? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday, November 9, 2008

Pakej RM 7 bil: Ke mana disalurkan?

PADA asasnya penulis bersetuju dengan komen Anita Gabriel dalam Bizweek, Sabtu 8 November 2008 yang lalu berhubung pakej suntikan ekonomi Negara yang diumumkan Dato’Seri Najib beberapa hari yang lalu. Menurut Anita, isu yang paling utama sekarang ialah dari aspek perlaksanaannya. Ia tidak akan membawa maksud yang besar sekiranya kerajaan tidak benar – benar telus dalam melaksanakan setiap perincian yang terkandung dalam pakej tersebut. Tiada bezanya RM 7 bil dengan RM 70 bil sekiranya kerajaan gagal bertindak dengan berkesan yang seterusnya hanya akan merugikan ‘dana rakyat’ yang telah diamanahkan melalui instrumen-instrumen tertentu yang telah diwujudkan oleh kerajaan.
Barangkali, satu persoalan asas yang dapat kita kemukakan di sini, iaitu ke mana RM 7 bil itu disalurkan? Rakyat tentunya masih ‘bingung’ tentang perkara ini dan bagaimana pakej ini dapat membantu situasi lembap ekonomi Negara yang dihadapi sekarang yang terkesan akibat kelembapan ekonomi global terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah.
Peruntukan terbesar yang terkandung dalam pakej tersebut iaitu sebanyak RM 1.8 bil digunakan untuk menyemarakkan sektor pembinaan termasuk menaik taraf kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan jalan-jalan di kawasan ceruk pedalaman. Turut diperuntukkan sebanyak RM 1.5 bil sebagai dana pelaburan bagi merancakkan lagi pelaburan sektor swasta terutamanya pelabur-pelabur daripada luar melalui pelbagai insentif seperti geran dan pinjaman khusus kepada bidang-bidang strategik yang memberikan kesan yang besar kepada pencapaian ekonomi Negara secara keseluruhan.
Bagi golongan yang kurang berkemampuan, kerajaan telah memutuskan untuk memperuntukkan sebanyak RM 1.2 bil untuk tujuan pembinaan lebih banyak rumah yang mampu dimiliki. RM 5 juta pula disalurkan kepada pasukan polis dan tentera kita untuk meningkatkan kualiti dan pengurusan balai polis, kem serta kuarters. Untuk meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam kita termasuk LRT, KTM komuter dan bas, sebanyak RM 5 juta turut diperuntukkan. Manakala bagi Projek Jalur Lebar peruntukkan sebanyak RM 4 juta turut termasuk dalam pakej tersebut.
Masing –masing RM 3 juta akan disalurkan kepada program pemantapan kemahiran bidang-bidang tertentu dan program sosial seperti Rakan Muda.
Untuk menyelesaikan masalah projek-projek perumahan terbengkalai, kerajaan akan menyuntik sebanyak RM 2 juta dan inisiatif ini boleh dianggap sebagai ‘nafas baru’ kepada projek-projek sedemikian yang banyak member tekanan kepada rakyat.
RM 2 juta juga turut diagihkan bagi usaha memantapkan lagi agenda modal insan yang bakal menambah baik kualiti tenaga kerja Negara.
Bagi melengkapkan pakej suntikan ekonomi yang bernilai RM 7 bil tersebut, kerajaan turut memberi penekanan kepada bidang industri kecil dan sederhana. Bidang tersebut dikatakan akan mendapat suntikan sebanyak RM 1 juta melalui beberapa pendekatan yang akan dilaksanakan.
Penulis beranggapan perincian yang terkandung dalam pakej suntikan ekonomi yang telah diumumkan oleh kerajaan itu perlu dilaksanakan dengan telus tanpa ada ketirisan di pelbagai peringkat. Biarlah proses penagihan dana-dana yang diperuntukkan dibuat secara adil dan bukannya berdasarkan faktor kronisme dan hubungan politik kepartian. Diharap, tragedi Tsunami Politik Mac 2008 mampu memberikan pengajaran kepada pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk tidak akan sewenang-wenangnya menyalahgunakan dana rakyat untuk tujuan kepentingan peribadi dan kaum kerabat mereka. Percayalah, rakyat sudah ‘bosan’ dengan keangkuhan dan kesombongan mereka baik di peringkat cawangan, bahagian, negeri apatah lagi di peringkat nasional. Seolah-olah dilihat, UMNO dan BN telah dijadikan ‘lubuk emas’ kepada kebanyakan pendokong UMNO dan BN.
Semoga, setiap ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T mampu memberikan penganjaran kepada kita semua. Ingatlah, kehidupan dunia hanya destinasi sementara, yang kekal abadi hanyalah kehidupan Akhirat. Dan, di sana kita pasti akan berdepan dengan penghakiman Allah S.W.T yang akan merungkai apa jua yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita di dunia ini. Tiada lagi ‘putar belit’ dan juga rayuan ke ‘mahkamah’ yang lebih tinggi. Di sana, keputusan adalah muktamad!
Moga-moga, Malaysia akan terus aman dan makmur di bawah naungan-Nya. InsyaAllah…

0 comments: