? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, April 16, 2008

Harga Barang Naik Lagi...

Salam,
Bertemu sekali lagi. Terima kasih atas kesdudian mengunjungi laman blog saya. Sudah dua tiga hari saya tidak berkesempatan 'update' blog ini atas faktor kesibukan urusan rutin. Apa - apapun, ianya tak pernah melupakan saya untuk terus berkongsi dan menyampaikan sesuatu kepada semua, buat kebaikan kita bersama.
Isu kenaikan harga barang adalah satu fenomena yang samada kita suka mahupun tidak, ianya tetap akan berlaku. Cuma yang barangkali menjadi persoalan adalah kadar kenaikan harga barang berbanding dengan kenaikan pendapatan individu.
Berikut adalah pandangan salah seorang daripada rakan saya berhubung kenaikan harga bersa di pasaran semasa.
"Berikut adalah beberapa cadangan yang aku fikirkan perlu jika kita ingin menyelamatkan ekonomi negara dari terjejas teruk akibat dari ketidak seimbangan pasaran bijirin semasa.
Pertama, Bernas sebagai badan yang dipertanggungjawabkan perlu mempastikan stok pengimbal negara cukup untuk tempoh sekurang - kurangnya 6 bulan hingga setahun.
Kedua, Bernas, pengilang dan persatuan pengguna harus bersetuju harga patut yang wajar untuk publik.
Ketiga, bagi memenuhi keperluan semasa tindakan ad-hoc amat diperlukan. Kerajaan harus mengimport tambahan beras lebih 10% dari biasa supaya dengan itu ada sedikit apongan bekalan dipasaran dengan cara ini harga beras dapat dikekalkan pada harga patut.
Ke-empat, pengawalan ketat perlu dilakukan supaya peniaga - peniaga yang mengambil kesempatan dari masalah ini dengan menyimpan stok dalam quantiti yang banyak perlu dikenakan tindakan berat. Antaranya menyenarai hitam syarikatnya atau perniagaannya disamping mengenakan tindakan denda 10 x dari nilaian beras yang disimpan.
Kelima, bagi pelan tindakan jangka panjang, gunakan agensi Mardi,Felda, dan Felcra untuk membuka ladang penanaman padi secara besar - besaran dan bersistematik. Kemudian Bernas bertindak sebagai tempat mempastikan stok pengimbal mencukupi untuk keperluan negara untuk tempoh yang ditetapkan.
Ke-enam, untuk tujuan jangka panjang yang lebih strategik, kerajaan melalui syarikat - syarikat pegangannya seperti TH Plantation, Sime Darby atau Synergy Res, MMC dan banyak lagi membuka ladang - ladang komersial di negara - negara Asean yang berpotensi seperti Laos, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Thailand. Dengan cara ini disamping mempastikan negara mempunyai stok simpanan yang mencukupi, negara juga boleh bertindak menjadi pengimport utama untuk produk - produk pertanian. Pada peringkat ini kepentingan Negara hendaklah diutamakan berbanding kepentingan individu.
Jika negara mempunyai simpanan yang mencukupi bahkan berlebihan ini memberi kelebihan kepada negara menentukan harga tetap pada harga yang rendah. Sebarang penjualan secara pukal hendaklah berdaftar dengan kementerian tertentu dengan ini kerajaan dapat sentiasa mengawal pegerakan penjualan diluar jangkaan".

Wassalam.

0 comments: