PENULIS amat bersetuju dengan keputusan Pak Lah untuk menangguhkan pembelian EUROCOPTER yang bernilai RM1.67bil. Penangguhan tersebut berdasarkan keadaan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan pihak kerajaan untuk berbuat demikian.
Memang tidak dinafikan Helikopter Nuri telah menerpa beberapa sejarah hitam kepada negara, namun bagi penulis penggantiannya bukannlah satu keperluan yang mendesak dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi sekarang. Sejumlah wang RM1.67bil tersebut wajar terlebih dahulu disalurkan kepada program-program yang mampu memberikan impak positif kepada ekonomi negara. Dalam keadaan sekarang, kerajaan perlu benar-benar bijaksana dalam membuat sebarang keputusan terutamanya yang bersabit dengan 'dana rakyat' seperti ini. Kesannya akan tampak lebih menyeluruh sekiranya RM1.67 bil ini digunakan secara langsung untuk menggerakkan program-program memulihara ekonomi dan kebajikan rakyat, berbanding pembelian EUROCOPER tersebut.
Hasil daripada penelitian beberapa kenyataan yang dibuat oleh Dato'Seri Najib (DSN), mantan Menteri Pertahanan, nada dan rentaknya semacam tidak begitu bersetuju dengan keputusan yang telah diumumkan Pak Lah semalam. Apa yang jelas penulis melihat, DSN tampak 'tidak mahu' untuk menangguhkan pembelian EUROCOPTER tersebut dengan mengulangi alasan sejarah hitam yang pernah diterpa Helikopter Nuri dalam beberapa insiden sebelum ini.
Biar apapun alasan yang cuba dikemukan oleh mana-mana pihak sekalipun, penangguhan pembelian EUROCOPTER tersebut wajar disambut dengan tangan yang terbuka oleh semua pihak, termasuklah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat !
0 comments:
Post a Comment