? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, January 15, 2009

Yahudi Mengungguli Dunia

Sudah tercanang sejak berdekad lalu orang Yahudi mengungguli dunia dalam pelbagai bidang berbanding umat Islam. Sedangkan Allah S.W.T mengiktiraf umat Islam sebagai umat terbaik sebagaimana yang termaktub dalam Al-Qur'an. Justeru, saya mengalu-alu sebarang komen dan maklum balas daripada anda semua bagi menyuburkan lagi diskusi ilmu sesama kita. (Sila klik pada post a comment). Wassalam

Tuesday, January 13, 2009

Cakap Tak Serupa Bikin, Bikin Tapi Tak Cakap

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera pada sahabat - sahabat sekalian...
Rasanya, dah dua tiga hari tak berkesempatan untuk kemaskini 'contents' Gerbang Tok Canang atas faktor kesuntukan masa yang tak dapat dielakkan.
Life kat KL tak dapat lari daripada 'perangkap' kekecamukan jalan raya, pagi petang siang malam sama saja...terkadang timbul juga rasa bosan dan sedikit sebanyak tekanan. Tapi, bila memikirkan itu antara mehnah gerak laku hidup yang perlu dihadapi dalam usaha melengkapkan amanah kekhalifahan Allah S.W.T di muka bumi ini, perasaan sedemikian sedikit demi sedikit mulai reda. Semangat dan motivasi mulai terbit dan kembali mengukuh dalam jiwa nurani yang seterusnya menjadi cerminan perilaku anggota tubuh badan kita...Bercakap pasal perilaku, kita seringkali terlepas pandang terhadap situasi 'cakap tak serupa bikin, bikin tapi tapi tak cakap'. Sekiranya kita amati dan halusi dalam gerak laku kehidupan kita sendiri dan juga masyarakat sekeliling, situasi sedemikian dianggap satu permainan biasa yang bersandarkan kepada dua perkara, iaitu atas nama 'nak jaga hati' dan perasaan hasad dengki (phd) dalam diri. Saya sekadar mengambil contoh berikut (betulkan saya kalau silap)... katakan kita ada 'date' dengan seseorang, tak kiralah apa-apa urusan sekalipun. Dan ketika itu, kita sudah agak lambat daripada masa yang dijanjikan. Barangkali ada perkara - perkara yang memang tak dapat nak dielakkan (yang sengajapun ada). Apabila 'rakan date' kita itu call sekadar untuk mengesahkan di mana kita berada, banyak di antara kita akan menggunakan jawapan 'on the way', sedangkan baru nak beredar daripada rumah atau pejabat. Tapi atas dasar 'nak jaga hati', secara tidak sengaja kita terjebak dengan cakap tak serupa bikin! Dan ianya situasi yang paling 'simple dan common' berlaku dalam gerak laku kehidupan seharian. Dalam setengan keadaan lain, ada juga dikalangan kita yang terpakuk dengan istilah 'bikin tapi tak cakap'. Mungkin atas dasar tidak mahu berkongsi kejayaan dengan orang lain ataupun juga secara sengaja untuk mewujudkan komplot tertentu dengan niat yang tidak baik terhadap seseorang.
Apa yang jelas, kedua - duanya akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada gerak laku hubungan sesama kita, sungguhpun kita sedaya mungkin cuba untuk melindungi apa yang kita cakap tapi tak serupa bikin ataupun tak cakap apa yang kita bikin. Namun begitu, ada juga keadaan di mana kita tak perlu cakap apa yang kita bikin, seperti dalam hal sedekah dan amal jariah, termasuklah juga amalan - amalan kebaikan lain. Semolek - moleknya, hanya kita dengan Allah S.W.T saja yang tahu akan gerak laku tersebut. Tak perlulah promosi, replika yang besar - besar dan hebahan yang meluas apabila kita nak bersedekah, nak beramal jariah dan sebagainya. Tak ke mana sedekah dan amal jariah kita nanti. Sekadar dapat nama dan pujian jelah. Paling kencangpun dapatlah 'title' tertentu... namun 'title' Akhirat belum tentu lagi! Wassalam...

Sunday, January 11, 2009

Bukti Kezaliman Israel

Inilah antara bukti kezaliman Israel terhadap saudara - saudara kita di Palestin sana. Dan inilah juga, harga yang perlu mereka bayar bagi mempertahankan kedaulatan tanah air yang sudah sejak kian lama diceroboh dan dijajah oleh bangsa Yahudi laknatullah.


























Saturday, January 10, 2009

Kos Mega Projek Di Malaysia

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi hasil menelaah 'The Report Malaysia 2007' yang diterbitkan oleh Oxford Business Group baru - baru ini, terdapat beberapa 'angka' penting yang barangkali dapat dijadikan rujukan bersama... iaitu berhubung kos pembinaan beberapa mega projek di negara kita seperti :
1. Pusat Pentadbiran Putrajaya : RM 20 bil
2. Kuala Lumpur International Airport : RM 9 bil
3. Petronas Twin Tower : RM 1.8 bil
4. Putrajaya International Convention Center : RM 500 mil
Perlaksanaan projek - projek terbabit sememangnya tidak memberikan kesan secara langsung kepada rakyat. Secara umumnya rakyat akan menerima tempiasnya secara tidak langsung, terutamanya di negeri - negeri atau kawasan terlaksananya projek tersebut seperti pertambahan peluang - peluang pekerjaan, penambahbaikan prasana dan kemudahan asas, percambahan peluang - peluang perniagaan lain, meningkatkan nilai hartanah dan sebagainya . Namun... tempiasnya dilihat masih tidak begitu menyelerak dan tidak membawa kesan positif secara menyeluruh kepada rakyat, khususnya kepada 'pakcik-makcik' yang berada di ceruk kampung sana yang rata - rata masih berdepan dengan jurang pendapatan cukup besar. Ini timbul daripada ketidak telusan ketika dan semasa perlaksanaan projek terbabit. Boleh dikatakan, banyak kebocoran dan ketirisan yang berlaku dalam aliran perlaksanaan projek tertentu, terutamanya dari segi penganugerahan tender bukan kepada mereka yang benar - benar layak dan berkemampuan.
Perlaksanaan projek - projek mega sebenarnya antara strategi suntikan ekonomi agar ekonomi negara mampu berkembang pada kadar yang lebih selesa dan seterusnya menyelerakkan rasa kemakmuran ekonomi kepada rakyat. Namun, atas alasan ketidak telusan dan kebocoran sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi telah merencatkan perlaksanaan strategi terbabit yang pada dasarnya untuk kebaikan rakyat, bukannya beberapa kelompok tertentu! Yang kaya bukan untuk terus kaya, begitu juga yang miskin bukan untuk terus miskin. Tolong - menolong dengan penuh ikhlas dalam gerak laku ekonomi adalah budaya yang perlu diamalkan, bukannya membudayakan sikap mementingkan diri sendiri. Wassalam

Thursday, January 8, 2009

Pakat - Pakat Boikot Produk US & Israel

Assalamualaikum wrt wbrt kepada semua pengunjung Gerbang Tok Canang. Harapan saya...apa yang anda semua lakukan pada hari ini, lebih baik dari semalam...

Hari ini merupakan hari jumaat ke-2 bagi tahun 2009 dan sehingga ke saat ini kita masih dihantui dengan kezaliman rejim zionis laknatullah... terhadap saudara - saudara kita di Palestin sana. Serangan demi serangan masih berlaku, sungguhpun menerima tekanan cukup hebat daripada kebanyakan negara di dunia, termasuklah negara kita Malaysia. Pada masa yang sama, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan untuk meringgankan bebanan dan kesusahan yang dihadapi mereka. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberikan kekuatan kepada mereka semua. Insya-Allah...

Selepas solat jumaat pada hari ini...boleh dikatakan hampir kebanyakan masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat untuk rakyat Palestin agar keamanan dapat dipulihkan semula dan rejim zionis berundur dari bumi Palestin seberapa segera. Seruan sedemikian juga bergegar di seluruh dunia. Terbaru negara China mendesak Israel agar menghentikan segera serangan terhadap rakyat Palestin. Namun, US tetap berdiam diri tanpa menyatakan pendirian tegas. Ini amat berlainan sekali ketika krisis Iraq-Kuwait dan Afghanistan tidak lama dulu. Memang nampak sikap 'double standard' mereka dalam hal ini. Sehingga kini, bakal Presiden US Obama Barack yang akan mengangkat sumpah 22hb Jan ini turut tidak menyatakan pendirian yang jelas atas alasan tidak mahu campur pentadbiran Bush!

Seruan beberapa pertubuhan - pertubuhan bukan kerajaan agar kita semua memboikot produk - produk US dan Israel adalah satu langkah yang bersifat jangka panjang dan amat memerlukan keprihatinan dan pengorbanan kita semua. Saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dato' Dr. Maamor Osman, Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), bahawa tindakan memboikot ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi tekanan kepada US dan Israel, malah ia juga secara jangka panjangnya mengurangkan kebergantungan ekonomi kita kepada US khususnya...dengan kita beralih kepada produk - produk yang dikeluarkan oleh 'orang kita' sendiri. Purchasing power atau kuasa beli 'orang kita' bukannya tidak 'kuat', cuma tidak ada kesepakatan yang jelas dan kuat. Rasanya... kalau kita benar - benar sepakat, akan 'gulung tikarlah' banyak syarikat Yahudi khususnya di Malaysia.
Namun... satu persoalan yang barangkali dapat kita sama - sama fikirkan... bersediakah orang kita, khususnya mereka yang mencari rezeki yakni bekerja di syarikat - syarikat terbabit untuk berdepan dengan risiko kehilangan pekerjaan? Rasanya amat sukar untuk mencari jawapannya... Dan ini, antara perkara jangka pendek yang perlu juga kita fikirkan agar rakan - rakan kita yang selama ini mencari rezeki dengan syarikat Yahudi terbabit dapat meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa menimbulkan masalah kewangan yang berat kepada mereka dan keluarga.

Mengikut beberapa sumber, antara produk - produk US dan Israel yang patut kita boikot adalah seperti berikut :

"AOL, Time, WarnerApax Partners & Co Ltd, Coca-Cola,Danone, Delta, Galil,Disney,Estée Lauder,IBM, Johnson & Johnson, Kimberly-Clark, Lewis Trust Group Ltd, L'Oreal, Marks & Spencer, Nestle, News Corporation, Nokia, Revlon, Sara Lee, Selfridges The Limited ,IncHome Depot, Intel, Starbucks, Timberland, McDonald's dan Arsenal FC"

Satu perkara lagi...berdasarkan data yang telah dikeluarkan pada tahun 2008, sebahagian besar daripada 10 syarikat terkaya dunia adalah dimiliki oleh US. Dan syarikat - syarikat terbabit adalah seperti yang disenaraikan:

1.Citigroup (US)
2.General Electric (US)
3.American Intl Group (US)
4.ExxonMobil (US)
5.BP (Britain)
6.Banc of America (US)
7.HSBC Group (Britain)
8.Toyota Motor (Jepun)
9.Fannie Mae (US)
10.Wal-Mart Stores (US)

Kadang - kadang bila bicara isu seperti ini, timbul juga rasa serba salah... kerana memang ada rakan - rakan kita termasuklah beberapa orang rakan saya sendiri yang sedang berkhidmat di beberapa syarikat terbabait. Dan sehingga kini... saya masih belum mendapat maklum balas secara langsung daripada mereka.

Biar apapun tindakan kita, pastinya wujud implikasi yang menuntut semangat pengorbanan kita bersama dan tolong - menolong antara satu sama lain. Semoga saudara - saudara kita di Palestin sana akan semakin kuat semangat jihad mereka untuk menentang zionis Yahudi laknatullah!

Wednesday, January 7, 2009

Seminar Baldatun Toyyibah : Model Andalusia

ANJURAN : PERSATUAN ULAMA' MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR DENGAN
KERJASAMA MASJID NEGERI SHAH ALAM
TARIKH : 24/1/2009 (Sabtu)
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN BESAR MASJID NEGERI SHAH ALAM
BAYARAN : RM 10
Tempat adalah terhad. Untuk tempahan sila hubungi sekretariat: -
Pejabat PUM: 03-79554300
Ust Firdaus Subhi: 0126137541
En Khairunnizam: 012-2911335
En Azmi: 01903842920

KERTAS KERJA
1) Kertas kerja 1: Selangor Maju : Kenapa Andalusia ?
Ust Zamri bin Shapik Pengerusi Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor
2) Kertas Kerja 2 : Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan Kerajaan Islam di Andalusia :

Teladan dan Sempadan untuk Selangor Maju menurut Perspektif Islam.
Dr Mohd Roslan bin Mohd Nor Pensyarah APIUM
3) Kertas Kerja 3: Perkembangan Fiqh dan Usul di Andalusia dalam Kerangka Pembinaan Negara Maju
Dr Hasnan bin KasanPensyarah UKM
4) Kertas Kerja 4: Elemen Ketamadunan Andalusia : Faktor Kejayaan Dalam Pembinaan Negara Maju
Dr.Khalif Muammar bin Abd.Haris Akademi Kajian Ketamadunan
5) Kertas Kerja 5: Hak, Peranan dan Kewarganegaraan Bukan Islam di Bawah Kerajaan Islam Andalus ;

Satu Sorotan Persamaan dan Perbezaan Dengan Selangor Maju
Dr.Ahmad Zaki bin IbrahimPensyarah tamadun Islam, UM


Bersama - sama kita mengidupkan budaya ilmu - Tok Canang

Tuesday, January 6, 2009

Sime Darby Batal Ambil Alih IJN

Tok Canang mengalu - alukan pembatalan cadangan pengambilihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh konglomerat Sime Darby Berhad. Ianya dianggap satu pengorbanan sosial yang harus dicontohi oleh badan - badan korporat lain, bukan hanya meletakkan keuntungan sebagai hadaf utama tanpa adanya kepedulian sosial.
Bagi Tok Canang, perkara - perkara yang bersabit dengan keperluan asas rakyat seperti perumahan, pendidikan dan kesihatan tidak harus sewenang - wenangnya dilepaskan kepada pihak swasta atas alasan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Dalam hal ini, kebajikan rakyat adalah menjadi keutamaan semua pihak dalam apa jua keadaan, samada pihak swasta mahupun kerajaan.
Begitu juga dalam isu konsesi tol yang sudah begitu lama dibangkitkan atas anggapan membebankan rakyat dan hanya memperkaya pemilik - pemilik konsesi terbabit. Dan... ini jelas terbukti dengan ketelusan pihak kerajaan untuk mendedahkan intipati perjanjian konsesi tol beberapa tol utama di seluruh negara.
Justeru, pihak kerajaan dan swasta disaran agar lebih bersifat 'win-win' dalam setiap keputusan dan perlaksanaan sebarang projek yang melibatkan kepentingan rakyat. Lebih - lebih lagi, antara sumber kewangan terbesar kerajaan adalah daripada rakyat sendiri melalui cukai pendapatan yang dibayar saban tahun. Sewajarnya, hasil daripada kutipan cukai tersebut dimanafatkan kepada rakyat, bukannya dengan 'melonggokkannya' kepada segelintir pihak - pihak tertentu sahaja!

Saturday, January 3, 2009

The Concept of Marginal Thinking

Life is about decision...One concept that you have to get used it is thinking marginally. This what are economists always put in practice. Marginal analysis is the application of marginal thinking to a particular problem. This sort of marginal thinking allows you to make choices that will maximize the value of any resource you have, including your time.
Let's take a look on this example...Waiting in line at JPJ or Post Office to renew your driver's license. Does it matter how long you have waited in line? That's a sunk cost. What is actually the sunk costs? The sunk costs are those that are affected by the decision at hand. You... of course ... can not change the fact that you have already waited in line, just say, for almost one hour. The only thing that you can do is wheter you wait in line any longer or leave, only come back another day. Your decision to leave or to stay should be based on your prediction of how many more times it will take before you reach your turn compared to the cost in time and effort of returning back to the JPJ or Post Office and waiting in line again. If you new for certain, for example, that a particular time when you could come back you would have to wait five minutes rather than you continued waited in line for another half an hour, then should leave!

On Doing Things Almost Well

Let's think about this...perhaps you have been told by well-meaning friends or relatives that you should strive for perfection. There is a common proverb saying that ; If something is worth doing, it is worth doing well'. Now what exactly can that mean with respect to your life? Does it mean every time you undertake any task you should continue doing that task until you are certain you have reached your version of perfection, or at least until your are certain you can do no better? I don't think so...
Trust me... every one of us is faced with constraints even in a single piece! Indeed, life is one big hassle with the constraints that face each one of us. I think... the most major constraint in our life is about time. Everyone faces a scarcity of time each and every time. Thus, every action on our part and parcel of life involves an opportunity cost which require us to make a very wise decision. That was what our Holy Qu'ran and Prophet Muhammad S.A.W said very long time ago!
The quest for perfection involves use of our time and hence is costly to us - What I mean here, we need to give up other valuable alternatives to achieve it! You can't physically be in two places at the same time. That's the real life...

Friday, January 2, 2009

Buku 1430H & 2009

Assalamualaikum wrt wbrt kepada pengunjung Gerbang Tok Canang. Rasanya masih belum terlambat untuk 'wish' Salam Maal Hijrah 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009. Moga - moga apa yang kita tinggalkan pada tahun 2008 akan menjadi sempadan dan tauladan buat kita semua. Apa yang pasti, harapan kita semua agar 2009 ini akan membawa sinar baru dalam catatan buku kehidupan kita. Biar apapun kesedihan yang kita tinggalkan... kehidupan tetap diteruskan!
Sudah agak lama saya tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ini ekoran kesibukan yang tak dapat dielakkan. Begitulah adatnya bila kerja makan gaji...kenalah 'devote' komitmen sepenuhnya, apatah lagi kalau bekerja dalam lingkungan majoriti kelompok - kelompok bukan Islam. Pada saya, realiti semasa jelas menunjukkan secara umumnya 'private sector' boleh dikatakan dunia kecemerlangan mereka. Sebahagian besar 'senior positions' dalam syarikat - syarikat besar dan ternama hari ini (tidak termasuk GLCs, SLCs & ULCs)* juga diisi dari kalangan mereka. Orang - orang kita hanya sekadar mengisi jawatan peringkat pertengahan dan bawahan! Namun, kita tidak harus prejudis dalam hal ini... memang pada mereka ada beberapa kekuatan (bukan secara fitrah, tetapi dibentuk) yang tidak kita miliki, antaranya ketekunan dan kesungguhan. Berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan saya ketika pernah bertugas dibeberapa buah institusi yang majoritinya bukan 'orang kita', satu sikap dan persepsi yang kurang baik terbina terhadap kita. 'Orang kita' dilihat tidak begitu tekun bekerja dan kerap kali tidak menghormati masa. Tetapi... bila tiba 'time' bonus dan 'increment' 'orang kita' lah yang paling awal muncul dengan pelbagai komplen... kenapa sikit sangat? Kenapa 'increment' RM 30 sahaja? Dan macam - macam lagi... Namun, pernah tak kita terfikir? Satu hari berapa jam kita 'pusing line'? Dalam sebulan berapa kali kita habiskan duit untuk bayar kepada doktor untuk dapatkan mc? Mereka melihat dan menilai kita...
Pernah satu hari beberapa bulan yang lalu, seorang 'rakan bukan Islam' di office secara spontan menayakan saya berkenaan berapa lama masa yang diperlukan bagi seseorang untuk 'completekan' sembahyang zuhor dan asar. Saya kata, 'paling lamapun 20 minit, campur turun naik lift'. Justeru, dia mempersoalkan kenapa ada staf yang sampai 1 jam pergi sembahyang? Kalau dibuat perkiraan... zuhor 1 jam dan asar 1 jam, maknaya dah 2 jam 1 hari. Kalau dalam seminggu? Bukankah 10 jam (bagi mereka yang bekerja 5 hari seminggu)? Kalau sebulan? Bukankah 40 jam? Bukankah situasi seperti ini akan menimbulkan persepsi yang kurang baik kepada kita dan agama? Bukankah sembahyang itu antara kunci kecemerlangan? Dan, bagaimana pula dengan status rezeki kita? Renung - renungkan lah? Fikir - fikirkanlah sempena tahun baru ini!
Hari permulaan tahun 2009 ini, banyak masa dihabiskan di rumah bersama keluarga dan menelaah beberapa buku kegemaran yang sudah agak lama ditinggalkan. Dalam pada itu juga, saya dapat menyiapkan beberapa draf artikel yang bersangkut paut tentang krisis ekonomi semasa dari beberapa perspektif.
Pada sebelah petang, saya berkesempatan menjengah ke UIAM Gombak untuk memenuhi undangan adik - adik PPIK (Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan) untuk bersama - sama dalam program mahabah mereka. Cukup lama tidak menghadiri program - program sebegini. Masih segar ingatan ketika berada di UIAM dulu... Taman Ilmu & Budi... yang telah banyak membawa makna dan pengertian yang besar dalam kehidupan saya pada hari ini! Yang paling menyentuh perasaan saya ketika sama - sama menyempurnakan solat maghrib secara berjemaah di Masjid Sultan Ahmad Shah (Masjid UIAM). Suasananya cukup harmoni, cukup tenang... Jemaah pun agak ramai. Saya amat bersyukur dan rasa bertuah kerana pernah menjadi salah seorang warga UIAM!
Biar apapun, saya percaya semua orang mempunyai harapan dan perancangan untuk menggondol kejayaan yang lebih besar pada tahun 2009 ini. Diharap pendakian kita pada tahun ini akan lebih baik dari sebelumnya dan mampu meraih kejayaan yang lebih besar dan bermakna buat diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara! Allahu Akbar!!!
* GLCs : Government Link Companies
STCs : State Link Companies
ULCs : UMNO Link Companies