? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, October 21, 2008

Inisiatif RM5 Bil Ke Pasaran Modal Negara

Pada asasnya, penulis mengalu-alukan inisiatif kerajaan untuk memperuntukan tambahan RM5 bil ke pasaran modal negara melalui 'special vehiclenya' VALUECAP SDN BHD, yang dibentuk kira - kira 5 tahun yang lalu hasil persepakatan modal antara KHAZANAH NASIONAL, PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) dan KUMPULAN WANG AMANAH PENCEN (KWAP). Tindakan tersebut dikatakan bertujuan memberi 'vitamin c' kepada pasaran modal negara yang agak lembap akibat cengkaman krisi kewangan global. Biar apapun sebab dan musabab yang diberikan, RM5 bil bukan satu jumlah wang sedikit. Sekiranya 'dihulurkan' kepada rakyat, macam-macam boleh 'bikin' ; Masalah setinggan di sekitar kepesatan dan pembangunan kotaraya (lihat saja sepanjang laluan STAR Ampang), Masalah banjir kilat terutamanya di sekitar Kuala Lumpur yang cukup menghantui kawan-kawan kita yang kerapkali 'drive' ke tempat kerja, masalah keciciran pelajaran dikalangan adik-adik kita diceruk desa sana (masih ada yang tidak berkemampuan untuk mengenal 'ABC' akibat himpitan kemiskinan), masalah harga barang keperluan yang mengalami kenaikan secara mendadak atas alasan peningkatan kos, dan pelbagai lagi kiranya ingin dirungkai satu persatu. Atas dasar itulah, timbulnya persoalan tentang kewajaran tindakan tersebut oleh pelbagai pihak.
Justeru penulis berharap :
1)Pihak kerajaan mestilah bersikap lebih telus dalam hal ini. Diharap, pembentukan dana RM5 bil ini tiada sebarang maksud terselindung yang boleh merugikan rakyat dan negara, iaitu bukan bertujuan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat tertentu daripada tersungkur akibat tekanan krisis kewangan semasa.
2)Pihak kerajaan perlu meneliti semula jawatankuasa pelaburan yang sedia ada agar terdiri daripada kalangan mereka yang benar - benar layak dan pakar dalam bidang masing - masing. Bukannya berdasarkan faktor kronisme atau 'cadangan' kaum kerabat tertentu.
3)Valuecap sebagai pemegang amanah perlulah bertindak setelus mungkin. Wang sebanyak RM5 bil tersebut adalah kepunyaan rakyat. Kerajaan hanya bertindak sebagai 'custodian' yang perlu memastikan wang tersebut digunakan dengan sebaik mungkin agar membawa manafaat bersama kepada semua pihak, bukan dua tiga kerat yang rapat dengan kemudi pentadbiran negara. Valuecap tidak seharusnya 'engage' dengan peniaga pasaran modal tertentu sahaja. Istilah 'beri business pada kawan-kawan' sama sekali perlu dielakkan. Sebagai pelaksana amanah, valuecap perlu memastikan RM5 bil tidak mengucup nilainya yang seterusnya membawa kepada kerugian, bukan setakat kepada negara, malah juga kepada rakyat.
4)Pihak kerajaan selaku 'market regulator', melalui SURUHANJAYA SEKURITI (SC) dan BURSA MALAYSIA BERHAD (BMB) perlu mengembalikan semula kredibiliti pelabur terhadap pasaran modal negara, antaranya dengan memastikan kriteria yang lebih ketat terhadap penyenaraian syarikat - syarikat baru di pasaran modal negara; Bursa Malaysia. Penyenaraian berasaskan faktor 'naungan' pihak - pihak tertentu mestilah sama sekali dielakkan.
Justeru, sekali lagi penulis berharap, usaha kerajaan ini akan membawa kebaikan kepada perkembangan ekonomi negara dan kebajikan serta kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya; Bukan hanya dua tiga kerat kaum kerabat yang begitu hampir dengan kelompok - kelompok pembesar negara kita! Ayuh kita canang perubahan untuk semua! Change for all... Wassalam

0 comments: