? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday, May 17, 2009

Presiden Afghanistan - Frozan Fana atau Shahla Ata?

Bakal tersemat dalam sejarah negara Afghanistan apabila dua wanita menawarkan diri bertanding jawatan presiden pasca-taliban. Ke dua - dua bakal calon tersebut adalah Dr.Frozan Fana, seorang doktor perubatan yg juga merupakan isteri bekas menteri penerbangan pertama kerajaan Afghanistan pasca-taliban, Dr. Abdul Rehman (yg mati dibunuh). Seorang lagi bakal calon yg juga ahli parlimen iaitu Shahla Ata. Dikatakan setakat ini sudah 42 orang menawarkan diri untuk bertanding. Jelas mesej yg ingin dsampaikan tentang kegagalan presiden Hamid Karzai membawa dimensi baru kepada negara Afghanisatan yg tidak lekang drpd pergelutan politik sejak dulu lagi.
Ada suara - suara sumbang yg mencadangkan agar jawatan presiden diberikan kepada wanita. Sebagai eksperimen terhadap kegagalan 'presiden lelaki' selama ini. Bagi mereka, negara Afghanistan sudah begitu lama bergelumang dgn pelbagai masalah yg byk menyukarkan kehidupan rakyat jelata.
Namun persoalannya? Bersediakah rakyat Afghanistan untuk merubah cara berfikir dan sekaligus menerima wanita sbg pemimpin. Ini kerana, sudah sejak sekian lama golongan wanita seolah terpinggir dan tidak mendapat hak serta pembelaan yg sama rata spt kaum lelaki. Dikatakan banyak hak mereka dinafikan termasuklah hak untuk mendapat pendidikan. Justeru percubaan kedua-dua tokoh wanita ini dilihat tidak akan menampakkan kejayaan yg besar. Majoriti rakyat Afghanistan masih mahukan 'lelaki' sebagai pengemudi negara mereka. Rata - rata masih belum bersedia ke arah itu. Sama-samalah kita tunggu dan lihat...

Sunday, May 10, 2009

Hidup Perlu Berfikir

Kita sebagai insan yang kerdil takkan mampu memiliki segala yg dihajati dalam hidup. Tidak semua yg kita dambakan akan menjadi kenyataan. Kadang - kadang, lain yang kita rancangkan, lain yg jadi. Itulah asam garam kehidupan yg perlu disandarkan kepada qada' dan qadar Allah SWT. Terimalah dgn hati yg penuh terbuka dan reda. Usah sesekali pertikai apa yg telah dianugerah-Nya kepada kita. Anugerah Allah SWT pasti bersulam dgn hikmah dan kebaikan. Cuma kadang - kadang tidak dizahirkan secara langsung kpd kita. Agar kita sentiasa berfikir untuk mencari jawapannya.
Hidup kena selalu berfikir. Berfikirlah apa saja tentang kejadian ciptaan Allah SWT, asalkan tidak berfikir tentang zat kejadian-Nya. Itu adalah sempadan kita berfikir.
Antara tujuan kita berfikir adalah untuk membezakan sesuatu perkara, samada baik ataupun buruk. Ia penting bagi menggelakkan diri kita terjebak dengan perkara – perkara yang tidak elok.
Anak– anak remaja seringkali dikaitkan dengan ‘fikir tidak panjang’ dalam tindakan mereka. Kerana itulah banyak yang terlibat dengan macam – macam masalah sosial.
Kita juga perlu berfikir untuk merancang kehidupan. Setiap fasa kehidupan perlu dirancang dengan teratur agar tidak menimbulkan banyak masalah. Banyak orang yang ditimpa malang sebenarnya berpunca daripada kegagalan mereka merancang dengan baik. Kenapa orang terlibat dengan rasuah contohnya? Puncanya kerana dia gagal merancang kemampuan kewangannya sehingga kehendak tak terkawal. Apabila kehendak tak dikawal berdasarkan kemampuan kewangan diri, kita akan terjebak dengan masalah kewangan. Dalam situasi masalah kewangan yang teruk, seseorang akan berfikir secara singkat untuk mencari jalan keluar. Jalan keluar yang dicari adalah jalan yang paling mudah dan cepat.
Berfikirlah untuk muhasabah diri. Segala kritikan, umpatan, dsbnya perlu kita fikir, bukan hanya membiarkan begitu saja. Jika benar apa yang telah dperkatakan, maka berfikirlah untuk merubah diri kepada yang lebih baik. Muhasabah diri sendiri lebih sukar daripada muhasabah diri orang lain. Kita lebih cenderung untuk melihat dan menilai kesalahan orang lain berbanding kesalahan diri sendiri. Peribahasa ‘masakan pokok bergoyang jika tidak angin’ masih boleh diterima pakai pada zaman moden ini. Walaupun ada yang mengatakan, pada zaman moden ini pokok boleh digoyang walaupun tidak ada angin.
Berfikirlah untuk melakukan perubahan diri. Berubah diri tanpa berfikir hanya bersifat sementara. Apabila ada halangan, perubahan tidak diteruskan. Ibn Abbas berkata :

“Berfikir untuk kebaikan akan menimbulkan minat untuk melakukannya

Biasakan untuk berfikir sendiri dalam banyak situasi. Usah mengharapkan orang lain berfikir untuk kita. Orang seperti ini kata Pak Hamka,
“umpama rumpunan rumput yang tumbuh di bawah sebatang pokok yang rendang, hidup segan mati tak mahu”
Orang yang malas untuk berfikir sendiri, hanya mengharapkan orang lain berfikir untuknya adalah tidak tetap pendiriannya. Sekali air bah, sekali pasir berubah. Itulah gambaran pendiriannya.
Semoga kita tidak akan pernah 'letih' untuk berfikir dan terus berfikir...

Friday, May 1, 2009

Meredah Kesepian, Sejak Sekian Lama...

Alhamdulillah bertemu lagi, sejak sekian lama menyepi.
Sudah hampir sebulan lamanya tidak menulis sesuatu di Gerbang Tok Canang, atas pelbagai halangan yang tidak dapat dielakkan. Namun, itulah lumrah kehidupan. Yang utama perlu didahulukan agar tidak timbul pelbagai masalah dikemudian hari.
Hari ini, seawal 9.00 pagi saya, isteri dan anak - anak bertolak ke Gold Coast Sepang. Sekadar untuk bersantai bersama sekeluarga. Anas dan hakim begitu 'teruja' untuk mandi laut.
Kami 'berkampung' di sana sehingga petang. Itupun, masih belum cukup buat anas dan adiknya melepaskan rasa geram di pantai. Dua - dua 'insist' tak nak naik ke 'darat'. Masih begitu teruja untuk berendam laut, biarpun keadaan cuaca agak bahang.
Memandangkan cuti umum (hari pekerja), pengujung agak sedikit ramai. Kebanyakan mereka yang berbangsa Cina. Bukan setakat 'Cina Malaysia', 'Cina Singapore' pun ada.
Orang Cina mmg mcm tu. Time bekerja tk ingat dunia. Bersungguh betul. Bila time cuti, pulun habis. Dua tiga officemates saya, tiap - tiap tahun mesti amik cuti panjang. Fly ke overseas. Tahun lepas Thailand. Tahun ni pula China.
Mereka sanggup berhabisan duit ribuan ringgit. Asalkan dapat bercuti sepuas - puasnya besama keluarga.
Orang kita banyak yang tidak mampu nak bercuti ke luar negara. Kecuali mereka yang benar - benar berduit. Itupun berapa kerat je. Ini maknanya, ekonomi orang kita masih lemah. Walaupun dah berpuluh tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan. Tak banyak perubahan yg berlaku. Yang tampak, hanya dua tiga kerat yang dapat manafaat secara langsung drpd DEB. Yang selebihnya hanya sekadar meneruskan tradisi lama. Yang miskin terus miskin, yang kaya terus kaya raya...
Bila bercakap pasal kelemahan ekonomi orang Melayu. Macam - macam pandangan dan hujjah yang dapat kita dengar. Ada yang positif. Ada yang negatif. Ada yang konstruktif. Ada yang destruktif...
Nak salahkan pihak kerajaan 100% pun rasanya tk adil. Penyebabnya bukan orang lain. Tapi diri sendiri. Orang kata, bangsa kita suka 'take for granted' dalam banyak situasi. Kalau boleh semuanya nak senang. Tak perlu susah payah. Kalau boleh duit datang bergolek. Kalau boleh tangan tak nak kotor langsung, poket penuh berisi duit. Sudahnya ramai yang terjebak dgn pelbagai skim 'wang mudah'. Termasuklah skim cepat kaya. Yang ketagih 'tikam nombor' pun ramai.
Dalam kehidupan, bukan senang nak senang. Namun, bukan susah nak susah. Rezeki takkan datang bergolek. Duit takkan dapat dengan percuma. Setiap orang perlu bekerja. Bekerjalah apa saja. Asalkan tidak melanggar larangan Allah SWT.
Berubahlah untuk berjaya. Bekerjalah kerana Allah demi mendapatkan kejayaan dunia dan Akhirat. Selamat Hari Pekerja...