? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, January 8, 2009

Pakat - Pakat Boikot Produk US & Israel

Assalamualaikum wrt wbrt kepada semua pengunjung Gerbang Tok Canang. Harapan saya...apa yang anda semua lakukan pada hari ini, lebih baik dari semalam...

Hari ini merupakan hari jumaat ke-2 bagi tahun 2009 dan sehingga ke saat ini kita masih dihantui dengan kezaliman rejim zionis laknatullah... terhadap saudara - saudara kita di Palestin sana. Serangan demi serangan masih berlaku, sungguhpun menerima tekanan cukup hebat daripada kebanyakan negara di dunia, termasuklah negara kita Malaysia. Pada masa yang sama, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan untuk meringgankan bebanan dan kesusahan yang dihadapi mereka. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberikan kekuatan kepada mereka semua. Insya-Allah...

Selepas solat jumaat pada hari ini...boleh dikatakan hampir kebanyakan masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat untuk rakyat Palestin agar keamanan dapat dipulihkan semula dan rejim zionis berundur dari bumi Palestin seberapa segera. Seruan sedemikian juga bergegar di seluruh dunia. Terbaru negara China mendesak Israel agar menghentikan segera serangan terhadap rakyat Palestin. Namun, US tetap berdiam diri tanpa menyatakan pendirian tegas. Ini amat berlainan sekali ketika krisis Iraq-Kuwait dan Afghanistan tidak lama dulu. Memang nampak sikap 'double standard' mereka dalam hal ini. Sehingga kini, bakal Presiden US Obama Barack yang akan mengangkat sumpah 22hb Jan ini turut tidak menyatakan pendirian yang jelas atas alasan tidak mahu campur pentadbiran Bush!

Seruan beberapa pertubuhan - pertubuhan bukan kerajaan agar kita semua memboikot produk - produk US dan Israel adalah satu langkah yang bersifat jangka panjang dan amat memerlukan keprihatinan dan pengorbanan kita semua. Saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dato' Dr. Maamor Osman, Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), bahawa tindakan memboikot ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi tekanan kepada US dan Israel, malah ia juga secara jangka panjangnya mengurangkan kebergantungan ekonomi kita kepada US khususnya...dengan kita beralih kepada produk - produk yang dikeluarkan oleh 'orang kita' sendiri. Purchasing power atau kuasa beli 'orang kita' bukannya tidak 'kuat', cuma tidak ada kesepakatan yang jelas dan kuat. Rasanya... kalau kita benar - benar sepakat, akan 'gulung tikarlah' banyak syarikat Yahudi khususnya di Malaysia.
Namun... satu persoalan yang barangkali dapat kita sama - sama fikirkan... bersediakah orang kita, khususnya mereka yang mencari rezeki yakni bekerja di syarikat - syarikat terbabit untuk berdepan dengan risiko kehilangan pekerjaan? Rasanya amat sukar untuk mencari jawapannya... Dan ini, antara perkara jangka pendek yang perlu juga kita fikirkan agar rakan - rakan kita yang selama ini mencari rezeki dengan syarikat Yahudi terbabit dapat meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa menimbulkan masalah kewangan yang berat kepada mereka dan keluarga.

Mengikut beberapa sumber, antara produk - produk US dan Israel yang patut kita boikot adalah seperti berikut :

"AOL, Time, WarnerApax Partners & Co Ltd, Coca-Cola,Danone, Delta, Galil,Disney,Estée Lauder,IBM, Johnson & Johnson, Kimberly-Clark, Lewis Trust Group Ltd, L'Oreal, Marks & Spencer, Nestle, News Corporation, Nokia, Revlon, Sara Lee, Selfridges The Limited ,IncHome Depot, Intel, Starbucks, Timberland, McDonald's dan Arsenal FC"

Satu perkara lagi...berdasarkan data yang telah dikeluarkan pada tahun 2008, sebahagian besar daripada 10 syarikat terkaya dunia adalah dimiliki oleh US. Dan syarikat - syarikat terbabit adalah seperti yang disenaraikan:

1.Citigroup (US)
2.General Electric (US)
3.American Intl Group (US)
4.ExxonMobil (US)
5.BP (Britain)
6.Banc of America (US)
7.HSBC Group (Britain)
8.Toyota Motor (Jepun)
9.Fannie Mae (US)
10.Wal-Mart Stores (US)

Kadang - kadang bila bicara isu seperti ini, timbul juga rasa serba salah... kerana memang ada rakan - rakan kita termasuklah beberapa orang rakan saya sendiri yang sedang berkhidmat di beberapa syarikat terbabait. Dan sehingga kini... saya masih belum mendapat maklum balas secara langsung daripada mereka.

Biar apapun tindakan kita, pastinya wujud implikasi yang menuntut semangat pengorbanan kita bersama dan tolong - menolong antara satu sama lain. Semoga saudara - saudara kita di Palestin sana akan semakin kuat semangat jihad mereka untuk menentang zionis Yahudi laknatullah!

0 comments: