? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, January 6, 2009

Sime Darby Batal Ambil Alih IJN

Tok Canang mengalu - alukan pembatalan cadangan pengambilihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh konglomerat Sime Darby Berhad. Ianya dianggap satu pengorbanan sosial yang harus dicontohi oleh badan - badan korporat lain, bukan hanya meletakkan keuntungan sebagai hadaf utama tanpa adanya kepedulian sosial.
Bagi Tok Canang, perkara - perkara yang bersabit dengan keperluan asas rakyat seperti perumahan, pendidikan dan kesihatan tidak harus sewenang - wenangnya dilepaskan kepada pihak swasta atas alasan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Dalam hal ini, kebajikan rakyat adalah menjadi keutamaan semua pihak dalam apa jua keadaan, samada pihak swasta mahupun kerajaan.
Begitu juga dalam isu konsesi tol yang sudah begitu lama dibangkitkan atas anggapan membebankan rakyat dan hanya memperkaya pemilik - pemilik konsesi terbabit. Dan... ini jelas terbukti dengan ketelusan pihak kerajaan untuk mendedahkan intipati perjanjian konsesi tol beberapa tol utama di seluruh negara.
Justeru, pihak kerajaan dan swasta disaran agar lebih bersifat 'win-win' dalam setiap keputusan dan perlaksanaan sebarang projek yang melibatkan kepentingan rakyat. Lebih - lebih lagi, antara sumber kewangan terbesar kerajaan adalah daripada rakyat sendiri melalui cukai pendapatan yang dibayar saban tahun. Sewajarnya, hasil daripada kutipan cukai tersebut dimanafatkan kepada rakyat, bukannya dengan 'melonggokkannya' kepada segelintir pihak - pihak tertentu sahaja!

0 comments: