? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Friday, October 31, 2008

Harga Minimum Rokok

PENETAPAN harga minimum rokok boleh dianggap antara langkah positif untuk mengekang gejala merokok dikalangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan remaja bawahan umur yang masih berada di bangku sekolah.
Walaubagaimanapun, penulis berpandangan usaha sedemikian tidak akan membuahkah hasil sekiranya pada masa yang sama perkara – perkara berikut tidak ditangani serta dilaksanakan dengan telus:

1) Penguatkuasaan peringkat akar umbi yang cukup lemah dan tidak telus.
Dalam banyak situasi, pasukan penguatkuasaan Negara kita yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi dilihat rata-ratanya tidak berfugsi dengan berkesan. Puncanya adalah pelbagai, yang paling utama adalah gejala rasuah yang masih berleluasa dikalangan penjawat awam terutamanya jabatan dan agensi kerajaan yang berhubung secara langsung dengan orang ramai. Budaya ‘meminta habuan’ untuk melindungi pihak-pihak yang tidak mematuhi peruntukan atau peraturan yang telah ditetapkan telah menjadi ‘pembunuh’ utama kepada kecekapan serta ketelusan sesebuah agensi dan jabatan kerajaan sejak dulu lagi. Sebab itulah, banyak perkara yang dilihat secara jelas menyalahi peruntukan atau peraturan yang sedia ada tetapi masih ‘bebas’ wujud tanpa ada rasa kebimbangan diambil tindakan oleh pihak berkuasa (rasanya tidak perlulah penulis menyebutnya di sini, tepuk dada tanyalah hati masing-masing!). Begitu juga dalam kes rokok ini, bermacam-macam kempen telah dibuat, namun masih ramai lagi yang ‘tak nak’ berhenti merokok! Malah bilangan perokok baru makin hari, makin bertambah. Mana tidaknya, ‘bekalan’ rokok cukup mudah diperolehi di serata pelusok tanahair, biarpun pelbagai papan tanda amaran untuk tidak menjual khususnya kepada mereka yang berumur kurang 18 tahun ke bawah telah lama dikuatkuasakan.
Persoalannya, ke mana pasukan penguatkuasaan yang dilantik kerajaan? Adakah mereka begitu sibuk sehingga tidak menang tangan? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing!

2) Teladan yang kurang baik ditonjolkan ibubapa.
Satu permasalahan yang agak sukar untuk dirungkai apabila ibubapa sendiri yang tidak memberikan contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Mana bisa ‘anak gadis’ tidak merokok kalau ibunya sendiri secara terangan merokok!
Perlu kita sedari, ibubapa adalah ‘mentor’ dan ‘idola’ kepada perkembangan serta pencapaian masa depan anak-anak dan juga merupakan guru ‘pertama’ dan ‘utama’ kepada mereka. Pada peringkat awal perkembangan, anak-anak akan menceduk sepenuhnya apa yang ditonjolkan oleh ibubapa mereka serta menganggap ianya adalah yang terbaik! Sebab itulah, Baginda Rasullah S.A.W mengingatkan kita agar cukup berwaspada dan ‘particular’ dalam memikul tangunggjawab mendidik anak-anak. Ini kerana, ianya akan dipersoalkan tatkala kita berhadapan dengan Allah S.W.T di Akhirat kelak!
Justeru, tonjolkan teladan yang baik kepada anak-anak agar mereka tidak terpesong tatkala ketiadaan kita kelak.


3) Tiada kerjasama padu daripada kelompok peniaga
Benarkah kata orang, amat sukar untuk ketemui seorang peniaga yang benar-benar amanah, jujur dan ikhlas dalam setiap transaksi yang dijalankan. Bagi penulis, peniaga muslim kita tidak harus terikut-ikut dengan falsafah perniagaan kapitalis yang hanya ‘mementingkan keuntungan yang maksimum pada harga kos yang minimum tanpa ada kepedulian sosial serta agama.
Menangani gejala merokok, terutamanya dikalangan anak-anak remaja kita adalah tanggungjawab bersama. Golongan peniaga perlu menyemai satu kesedaran yang mereka bukan sahaja bertanggungjawab terhadap perniagaan yang dijalankan, malah juga kepada masyarakat, agama dan Negara. Untuk itu, mereka sepatutnya akur dengan sebarang ketetapan pihak berkuasa untuk tidak sewenang-wenangnya menjual rokok kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun. Namun, apa yang cukup mengecewakan banyak pihak, mereka seolah-olah tidak mengambil endah langsung terhadap ketetapan tersebut. Transaksi ‘rokok’ masih terus berjalan seperti biasa tanpa sedikitpun timbul rasa bersalah!

Justeru, sekali lagi penulis menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama berganding bahu bagi menyelesaikan kemelut merokok ini, terutamanya dikalangan anak-anak remaja kita agar lahirlah sebuah generasi akan datang yang bebas daripada rokok! ‘Berubahlah hari ini untuk hari esok’ – Ikhlas daripada Tokcanang

0 comments: