? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, July 1, 2009

AlhamduliLLah...

Alhamdulillah…bertemu lagi setelah hampir 2 bulan tidak menulis sesuatu di Gerbang Tok Canang. Harapan saya, semua dalam lindungan rahmat daripada Allah SWT.
Tahun 2009 makin melangkah ke penghujungnya. Walaupun masih terasa baru saja ‘meraikan’ kemeriahan sambutan tahun baru. Begitu pantas masa ‘berlari’ meninggalkan kita. Putaran waktu 24 jam sehari seolah – olah begitu ‘culas’ sehingga acap kali kita terlepas pandang dek kesibukan mengurus aturan dunia.

Dalam banyak situasi, kita sering lupa untuk melaksanakan ‘keabdian’ terhadap Allah SWT. Sedangkan Dia sudah mencatur sebaik mungkin giliran siang dan malam untuk manusia bekerja dan mengabdikan diri kepada-Nya. Dia jadikan siang untuk kita berhempas pulas mencari rezeki yang halal untuk memenuhi keperluan dan kehendak diri. Manakala, Dia jadikan malam untuk kita mengabdikan diri kepada-Nya untuk mencari bekal jalanan Akhirat.

Perjalanan kita masih terlalu jauh dan masih belum pasti. Dunia yang kita huni pada hari ini hanyalah persinggahan sementara untuk mencari bekal jalanan Akhirat. Carilah apa saja untuk memenuhi bekal jalanan kita di sana kelak, asalkan tidak mencetus kemurkaan-Nya.

Carilah sebanyak mungkin redha-Nya, bukan murka-Nya. Sekadar untuk menginsafi diri sendiri… kita seringkali tercampak dalam dilema dalam mencari keredhaan Allah. Kita seringkali ‘pusing’ dalam membuat pilihan antara redha Allah dengan redha sesama manusia. Begitu juga antara murka Allah dengan murka sesama manusia. Sehingga dalam beberapa keadaan tertentu, kita sanggup mengetepikan redha dan murka Allah semata untuk memenuhi redha dan mengelakkan murka sesama manusia. Bait – bait kata, “Apa pandangan orang nanti…” begitu dekat dengan hidup kita, seolah – olah mendahului pandangan Allah SWT. Apa yang lebih dahsyat, pandangan Allah dirungkai sedaya mungkin agar dapat dicocok dengan pandangan manusia. Sepatutnya, pandangan manusia yang perlu mencocoki pandangan Allah SWT, bukannya pandangan Allah SWT yang mencocoki pandangan manusia! Siapalah kita untuk berbuat demikian? Kita hanyalah hamba-Nya yang berasal daripada komposisi tanah yang hina serta kepada jua kita akan kembali.
Renung-renungkan sebagai pedoman diri kita bersama...Ingatlah, hidup kita adalah satu pencarian!

Friday, May 1, 2009

Meredah Kesepian, Sejak Sekian Lama...

Alhamdulillah bertemu lagi, sejak sekian lama menyepi.
Sudah hampir sebulan lamanya tidak menulis sesuatu di Gerbang Tok Canang, atas pelbagai halangan yang tidak dapat dielakkan. Namun, itulah lumrah kehidupan. Yang utama perlu didahulukan agar tidak timbul pelbagai masalah dikemudian hari.
Hari ini, seawal 9.00 pagi saya, isteri dan anak - anak bertolak ke Gold Coast Sepang. Sekadar untuk bersantai bersama sekeluarga. Anas dan hakim begitu 'teruja' untuk mandi laut.
Kami 'berkampung' di sana sehingga petang. Itupun, masih belum cukup buat anas dan adiknya melepaskan rasa geram di pantai. Dua - dua 'insist' tak nak naik ke 'darat'. Masih begitu teruja untuk berendam laut, biarpun keadaan cuaca agak bahang.
Memandangkan cuti umum (hari pekerja), pengujung agak sedikit ramai. Kebanyakan mereka yang berbangsa Cina. Bukan setakat 'Cina Malaysia', 'Cina Singapore' pun ada.
Orang Cina mmg mcm tu. Time bekerja tk ingat dunia. Bersungguh betul. Bila time cuti, pulun habis. Dua tiga officemates saya, tiap - tiap tahun mesti amik cuti panjang. Fly ke overseas. Tahun lepas Thailand. Tahun ni pula China.
Mereka sanggup berhabisan duit ribuan ringgit. Asalkan dapat bercuti sepuas - puasnya besama keluarga.
Orang kita banyak yang tidak mampu nak bercuti ke luar negara. Kecuali mereka yang benar - benar berduit. Itupun berapa kerat je. Ini maknanya, ekonomi orang kita masih lemah. Walaupun dah berpuluh tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan. Tak banyak perubahan yg berlaku. Yang tampak, hanya dua tiga kerat yang dapat manafaat secara langsung drpd DEB. Yang selebihnya hanya sekadar meneruskan tradisi lama. Yang miskin terus miskin, yang kaya terus kaya raya...
Bila bercakap pasal kelemahan ekonomi orang Melayu. Macam - macam pandangan dan hujjah yang dapat kita dengar. Ada yang positif. Ada yang negatif. Ada yang konstruktif. Ada yang destruktif...
Nak salahkan pihak kerajaan 100% pun rasanya tk adil. Penyebabnya bukan orang lain. Tapi diri sendiri. Orang kata, bangsa kita suka 'take for granted' dalam banyak situasi. Kalau boleh semuanya nak senang. Tak perlu susah payah. Kalau boleh duit datang bergolek. Kalau boleh tangan tak nak kotor langsung, poket penuh berisi duit. Sudahnya ramai yang terjebak dgn pelbagai skim 'wang mudah'. Termasuklah skim cepat kaya. Yang ketagih 'tikam nombor' pun ramai.
Dalam kehidupan, bukan senang nak senang. Namun, bukan susah nak susah. Rezeki takkan datang bergolek. Duit takkan dapat dengan percuma. Setiap orang perlu bekerja. Bekerjalah apa saja. Asalkan tidak melanggar larangan Allah SWT.
Berubahlah untuk berjaya. Bekerjalah kerana Allah demi mendapatkan kejayaan dunia dan Akhirat. Selamat Hari Pekerja...

Friday, February 20, 2009

Nafsu & Perasaan

Salamualaykum...tetiba, sekali lagi terasa ingin menempel di blog suami tersayang, gerbang tok canang...

Apabila berbicara mengenai hati dan perasaan, apa yang tidak akan terlepas adalah persoalan bisikan atau pujukan nafsu di dalam diri kita. Sememangnya setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada ajakan nafsu yang sering mendorong untuk melakukan sesuatu perkara yang kadang kala di luar kemampuan atau di luar batasan malah bertentangan dengan aturan ciptaan manusia mahupun Allah S.W.T...
Andai seseorang itu memiliki jati diri yang kukuh, keimanan yang teguh, pasti dengan izin Allah, bisikan halus godaan hawa nafsu dapat di tepis dengan mudah..dari sini lah kita dapat melihat peri pentingnya memiliki dan menambah ilmu pengetahuan dalam membentuk keperibadian diri. Hanya dengan ilmu pengetahuan memudahkan kita melakukan pelbagai ibadah dan kebajikan dalam usaha mempertingkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.
Satu perkara yang harus kita sedari bahawa kita tidak mungkin boleh melawan sendiri pujukan dan hasutan nafsu di dalam diri melainkan dengan inayah, hidayah dan pertolongan Yang Maha Esa. Melalui doa yang berterusan, mengerjakan suruhanNya serta meninggalkan larangan Nya, kita dalam usaha untuk mendapatkan ' perhatian ' Allah. Semoga dengan rahmat dan kasih sayang Nya..Dia tidak akan membiarkan kita sendirian. Berbahagia dan beruntunglah bagi sesiapa yang dipermudahkan Allah untuk membuat segala kebaikan dan kebajikan dan meninggalkan perkara yang ditegah...

Wassalam

rusukkiri Tok Canang

Sunday, February 8, 2009

Hidup Perlu Berjuang

Salam kpd semua tetamu Gerbang Tok Canang. Semoga hari ini lebih gemilang dri semalam.

Istilah perjuangan cukup dekat dgn kehidupan kita.Ini kerana kehidupan itu sendiri merupakan satu perjuangan. Ini bermakna, setiap orang perlu berjuang sbg syarat 'survival' kehidupan. Dan setiap perjuangan pasti berdepan dgn cabaran yang menuntut pengorbanan dan kesabaran.
Seringkali ditimbulkan persoalan, kenapa kita kena berjuang?
(1)Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri merubah nasib mereka sendiri.
(2)Hari esok dan masa depan tidak boleh dijangkakan dgn tepat. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. Kesudahannya adalah hak mutlak Allah S.W.T
(3)Petunjuk Allah S.W.T akan hadir dalam diri orang yg bermujahadah(berjuang). Hidup tanpa petunjuk-Nya akan mengarah ke arah kesesatan.
(4)Dunia adalah jambatan Akhirat. Sesiapa yang inginkan Akhirat, dia perlu terlebih dahulu berjuang di dunia.
Semoga kita tidak pernah berputus asa utk berjuang utk menggapai kecemerlangan dunia dan Akhirat. Kita pohon kepada Allah S.W.T agar sentiasa memberkati perjuangan kita semua!

Saturday, February 7, 2009

Tenang Ketika Gawat

Saya cukup tertarik dgn satu email yg diterima petang semalam yang bertajuk "Tenang Ketika Gawat". Penulis asal email tersebut tidak dinyatakan.

Kegawatan ekonomi yg kita hadapi pada hari ini adalah 'pusingan semulajadi' yg perlu kita tempuhi dgn tenang dan sabar. Kehidupan dunia sudah dicaturkan ibarat seperti pusingan roda. Ada ketika kita di puncak. Dan ada ketika kita berada di bawah. Ketika kita di puncak hendaklah sentiasa bersyukur dan cuba sedaya mungkin untuk 'maintain'kan kedudukan yg dimiliki. Kata orang, nak 'maintain'kan apa yang dah ada di tangan lebih payah daripada membinanya. Namun, sekiranya sudah tertakdir pada masa dan tempat tertentu, kita harus berada di bawah. Maka, hadapilah dengan tenang dan sabar serta tidak sesekali berputus asa dgn nikmat Allah. Pasti ada hikmah dan kebaikan!
Kegawatan yang berlaku adalah antara ujian Allah S.W.T kepada manusia yang sudah 'tercoret' sbg antara fasa - fasa kehidupan di dunia. Justeru, dalam menghadapi ujian kegawatan ini, perkara2 berikut perlu diteladani dalam kehidupan seharian kita:

(1)Kembalilah kepada Allah. Sepatutnya, semakin kuat kita diuji, semakin dekatlah kita kepada Allah S.W.T. Pertolongan Allah S.W.T akan datang kepada para hamba yang dekat dengan-Nya.

(2)Berusahalah dengan lebih gigih untuk menggandakan pendapatan yang sedia ada. Sikap berjimat - cermat semata2 tanpa ada sebarang usaha meningkatkan pendapatan sedia ada, tidak akan memberikan impak yang besar kepada penyelesaian kegawatan ekonomi. Kita tidak boleh terus berharap 100% kepada pihak kerajaan untuk keluar daripada kepompong kegawatan ekonomi ini. Kita seharusnya lebih berperanan, iaitu cuba sedaya mungkin berikhtiar menggandakan pendapatan. Dengan meningkatnya pendapatan individu ia akan sedikit demi sedikit memberi anjakan positif terhadap gerak laku ekonomi yang sekarang ini 'lemah tidak berdaya' akibat himpitan permintaan di pasaran.

(3)Tetapkan diri dan bersifat tenang. Sifat tenang dalam diri amat penting ketika membuat keputusan. Keputusan yang baik adalah keputusan yang dibuat bukan dalam keadaan terburu2. Keputusan yang dibuat dalam keadaan terburu2 lebih terdedah kepada risiko kesilapan.

(4)Kekalkan hubungan persaudaraan. Seseorang yang menghubungi tali persaudaraan akan dimurahkan rezekinya.

(5)Teruskan bersedekah. Sedekah yang ikhlas akan mendapat balasan kebaikan daripada Allah S.W.T

(6)Amalkan solat sunat dhuha, agar pintu rezeki diluaskan, dipermudahkan dan dimurahkan.

Semoga kita semua dapat lalui ujian kegawatan ini dengan penuh tenang dan sabar. Sesungguhnya Allah S.W.T tetap bersama2 dengan orang yang sabar. Wassalam

Sunday, February 1, 2009

Maut Pasti Menjengah...

Kurang lebih 10.45 pagi,saya dikejutkan dengan kematian jiran selang beberapa rumah dari rumah yang saya sekeluarga diami. Kematiannya dikatakan agak mengejut.
Saya sempat menjengah beberapa ketika untuk menziarahi jenazah.'Arwah' orang baru di taman perumahan kami. Namun, tidak sempat untuk lebih mendekati atas semangat kejiranan, 'maut' sudah datang menjemputnya. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman dan bertakwa.
Begitulah kehidupan di dunia yang fana' ini, daripada tanah kita dijadikan, ke tanah jugalah akhirnya kita. Biar sekaya mana kita, biar se'gah' mana kuasa kita, biar seindah mana mahligai yang kita diami... semuanya akan tetap kita tinggalkan. Hanya tiga perkara yang akan mengiringi kita ke alam barzakh iaitu:
(1) Ilmu yang bermanafaat
(2) Sedekah dan amal jariah
(3) Doa anak-anak yang soleh
Saat kematian adalah sesuatu yang tidak terduga oleh sesiapapun. Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui bila dan di mana seseorang akan mengakhiri hayatnya. Barangkali hari ini adalah hari penamat kehidupan kita, siapa yang tahu?
Apa yang penting kita harus sentiasa bersiap sedia menghadapi saat - saat gentir itu, yang pasti akan didepani oleh setiap manusia, tak kira di mana jua berada!
Semoga Allah S.W.T mengakhiri penghidupan kita semua dengan 'husnul khatimah'. InsyaAllah...

Wednesday, January 28, 2009

"Bukan Salahmu Sang Pisau..."

'Sang pisau' seringkali menjadi mangsa keadaan dan dipersalahkan bila kita terpotong' atau 'tercedera' jari sendiri.'Aduhhh... apa jenis punya pisau, abis luka tangan aku', itu antara reaksi awal kita bila berdepan dengan situasi demikian. Atau lebih ganas lagi, dicampaknya terus pisau tersebut ke dalam tong sampah tanpa ada sebarang negosiasi. Kesian betul 'sang pisau', tajampun salah, tumpulpun lagilah salah...
Kalau 'sang pisau' tumpul. Apa reaksi kita? Mesti marah bukan kepalang... macam kata-kata yang tidak sepatutnya akan tertutur daripada bibir kita. Itulah, inilah, macam - macam lagilah... pendek kata, 'sang pisau' juga yang salah. Kesian betul jadi 'sang pisau'...
Itulah antara sifat yang tak berapa 'nak baik' dalam diri kita. Suka sangat mencari salah silap orang lain. Tambah - tambah kalau kita memang dah ada 'rekod' tak baik dengan seseorang itu. Lagilah menjadi - jadi tabiat buruk kita tu. Pantang ada je silap sikit, kita pula yang lebih - lebih. Email sana, email sini... call sana, call sini....jerit sana, jerit sini... semata - mata nak buktikan kesilapan seseorang. Apa yang lebih buruk lagi tabiat seseorang, bila 'suka-suka' nak cari kesilapan orang lain. Apa saja yang orang lain katakan, apa saja yang orang cadangankan semuanya salah di matanya! Seolah - olah dalam dunia ni dia sorang saja yang hebat, dia sorang saja bagus dan dia sorang saja yang betul!
Pernah berlaku dalam satu jawatankuasa surau, berdasarkan cerita rakan saya yang juga salah seorang jawatankuasa di surau terbabit. Apa saja yang dicadangkan oleh 'kelompok muda' akan ditolak mentah-mentah oleh pengerusi surau terbabit dengan mempengaruhi ahli - ahli jawatankuasa lain untuk tidak bersetuju sama. Al-maklumlah, pengerusi surau terbabit kuat pengaruhnya dan pegang jawatan penting dalam syarikat ternama. At the end of the day, apa yang terjadi? 'Kelompok muda' berhenti 'menyumbang' tenaga dan keringat kat surau tersebut (tapi tak bermakna tak menjengah ke surau lagi).
Satu perkara lagi, dalam hidup ini, apa yang kita kerjakan, itulah yang akan dituai dan itulah yang akan kita dapat! Rasanya tak adil untuk menyalahkan 'sang pisau' dalam semua keadaan. Baik dan buruknya kegunaan 'sang pisau' semuanya terletak pada tangan kita. Kitalah yang menentukan kegunaannya. Baik kita gunakan, baiklah jadinya. Buruk kita gunakan, buruklah jadinya!
Semoga 'sang pisau' tidak terus dipersalahkan... Tok Canang

Sunday, January 25, 2009

Anak - Anak Amanah ALLAH...


Salam 'alaikum wrt wbrt... Bersua kali pertama di Gerbang Tok Canang.Jika sebelum ini rusukkiri sekadar peneman, penyuntik semangat dan penyumbang idea buat tokcanang, tergerak pula hari ini jari - jari untuk menaip sesuatu buat tatapan semua...

Pasti ada yang terdetik dan tersentuh tatkala menghayati nasyid dendangan anak - anak 'AEMAN 'ini...sesungguhnya anak - anak merupakan amanah ALLAH yang amat berharga dan bernilai buat ibu dan ayah.Dalam masa yang sama kurniaan anak yang soleh dan mendoakan kesejahteraan ibu bapa menjadi dambaan setiap ibu dan bapa..

Sebagai ibu bapa, sering bermain dalam minda kita mampukah kita melahirkan anak - anak sedemikain rupa dalam keadaan cabaran semasa dan kekangan waktu yang ada..bila di ulang- ulang soalan ini buat diri sendiri, sebenarnya kita semua MAMPU!! Semuanya apabila kita berpegang kepada amanat RASULULLAH S.A.W,anak - anak ibarat kain putih yang suci bersih, kitalah yang diberikan amanah untk menentukan coraknya..

Kitalah yang mencanting, kitalah yang mencorak dan kitalah juga yang mewarnai mereka dengan acuan kita.Subahanallah!!Betapa berat dan maha hebat tanggungjawab yang harus kita galas untuk melahirkan generasi rabbani buat penyambung warisan di masa akan datang..

Wahai anak - anakku...jasa dan pengorbanan ibu dan ayah tidak terhitung nilainya.Betapa kita membalas dengan seisi dunia sekalipun, masih tidak mampu untuk membayar segala perit jerih pengorbanan mereka..apa yang mampu,jadilah anak yang soleh dan mendoakan kesejahteran mereka dunia dan akhirat..sekadar renungan buat kita semua...

Saturday, January 24, 2009

Masalah Adalah Satu Peluang!

Bertemu lagi pada petang sabtu, 24 Jan 2009 ini... Harapan saya, semua dalam keadaan baik - baik saja. Bagi rakan - rakan berbangsa Cina, saya dan keluarga ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai... agar keharmonian dan keamanan terus dapat dipertahankan di Bumi Malaysia yang tercinta ini. Tiada guna kita bergeseran sesama sendiri, hanya akan menghancurkan keutuhan dan kekuatan yang sudah terbina. Apa yang lebih penting, setiap kelemahan dan kesilapan yang berlaku bukannya untuk 'finger out' mencari salah siapa, tetapi bersama - sama, seia sekata, sehati sejiwa mencari jalan keluar terbaik, agar kesulitan yang dihadapi dapat diselesaikan, dan bukannya mengusutkan lagi keadaan.
Bukankah setiap kesulitan itu merupakan satu 'peluang' untuk menjadi lebih terbaik daripada apa yang kita miliki pada hari ini? Bukankah setiap masalah itu, dalam apa jua keadaan sekalipun merupakan satu amanah? Amanah yang wajib dipikul oleh setiap hamba, iaitu untuk mencari jalan keluar terbaik, bukan menjadikannya 'stumbling block' kepada usaha yang mendatang. Banyak orang mudah 'futur' di tengah - tengah pergelutan dek tidak tertahan dengan masalah yang bertimpa - timpa.Percayalah, semuanya datang daripada Allah S.W.T berserta dengan hikmah dan kebaikan... yang kadang - kadang tidak terus dizahirkan di hadapan mata kasar kita bahkan memerlukan sedikit daya fikir dan muhasabah diri.
Allah S.W.T juga tidak akan sesekali membebani hamba-Nya dengan pelbagai ujian yang di luar batas kemampuan diri seseorang. Allahuakbar... betapa adilnya Tuhan terhadap manusia... sedangkan manusia sendiri amat sukar untuk berlaku adil terhadap-Nya dengan mengingkari pelbagai suruhan dan larangan.
Untuk menggondol kejayaan dalam apa jua perkara yang dilakukan, semangat tidak putus asa mesti disemai dan disuburkan dalam diri. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa sebarang usaha yang bersungguh - sungguh dan menepati cara. Teringat saya kepada kata - kata hikmah yang termuat dalam laman sesawang syarikat motivasi terkenal milik Dato' Dr. Fazilah Kamsah (Excel Training & Consultancy) beberapa minggu yang lalu. Katanya;
"Ramai orang bermati - matian mendaki gunung, tetapi pada penghujungnya menyedari telah mendaki gunung yang salah"

Dalam kehidupan, kadangkala kita tidak dapat lari daripada situasi yang termaktub dalam kata - kata hikmah di atas. Sifat 'ingin cepat' mendapatkan sesuatu dalam diri terkadang mendorong kita melakukan sesuatu dalam keadaan tidak penuh persediaan dan matlamat yang jelas. Sesuatu perkara yang dilakukan tanpa jelasnya matlamat, akan menimbulkan kekalutan di kemudian hari. Bak kata; "Orang lain menuai padi, kita menuai hampa"! Habis begitu sahaja penat jerih dan susah payah! Kalau diikutkan pakar - pakar motivasi, mereka mengesyorkan agar kita 'bekerja bersungguh - sungguh dengan penuh bijaksana'!
Justeru, berusahalah untuk berjaya, berusahalah untuk beramal, dan berusahalah untuk terus mendekatkan diri kepada Allah S.W.T agar kehidupan kita yang bergalaskan 'amanah kekhalifahan-Nya' akan terlaksana sebaik mungkin berbekalkan kekuatan diri yang ada! Wassalam...

Tuesday, January 13, 2009

Cakap Tak Serupa Bikin, Bikin Tapi Tak Cakap

Assalamualaikum wrt wbrt dan salam sejahtera pada sahabat - sahabat sekalian...
Rasanya, dah dua tiga hari tak berkesempatan untuk kemaskini 'contents' Gerbang Tok Canang atas faktor kesuntukan masa yang tak dapat dielakkan.
Life kat KL tak dapat lari daripada 'perangkap' kekecamukan jalan raya, pagi petang siang malam sama saja...terkadang timbul juga rasa bosan dan sedikit sebanyak tekanan. Tapi, bila memikirkan itu antara mehnah gerak laku hidup yang perlu dihadapi dalam usaha melengkapkan amanah kekhalifahan Allah S.W.T di muka bumi ini, perasaan sedemikian sedikit demi sedikit mulai reda. Semangat dan motivasi mulai terbit dan kembali mengukuh dalam jiwa nurani yang seterusnya menjadi cerminan perilaku anggota tubuh badan kita...Bercakap pasal perilaku, kita seringkali terlepas pandang terhadap situasi 'cakap tak serupa bikin, bikin tapi tapi tak cakap'. Sekiranya kita amati dan halusi dalam gerak laku kehidupan kita sendiri dan juga masyarakat sekeliling, situasi sedemikian dianggap satu permainan biasa yang bersandarkan kepada dua perkara, iaitu atas nama 'nak jaga hati' dan perasaan hasad dengki (phd) dalam diri. Saya sekadar mengambil contoh berikut (betulkan saya kalau silap)... katakan kita ada 'date' dengan seseorang, tak kiralah apa-apa urusan sekalipun. Dan ketika itu, kita sudah agak lambat daripada masa yang dijanjikan. Barangkali ada perkara - perkara yang memang tak dapat nak dielakkan (yang sengajapun ada). Apabila 'rakan date' kita itu call sekadar untuk mengesahkan di mana kita berada, banyak di antara kita akan menggunakan jawapan 'on the way', sedangkan baru nak beredar daripada rumah atau pejabat. Tapi atas dasar 'nak jaga hati', secara tidak sengaja kita terjebak dengan cakap tak serupa bikin! Dan ianya situasi yang paling 'simple dan common' berlaku dalam gerak laku kehidupan seharian. Dalam setengan keadaan lain, ada juga dikalangan kita yang terpakuk dengan istilah 'bikin tapi tak cakap'. Mungkin atas dasar tidak mahu berkongsi kejayaan dengan orang lain ataupun juga secara sengaja untuk mewujudkan komplot tertentu dengan niat yang tidak baik terhadap seseorang.
Apa yang jelas, kedua - duanya akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada gerak laku hubungan sesama kita, sungguhpun kita sedaya mungkin cuba untuk melindungi apa yang kita cakap tapi tak serupa bikin ataupun tak cakap apa yang kita bikin. Namun begitu, ada juga keadaan di mana kita tak perlu cakap apa yang kita bikin, seperti dalam hal sedekah dan amal jariah, termasuklah juga amalan - amalan kebaikan lain. Semolek - moleknya, hanya kita dengan Allah S.W.T saja yang tahu akan gerak laku tersebut. Tak perlulah promosi, replika yang besar - besar dan hebahan yang meluas apabila kita nak bersedekah, nak beramal jariah dan sebagainya. Tak ke mana sedekah dan amal jariah kita nanti. Sekadar dapat nama dan pujian jelah. Paling kencangpun dapatlah 'title' tertentu... namun 'title' Akhirat belum tentu lagi! Wassalam...

Saturday, January 3, 2009

The Concept of Marginal Thinking

Life is about decision...One concept that you have to get used it is thinking marginally. This what are economists always put in practice. Marginal analysis is the application of marginal thinking to a particular problem. This sort of marginal thinking allows you to make choices that will maximize the value of any resource you have, including your time.
Let's take a look on this example...Waiting in line at JPJ or Post Office to renew your driver's license. Does it matter how long you have waited in line? That's a sunk cost. What is actually the sunk costs? The sunk costs are those that are affected by the decision at hand. You... of course ... can not change the fact that you have already waited in line, just say, for almost one hour. The only thing that you can do is wheter you wait in line any longer or leave, only come back another day. Your decision to leave or to stay should be based on your prediction of how many more times it will take before you reach your turn compared to the cost in time and effort of returning back to the JPJ or Post Office and waiting in line again. If you new for certain, for example, that a particular time when you could come back you would have to wait five minutes rather than you continued waited in line for another half an hour, then should leave!

On Doing Things Almost Well

Let's think about this...perhaps you have been told by well-meaning friends or relatives that you should strive for perfection. There is a common proverb saying that ; If something is worth doing, it is worth doing well'. Now what exactly can that mean with respect to your life? Does it mean every time you undertake any task you should continue doing that task until you are certain you have reached your version of perfection, or at least until your are certain you can do no better? I don't think so...
Trust me... every one of us is faced with constraints even in a single piece! Indeed, life is one big hassle with the constraints that face each one of us. I think... the most major constraint in our life is about time. Everyone faces a scarcity of time each and every time. Thus, every action on our part and parcel of life involves an opportunity cost which require us to make a very wise decision. That was what our Holy Qu'ran and Prophet Muhammad S.A.W said very long time ago!
The quest for perfection involves use of our time and hence is costly to us - What I mean here, we need to give up other valuable alternatives to achieve it! You can't physically be in two places at the same time. That's the real life...

Wednesday, December 24, 2008

Story About Genius People

An Indian man walks into a bank in New York City and asks for the loan officer. He tells the loan officer that he is going to India on business for two weeks and needs to borrow $5,000. The bank officer tells him that the bankwill need some form of security for the loan, so the Indian man hands over the keys and documents of new Ferrari parked on the street in front of the bank. He produces the title and everything checks out. The loan officer agrees to accept the car as collateral for the loan. The bank's president and its officers all enjoy a good laugh at the Indian for using a $250,000 Ferrarias collateral against a $5,000 loan. An employee of the bank then drives the Ferrari into the bank's underground garage and parks it there. Two weeks later, the Indian returns, repays the $5,000 and the interest, which comes to $15.41. The loan officer says, "Sir, we are very happy to have had your business, and this transaction has worked out very nicely, but we are a little puzzled. While you were away, we checked you out and found that you are a multi millionaire. What puzzles us is, why would you bother to borrow "$5,000" ?
The Indian replies:
"Where else in New York City can I park my car for two weeks for only $15.41 and expect it to be there when I return"
Belajarlah untuk berfikir di luar kerangka... apa orang kata,'thinking out of the box'... Tok canang

Thursday, October 30, 2008

Berusahalah Untuk Cemerlang

ISLAM mengalakkan umatnya untuk mencapai kecemerlangan yang sebenar , iaitu cemerlang di dunia dan di akhirat. Kehidupan dunia dianggap sebagai platform yang menghubungkan Akhirat. Justeru dikatakan bahawa tiada kecemerlangan dunia tanpa kecemerlangan Akhirat. Begitu juga tidak akan ada kecemerlangan Akhirat tanpa kecemerlangan di dunia. Formula kecemerlangan bentuk ini dirumuskan kepada kita dengan selengkapnya melalui ajaran Islam yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita melalui Nabi Junjungan , Baginda Rasulullah S.A.W. Oleh itu, bagi mencapai kecemerlangan tersebut kita hendaklah mengikut apa jua perkara yang telah digariskan dalam ajaran Islam dalam amalan kehidupan seharian kita dari awal permulaan rutin harian kita sehinggalah kita melelapkan mata pada malam harinya.
Niat adalah tunjang utama kepada setiap tindakan yang dilakukan. Oleh yang demikian, orang yang cemerlang akan meletakkan asas niatnya kepada mencari keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T. Tak kira samada dia seorang pelajar, pekerja dalam apa jua sektor, mahupun pangkatnya. Semuanya hendaklah menyandarkan niatnya kerana keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T. Niat boleh dianggap sebagai jiwa atau ruh kepada perkara atau tindakan yang dilakukan. Jiwa atau ruh yang baik akan membawa kepada perlakuan fizkal yang baik yang seterusnya membawa kepada kecemerlangan diri yang hakiki.
Kecemerlangan dalam Islam lebih komprehensif sifatnya yang menggabung jalin antara orientasi proses dan hasil (Process and result oriented). Ianya berbeza dengan definisi kecemerlangan daripada perspektif konvesional yang hanya mengiktiraf hasil kecemerlangan semata – mata tanpa mengambil kepedulian terhadap aspek proses. Dalam konteks pelajar contohnya, Islam melihat cemerlangnya seorang pelajar itu bukan sahaja cemerlang akademiknya tanpa menghubungkan dengan kecemerlangan akhlak dan sakshiah diri. Seorang pelajar yang benar – benar cemerlang bukan setakat memiliki keputusan peperiksaan yang mempunyai belasan atau puluhan ‘A’ semata. Dia semestinya juga mempunyai budi pekerti baik bila berhubungan dengan orang yang lebih dewasa seperti ibubapa dan guru serta dekat diri dan jiwanya dengan Allah S.W.T, Tuan pencipta sekalian alam. Kualiti kecemerlangan seperti yang saya sebutkan ini agak sukar diperolehi dalam situasi sekarang. Memang tidak dinafikan ramai pelajar yang cemerlang dalam akademik masing – masing, tetapi bagaimana pula dengan akhlak dan sakshiah diri mereka? Satu kajian yang telah dibuat di Britain yang menunjukkan bahawa sekolah – sekolah agama di sana dikatakan lebih cemerlang pencapaiannya dari segi akademik mahupun akhlak dan sakshiah diri. Begitu juga di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan pelajar yang benar – benar cemerlang datangnya daripada sekolah – sekolah yang berlatar belakangkan agama. Namun, ianya tidak begitu mendapat liputan media yang menyeluruh. Sebab itulah ramai yang tidak mengetahui tentang perkara ini.
Kecemerlangan hanya mampu diperolehi melalui kerja keras dan usaha yang bersungguh – sungguh secara berterusan tanpa mengenal erti jemu serta putus asa. Tidak ada jalan pintas atau ‘short cut’ untuk mengecapi kecemerlangan. Boleh dikatakan semua orang yang waras akal fikirannya mengimpikan kecemerlangan dalam hidup mereka. Masing – masing mempunyai impian kecemerlangan yang hebat – hebat. Namun, tak begitu ramai yang benar – benar berjaya merealisasikan impian kecemerlangan tersebut. Ini berlaku kerana tak ramai yang sanggup berusaha bersungguh – sungguh dan meletakkan usaha yang sedaya mungkin agar kecemerlangan menjadi milik mereka. Peribahasa Melayu seringkali mengaitkan situasi ini seperti angan – angan Mat Jenin. Sebab itulah, anak – anak seringkali dinasihatkan agar jangan sesekali mengikut resam Mat Jenin dalam setiap percaturan hidup. Sekirannya disoroti jalan cerita Mat Jenin yang pelbagai versi itu, kita dapat melihat susur galur perancangannya cukup hebat dan sempurna, boleh dikatakan dari A ke Z. Walaubagaimanapun, dia kecundang ketika diawal ‘perjuangannya’…(mengikut sesetengah versi, Mat Jenin dikatakan meninggal dunia akibat jatuh dari pokok kelapa).
Justeru, kepada adik – adik yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini, bulatkan tekad anda untuk benar – benar menjadi seorang yang cemerlang dunia dan Akhirat. Kecemerlangan akademik semata – mata tanpa kehadiran kecemrlangan sakshiah diri dan akhlak tidak akan membawa makna yang besar kepada diri dan keluarga. Semoga kejayaan menjadi milik kita semua!

Friday, May 30, 2008

Sayangi Ibu!

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.