Berdasarkan maklumat yang saya perolehi hasil menelaah 'The Report Malaysia 2007' yang diterbitkan oleh Oxford Business Group baru - baru ini, terdapat beberapa 'angka' penting yang barangkali dapat dijadikan rujukan bersama... iaitu berhubung kos pembinaan beberapa mega projek di negara kita seperti :
1. Pusat Pentadbiran Putrajaya : RM 20 bil
2. Kuala Lumpur International Airport : RM 9 bil
3. Petronas Twin Tower : RM 1.8 bil
4. Putrajaya International Convention Center : RM 500 mil
Perlaksanaan projek - projek terbabit sememangnya tidak memberikan kesan secara langsung kepada rakyat. Secara umumnya rakyat akan menerima tempiasnya secara tidak langsung, terutamanya di negeri - negeri atau kawasan terlaksananya projek tersebut seperti pertambahan peluang - peluang pekerjaan, penambahbaikan prasana dan kemudahan asas, percambahan peluang - peluang perniagaan lain, meningkatkan nilai hartanah dan sebagainya . Namun... tempiasnya dilihat masih tidak begitu menyelerak dan tidak membawa kesan positif secara menyeluruh kepada rakyat, khususnya kepada 'pakcik-makcik' yang berada di ceruk kampung sana yang rata - rata masih berdepan dengan jurang pendapatan cukup besar. Ini timbul daripada ketidak telusan ketika dan semasa perlaksanaan projek terbabit. Boleh dikatakan, banyak kebocoran dan ketirisan yang berlaku dalam aliran perlaksanaan projek tertentu, terutamanya dari segi penganugerahan tender bukan kepada mereka yang benar - benar layak dan berkemampuan.
Perlaksanaan projek - projek mega sebenarnya antara strategi suntikan ekonomi agar ekonomi negara mampu berkembang pada kadar yang lebih selesa dan seterusnya menyelerakkan rasa kemakmuran ekonomi kepada rakyat. Namun, atas alasan ketidak telusan dan kebocoran sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi telah merencatkan perlaksanaan strategi terbabit yang pada dasarnya untuk kebaikan rakyat, bukannya beberapa kelompok tertentu! Yang kaya bukan untuk terus kaya, begitu juga yang miskin bukan untuk terus miskin. Tolong - menolong dengan penuh ikhlas dalam gerak laku ekonomi adalah budaya yang perlu diamalkan, bukannya membudayakan sikap mementingkan diri sendiri. Wassalam
0 comments:
Post a Comment