? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, February 21, 2009

Kurangkan cakap politik, mari tangani cabaran ekonomi negara - Komen

Berikut adalah komen dan pandangan saya berhubung artikel yg bertajuk 'Kurangkan cakap politik, mari tangani cabaran ekonomi negara' yg disiarkan dalam Utusan 21 Feb 2009. (Komen saya adalah yg bertulisan bold)

LETIH... hari-hari ada saja pergolakan politik. Jangan lupa, dalam beberapa hari lagi, genap setahun wakil-wakil rakyat diberi amanah oleh pengundi.
Tapi dalam tempoh setahun ini banyak perkara yang tidak dijangkakan telah berlaku. Hakikatnya, tiada hari tanpa kisah politik.
Komen:"Memang benar tidak banyak usaha yg tampak jelas untuk manafaat rakyat. Hanya pergeseran politik kepartaian, baik dipihak parti pemerintah, mahupun pembangkang. Masing2 meletakkan politik & kuasa sbg matlamat, bukannya jalan untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat. Itulah yg terjadi pergeseran seperti itu. Pokok pangkalnya keikhlasan pemimpin sukar dimengertikan! "
Situasi politik tanah air masih membara dan ada masa membakar semangat anak watan. Jika tak dikawal, boleh bertukar jadi bencana.
Aksi-aksi demonstrasi jalanan sudah kembali seperti di depan Istana Kuala Kangsar. Kita harap ia tidak menjadi aksi setiap minggu. Jika tidak, rakyat akan bertambah bimbang dan risau dengan suasana kancah politik negara. Tak payah kita ikut rentak politik demonstrasi seperti negara jiran.
Komen: "Dalam hal ini saya turut tidak bersetuju dgn sebarang usaha yg boleh menganggu-gugat ketenteraman masyarakat dan negara. Namun, sdr tidak boleh menunding kpd pihak pembangkang semata - mata. Memang benar, nampaknya mereka sudah 'naik taring' dalam banyak situasi. Tapi, BN sebagai parti majoriti yg dipilh rakyat utk membentuk kerajaan persekutuan harus memuhasabah diri dengan penuh keikhlasan, apakah punca sebenarnya di sebalik apa yg terjadi. Masakan pokok sewenang - wenangnya bergoyang tanpa ditiup angin? Sikap sentiasa untuk menyalahkan orang lain, baik dipihak parti pemerintah mahupun pembangkang perlu ditolak ke tepi.. Agenda pembelaan nasib rakyat mesti diutamakan. Berpolitiklah secara matang, bukannya berdasarkan emosi dan rasa kebencian yg meluak2 dlm diri seseorang pemimpin. Dan inilah yg terjadi pada hari ini"
Sesetengah rakyat sudah mula merasa bosan dan meluat bila melihat bahawa agenda politik kini sudah mengatasi hal ehwal kehidupan rakyat.
Paling teruk, ia membawa politik negara menjadi tidak stabil. Lihat bagaimana pemimpin politik parti pembangkang mula menunjukkan belang mereka. Selepas buat kecoh di dalam Dewan Rakyat, budaya biadab dijelmakan di peringkat negeri dengan per cubaan mengheret Sultan Perak ke mahkamah.
Komen: "Apa yg berlaku pada hari ini, posisi kepimpinan politik banyak dikerumuni oleh mereka yg hanya berbekalkan kpd semangat juang yg membuak terhadap isu2 tertentu, tetapi mempunyai daya dan matlamat kepimpinan yg secara terangan dapat dipertikaikan, baik dipihak parti pemerintah mahupun pembangkang. Justeru pada anggapan saya, kalau benar sudah menjadi pilihan rakyat untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di Perak melalui proses pemilihan demokorasi yg telus, semua pihak harus akur. Namun bagi yg diberikan amanah tidak harus bertindak di luar batasan atau sebagai peluang untuk membalas dendam yg selama ini sudah lama terpendam"
Hari-hari orang politik atau orang biasa bercakap tentang politik wang, politik perkauman, fitnah. Cerita terbaru, mereka menganalisis cerita skandal seks atau gambar bogel orang politik.
Komen: "Pada saya, pihak media harus lebih bertanggungjawab dalam penyebaran sebarang berita, bukan hanya meletakkan keuntungan semata2 sbg matlamat atau untuk menggerakkan agenda2 pihak tertentu. Berita2, cerita2 yg boleh memberikan impak negatif dan membawa kekeruhan dalam masyarakat tidak perlu dipublisiti sebegitu rupa. Untuk apa? Kalau tidak ada agenda tertentu! Rakyat adalah matlamat perjuangan mana2 parti politik"
Apa pun wakil rakyat kena ingat, bukan semua rakyat di kawasan yang diwakili memilih mereka. Jangan kita pandai-pandai mengatakan banyak pengundi kini sokong gabungan parti pembangkang atau kerajaan.
Hakikatnya ramai juga rakyat yang tidak keluar mengundi atau menjadi pengundi. Banyak alasan dan sebab boleh diberi. Tambahan pula keadaan politik negara seperti sekarang, rasa menyesal mereka yang keluar mengundi tidak siapa yang tahu.
Komen: "Saya bersetuju. Laungan sebegitu hanya akan membawa perpecahan yg lebih besar dlm masyarakat. Sepatutnya, setelah pilihanraya selesai, tidak ada lagi pendekatan politik kepartian apabila mendekati rakyat. Tidak perlu wujud kelompok masyarakat yg berasaskan kpd fahaman parti politik tertentu sehingga tidak boleh berhubungan sesama sendiri"
Apa yang berlaku di Perak, Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Lanjan, Selangor merumuskan bahawa sesetengah wakil rakyat yang dipilih rupanya berdasarkan 'tangkap muat'. Jadi yang dipilih tidak berkualiti, tidak berprinsip, tidak bermoral - bukan pejuang tetapi pengambil peluang.
Kecewa dan hancur hati rakyat yang mengharapkan pemimpin itu orang yang berwibawa, berkualiti dan jelas perjuangannya.

Komen: "Soalnya, pihak pembangkang sajakah yg tidak memiliki pemimpin yg tdk bermoral? Tepuk dadalah tanya iman masing2"
Sebab itu, semua pemimpin politik diminta ubah perangai.. Jangan ikut kata hati dan nafsu. Jangan asyik berpolitik siang dan malam. Orang politik bergaduh, tapi tetap hidup senang. Yang susah ialah rakyat.
Rakyat inginkan kestabilan dan kemakmuran. Mereka inginkan negara ini mencapai Wawasan 2020.
Komen:
"Ya benar semua pemimpin politik perlu berubah untuk lebih ikhlas dalam apa jua tidak tanduk . Belajarlah utk 'cakap serupa bikin" . Jauhilah utk 'cakap tidak serupa bikin". Hanya akan merugikan rakyat dan segala penat lelah pemimpin kita hanya akan terbuang begitu saja di sisi Allah S.W.T"
Jadi semua pemimpin politik, cuba berfikiran matang. Jangan asyik memikirkan cara untung rebut kuasa. Biarlah apa yang berlaku menjadi pengajaran. Kurangkan politiking. Cukuplah perhitungan kepimpinan di kertas undi dan bukan di atas keupayaan membeli serta dibeli.
Komen: "Saranan yg cukup tepat dan tinggi hikmahnya"
Setiap pemimpin politik baik kerajaan atau pembangkang kena insaf. Apa yang mereka sudah capai dalam memenuhi janji-janji kepada rakyat. Apa yang dibuat hampir setahun ini hanya menimbulkan pergolakan demi pergolakan.
Kita sedang bergelut memikirkan bagaimana untuk menghadapi masalah ekonomi yang melanda seluruh dunia. Malangnya, ada pemimpin-pemimpin yang tidak sudah-sudah dengan politiking, macamlah pilihan raya diadakan tahun ini.
Komen: "Kepercayaan yg diberikan rakyat semasa pilihanraya dulu seolah - seolah dihargai dan dipermain2kan oleh sesetengan politik yg tidak bertanggungjawab. Pilihanraya kecil sudah jadi permainan rutin. Rasa tak puas hati sikit dan tak dapat apa yg diingini, lompat parti. Rasa tak puas hati. lagi lompat lagi...Sebab itulah pemimpin perlu dipilih dikalangan mereka yg benar2 ikhlas dan mempunyai daya kepimpinan yg tinggi. Bukannya pemimpin yg bermusim sifatnya"
Pakej rangsangan ekonomi dalam mini bajet yang akan dibentangkan bulan depan pun tidak banyak mendapat reaksi. Belum terdengar satu forum atau seminar bakal diadakan bagi membincangkan cabaran ekonomi sekarang.
Kalau negara maju bertungkus lumus mencari jalan membendung gelombang yang hampir menenggelamkan ekonomi mereka, apa yang telah kita lakukan untuk berdepan dengan cabaran ini?
Komen: "Pakej ekonomi berjuta RM tanpa adanya perlaksanaan yg telus dan benar2 adil tidak akan membawa impak ekonomi yg besar. Dibimbangi hanya sebahagian kecil saja merasai kesan pemulihannya. Sebahagian besar rakyat masih dibebani dgn pelbagai masalah kewangan, terutamanya kelompok2 miskin di bandar2 besar"
Sejak suku ketiga tahun lalu, kita belum mendengar huraian jelas tentang strategi pemimpin-pemimpin politik kita untuk menghuraikan dengan panjang lebar perihal kegawatan ekonomi ketika bersidang di Dewan Rakyat. Yang dengar, mereka banyak bertekak atas perkara peribadi dan bukan soal rakyat.
Komen:
"Kadang2 pemimpin kita dilihat seperti membuang masa di dewan rakyat. Tidak banyak perkara yg membabitkan kebajikan rakyat di perbincangan secara serius, yg banyak isu2 yg remeh - temeh"
Kemelesetan ekonomi sekarang sepatutnya menyedarkan ahli-ahli politik untuk memerah otak bagi memastikan ekonomi negara ini berdaya tahan dan kehidupan rakyat tidak terjejas. Bukan terus fikir merebut kuasa.

Komen: "Rasanya tidak salah untuk Barisan Nasional & Pakatan Rakyat mencari titik pertemuan dalam usaha bersama uk menyelesaikan kegawatan ekonomi yg berlaku sekarang dengan syarat kedua2 pihak perlu bersandarkan kpd keiklhlasan masing2"

0 comments: