? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Friday, November 7, 2008

Obama : Pencetus Order Baru Politik Dunia?

KEMENANGAN Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama dalam sejarah politik pemerintahan US dikatakan pencetus order baru politik bukan sahaja kepada negara 'Uncle Sam' itu sendiri, malah akan turut 'mencapah' ke seluruh dunia.

Order baru yang dimaksudkan itu menyifatkan 'sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin tanpa berasaskan bangsa tertentu'. Namun satu persoalan yang barangkali boleh dibangkitkan dalam konteks Malaysia, iaitu relevankah politik bentuk ini diamalkan di Malaysia? Apa yang pasti, lontaran persoalan ini akan mencetuskan reaksi yang pelbagai sifatnya.
Biar apapun, penulis beranggapan dalam konteks Malaysia fahaman politik order baru sedemikian sifatnya tidak begitu sesuai untuk dianuti berasaskan kepada beberapa faktor fahaman dan kepercayaan yang masih menebal bahawa tiada sebarang jurang antara agama dan politik.
Situasi ini tentunya amat berbeza dengan apa yang diamalkan di barat sana atau mana - mana negara yang meletakkan faham sekularisme sebagai asas utama pembentukan negara mereka. Anggapan keterpisahan agama dan politik adalah sesuatu yang cukup sensitif di negara kita terutamanya bagi mereka yang kuat faham agama. Dan, saya agak optimis bahawa fahaman ini tidak akan beralih arah dalam ruang lingkup politik semasa, walaupun sudah ada tanda-tanda dalam politik parti pemerintah BN. Dan 'signalnya' dikatakan makin jelas selepas kebangkitan Pakatan Rakyat yang didominasi oleh parti pelbagai kaum PKR selepas Pilihanraya umum yang Mac lepas. Namun percayalah, 'mereka' pasti akan berdepan dengan jalan yang sukar. Bagi penulis, para pendokong PAS sudah pasti tidak akan semudah itu untuk mengadaikan apa yang selama ini diperjuangkan, iaitu menjadikan Islam sebagai asas politik dan pentadbiran negara. Ini membawa maksud, majoriti pengundi Melayu Islam di negara ini tidak akan dapat menerima seseorang yang bukan Islam menjadi Perdana Menteri seterusnya akan menolak politik order baru yang dicetuskan selepas kemenangan Obama.
Justeru, penulis merasakan kita perlu lebih berhati-hati tatkala berdepan dengan apa jua fahaman baru yang cuba untuk menidakkan fungsi agama dalam susun galur politik dan pentadbiran negara kita. Ini kerana, 'puak-puak' yang condong ke arah itu akan menggunakan pelbagai usaha asalkan matlamat yang perjuangkan selama ini tercapai. Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua daripada sebarang rancangan jahat Yahudi yang tak pernah 'serik-serik' mencari jalan untuk melemahkan Islam dan umatnya! Wassalam

0 comments: