? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday, September 6, 2009

Terima Bonus Raya...

Hari ini kerajaan mengumumkan akan membayar sejumlah bonus kepada lebih 10 ribu orang peneroka FELDA di seluruh negara. Ini sudah tentu satu berita gembira kepada banyak pihak terutama kepada para peniaga. Bagi kakitangan awam yang lain, keputusannya pemeberian bonusnya masih belum dimuktamadkan. Kata Najib, pihak Ketua Setiausaha Negara (KSN) sedang berbincang dengan CEUPACS, sebuah badan yang menjaga kebajikan kakitangan awam di negara kita. Jika ada rezeki, meriahlah 'raya' kakitangan awam kita pada tahun ini. Pasti banyak yang bertukar, langsir, perabot, dan perhiasan-perhiasan yang lain. 'Trend' belanja pula sudah pasti agak sedikit luar biasa. Sekali setahun dapat durian runtuh. Apalah salah berbelanja lebih sedikit!
Bagi kakitangan swasta, rata-rata tidak apa yang 'menarik'. Tiada 'gaji awal', apatah lagi bonus raya. Semuanya seperti biasa. Barangkali ada sedikit 'perit' bagi sesetengah syarikat yang gajinya benar - benar menghampiri hujung bulan. Sedangkan raya tahun ini jatuh pada 20hb. Tapi ada sesetengah 'Malay made company' mereka memperuntukkan gaji lebih awal kepada kakitangan mereka, setidak-tidaknya 2,3 hari sebelum raya. Namun, ada 'pro & kontranya' bila terima gaji lebih awal. Bukan apa takut tak berdisiplin ketika berbelanja...alih-alih dah 'overspent'. Penghujungnya, timbul macam-macam masalah lain. Kadang-kadang kita tidak sedar ketika asyik berbelanja. Bila balik rumah buat 'calculation' baru perasan 'budgetnya' udah lari. Kalau setakat lari sikit takpa, sempat lagi nak 'kejar'. Tapi, kalau lari banyak sangat, peninglah juga nak cari solusinya. Namun, tidak bagi mereka yang mempunyai wang tabungan yang banyak. Bolehlah sedikit sebanyak digunakan menampung budget yang udah lari itu.
Berbalik kita pada isu bonus yang sedang kita bincangkan. Berdasarkan kepada pengalaman sebelum ini, bila tibanya time bonus, banyak barang mengalami kenaikan harga. Terutamanya barang yang bersifat keperluan. Sedangkan bonus belum lagi dapat, sudah kedengaran ura-ura harga barang tertentu akan naik. Logiknya kenapa ini berlaku?
Pemberian bonus akan meningkatkan 'kuasa beli' orang ramai. Peningkatan kuasa beli akan turut mencetus pertambahan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan di pasaran. Apabila tahap permintaan begitu melebihi tahap penawaran pasaran yang ada, ia akan mendorong harga untuk turut mengalami kenaikan. Kenaikan harga secara berterusan akan mendedahkan situasi ekonomi kita kepada inflasi. Secara jangka pendek, kesan inflasi tidak begitu dirasai oleh banyak pihak. Namun, secara jangka panjangnya ia akan memberikan tekanan kepada banyak pihak terutamanya golongan masyarakat yang berpendapatan rendah yang tinggal di bandar-bandar besar dan juga ceruk desa sana.
Tekanan ekonomi secara berterusan akan mencetus masalah kewangan diri dan keluarga. Masalah kewangan yang yang berpanjangan akan memberikan kesan psikologi yang tidak baik kepada seseorang dan seterusnya akan menimbulkan pelbagai masalah lain seperti keterlibatan dalam kes-kes jenayah terutamanya yang membabitkan wang.
Justeru, bila bonus sudah ada dalam akaun bank masing-masing. Usah begitu teruja untuk berbelanja. Kawal nafsu diri seketika. Jangan diikut kehendak hati ketika menjengah ke pusat - pusat membeli-belah, walaupun dihidangkan dengan pelbagai tawaran yang cukup luar biasa. Berpada-padalah ketika berbelanja. Belilah barang yang benar - benar perlu sahaja. Berbelanjalah dengan ukuran pendapatan sendiri, bukannya terikut - ikut dengan ukuran pendapatan orang lain. Dalam keadaan ekonomi yang suram dan tidak menentu ini, tingkatkan tahap tabungan kita. Kalau dulu kita menyimpan sekitar 10 - 15% daripada pendapatan yang kita perolehi. Apalah salahnya, bila 'time' bonus kita tingkatkan sikit tahap tabungan kepada 30 - 40%. Bukannya apa, tahap tabungan yang banyak akan mengurangkan risiko diri dan keluarga bila berdepan dengan pelbagai kemungkinan dan ketidakpastian masa akan datang. Macam-macam boleh berlaku. Belajarlah daripada pengalaman silam ketika membuat keputusan untuk berbelanja. Biar tidak mewah hari ini, asalkan kita dapat mengharungi apa jua situasi sukar akan datang dengan keadaan yang lebih baik!