memikul amanah rakyat yang cukup berat yang mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin! Bukan sekadar melepas batuk di tangga, seperti mana yang berlaku dikebanyakan agensi kerajaan pada hari ini.
Justeru, saya mengesyorkan agar kita semua merubah gaya hidup kita agar lebih setara dengan pendapatan yang kita perolehi pada setiap bulan. Budaya hidup 'biar papa asalkan bergaya' msesti dirubah. Belajarlah untuk hidup dalam keterbatasan kemampuan kita. Jangan kita cuba hidup dengan gaya dan keterbatasan orang lain! Perubahan untuk semua!

Jimat Cermat?

Salam buat semua. Pada asasnya saya menyambut baik langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membudayakan amalan penjimatan di peringkat kepimpinan tertinggi kerajaan yang melibatkan menteri, timb.menteri dan pegawai - pegawai kanan kerajaan. Namun, jelasnya pemotongan 10% daripada elauan keraian menteri dan timb.menteri pada saya terlampau kecil jumlahnya sekiranya dibandingkan dengan jumlah sebenar peruntukan tersebut kepada mereka pada setiap tahun. Setidaknya, elauan tersebut harus dipotong sehingga 30% - 40% bagi seorang menteri mahupun timb.menteri. Kenapa harus diberikan pelbagai keistemewaan yang sifatnya bermewah - mewah kepada mereka? Sedangkan ramai lagi yang miskin terus terhimpit dengan kemiskinan, terutamanya dicorot pedalaman sana! Title 'pemimpin' bukan satu keistemewaan. Ianya adalah satu amanah yang cukup berat yang mesti dipikul oleh setiap daripada mereka yang bergelar pemimpin.
Justeru, kepimpinan melalui teladan yang kita war-warkan sejak sekian lama harus bermula secara bersama. Bukannya hanya rakyat yang pendapatan tidak seberapa ini yang disarankan agak menukar gaya hidup dengan lebih berjimat - cermat, sedangkan pemimpin atasan yang bergelar menteri dan timb.menteri tetap dengan tabiat pembaziran wang rakyat! Perubahan untuk semua!

Sunday, June 1, 2008

11 Tips Membuat Keputusan

Petikan artikel yang saya jumpa. Barangkali ada sedikit sebanyak yang dapat kita manafaatkan untuk kebaikan kita semua.

1. Get clear on the number of alternatives you have. Is this a yes/no decision or are there multiple outcomes (like buying a new car or choosing a place to live)?

2. How long will this decision affect your life? Buying a new car is a decision that you may need to live with for the next 10 years or so. You should take more time to make a good decision than you would if the decision won't affect you for as long. There is a stunning array of choices when renting a movie for the evening but the outcome only lasts as long as the show.

3. Narrow your options. In our area we have an ice cream store that boasts three display coolers full of ice cream from which to choose. There are over 100 different flavours. You could be there all day. One trick our family uses is to look at only one of the coolers and choose from that. It doesn't matter which cooler. We know we're going to get something good (it's ice cream, after all!) but we've narrowed our options by two-thirds. We still have 33 flavours from which to choose.

4. Gather information about each alternative. What do you need to know in order to make an informed decision? Narrow down the variables that are important to you and devote your decision-making time to those. In choosing a new car, price, service and safety features are my most important variables and those are the things I need to know the most about.

5. Know when to stop gathering information. No decision is ever the perfect one. Analysis paralysis is that phenomenon where there's a decision to be made or a project to be done but we get caught up in the process of meeting, discussing, brainstorming, and tweaking. There are always more studies to be conducted, more reports to be written and read and more statistics to be collected and reviewed. At some point you have to stop.

6. Make a list of pros and cons. What are the reasons for and against each alternative?

7. Assign a value to the pros and cons. Certain variables will be more important than others. Going back to the new car example, the pro of having rear side air bags as a safety feature has more value for me than the con of not being able to get the car in the colour I want.

8. Set deadlines. Assign a timeline to making the decision. This way you have a framework for the amount of time a decision should take and you reduce the chances that days, weeks and months will pass without some action.

9. What does your intuition say? Are you leaning towards or away from one option even though you can't quite put your finger on why? Pay attention to that feeling.

10. Discuss the decision with a neutral party. Someone who doesn't have a stake in the decision. Ask a friend, your neighbor or anyone who may have information about the decision that you might not have.

11. Make your decision and act on it.