? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, January 24, 2009

Dagangan Dalam Pelbagai Matawang

Assalamualaikum wrt wbrt.
Semenjak awal 2008 lagi, dagangan saham di Bursa Malaysia agak lembab dan tidak memberangsangkan. Tampaknya makin jelas selepas Pilihanraya Umum Ke-11 yang mengundang "Tsunami Politik" kepada susur galur dan gerak laku politik tanahair kita. Kehilangan majoriti 2/3 parti pemerintah (Barisan Nasional) di Parlimen memberikan satu kejutan psikologi seketika kepada pelabur individu dan institusi, luar dan dalam negeri, terutama 2,3 hari selepas tsunami tersebut.
Sesudah itu, seluruh dunia digelodak dengan krisis sub-prima di Amerika Syarikat yang seterusnya meledakkan kesan ekonominya ke serata pelusok dunia, termasuklah negara kita. Krisis ini telah menumbangkan beberapa bank terbesar Amerika, yang selama ini cukup gah mengaut keuntungan. Tidak kurang juga yang terpaksa berdepan dengan kerugian yang cukup besar dan sekaligus menidakkan peluang untuk terus maju ke depan.
Memandangkan Amerika adalah 'pembeli utama' produk dan perkhidmatan negara - negara di dunia, sesuatu yang terjadi di sana sudah tentu akan memberikan kesan langsung kepada nilai dagangan negara - negara terbabit. Kemerosotan nilai dagangan sesebuah negara akan memberikan kesan kepada ekonomi tempatan. Ini adalah gambaran tahap kebergantungan negara - negara dunia terhadap Amerika. Sekiranya, banyak negara dunia, terutamanya negara Islam meminimakan kebergantungan seperti ini, saya optimis impak yang ekonomi seperti ini dapat dielakkan dan ekonomi kita akan mempunyai daya tahan terhadap sebarang perubahan peringkat global.
Pasaran modal negara, iaitu Bursa Malaysia (dulunya dikenali Bursa Saham Kuala Lumpur) dianggap antara ukuran pencapaian ekonomi negara. Realitinya, ia turut mempunyai kebergantungan terhadap pelabur - pelabur institusi daripada luar negara terutamanya daripada Amerika.
Justeru, samada suka atau tidak, Bursa Malaysia perlu menampilkan produk dan perkhidmatan yang kompetitif sifatnya bagi mengekalkan dan menarik lebih ramai pelabur - pelabur daripada luar untuk terus komited dengan pasaran modal kita. Antara perubahan terbaru yang akan diperkenalkan ialah 'dagangan dalam pelbagai matawang'. Sekiranya mengikut praktis sekarang, semua dagangan yang berlaku di Bursa Malaysia adalah dalam Ringgit Malaysia (RM), pelabur tiada pilihan lain. Namun selepas ini, mereka bebas untuk memilih matawang tertentu ketika membuat dagangan di Bursa Malaysia. Pada saya, usaha ini akan sedikit sebanyak memberikan kesan positif kepada minat pelabur, terutamanya daripada luar negara yang seterusnya merancakkan prestasi pasaran kita. Walaubagaimanapun, situasi ini akan mendedahkan pasaran kita kepada manipulasi matawang peringkat antarabangsa, 'unless' dagangan dalam pelbagai matawang ini didominasikan oleh dinar emas. Untuk itu, peranan dan kesepakatan OIC mestilah terlebih dahulu ditonjolkan agar praktis dinar emas dapat direalisasikan. setidak - tidaknya sesama anggota OIC sendiri!

0 comments: