? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, November 3, 2008

Ku Li Gagal lagi

SATU percubaan yang cukup berani, namun beliau gagal lagi! Itu yang dapat penulis katakan kepada Ku Li berhubung kegagalannya lagi sekali untuk mendapatkan pencalonan yang mencukupi (sekurang-kurang 58 pencalonan) bagi merebut jawatan Presiden UMNO dan sekaligus Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Sehingga tarikh ini, secara tidak rasmi Dato' Ser Najib (DSN) sudah boleh dianggap memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding. Dengan pencalonan sebanyak 140 berbanding 1 bagi Ku Li adalah 'membawa mesej' yang cukup jelas kepada 50 lagi bahagian yang masih mengadakan mesyuarat mereka untuk secara 'automatik' memberi pencalonan kepada DSN. Bagi penulis, 'budaya tidak melawan arus bimbang akan kepentingan yang dimiliki tergugat' masih begitu menebal dalam UMNO, mahupun Barisan Nasional (BN). Dalam situasi ini, memang amat sukar untuk mencari bahagian-bahagian yang benar 'berani' untuk menidakkan pencalonan DSN. Soal layak mahupun tidak DSN sebagai Presiden UMNO atau Perdana Menteri sudah tidak ada dalam pertimbangan mana-mana bahagian lagi. Apa yang penting 'arus politik' sekarang mesti diharungi, bukannya ditetangani. Jika ditetangi juga 'masa depan politik' tidak akan berpanjangan dan ada kemungkinan besar disisih secara halus. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut dapat ditarik, tepung tidak terburai. Situasi seperti ini cukup membimbangkan terutama bagi mereka yang meletakkan politik sebagai 'career' sepenuh masa. Mana tidaknya, jika tersisih alamaknya agak sukarlah mendapat 'imbuhan-imbuhan' tertentu yang berupa projek mahupun tender di bahagian-bahagian masing-masing.

Bagi penulis, kegagalan Ku Li pada percubaan kali ini tidak bermakna DSN sudah boleh menarik nafas lega. Era kepimpinan UMNO dan kerajaan BN di bawah DSN boleh dianggap yang paling mencabar dan akan sarat dengan pelbagai dugaan. Pendek kata, laluan DSN tidak mudah. Beliau harus berdepan dengan pelbagai isu yang akan dimanipulasi oleh Pakatan Rakyat. Harus diingat, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak akan sewengan-wenangnya 'give up' berusaha selagi beliau diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk mengemudi Pakatan Rakyat. Persoalannya, mampukah DSN terus bertahan terhadap serangan demi serangan terutamanya yang bersifat peribadi selepas Mac 2009 nanti? Persoalan ini hanya akan terjawab selepas Pilihanraya Umum yang akan datang. Sama-samalah kita tunggu dan lihat...



0 comments: