? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, December 15, 2008

Jujurlah dalam urusniaga

Salam sejahtera pada semua… penghujung tahun 2008 menjadi gerbang permulaan kepada satu krisis ekonomi yang dikatakan akan berlarutan setidak – tidaknya sehingga penghujung 2010 ataupun awal 2011. Dan, dikatakan juga impaknya lebih besar daripada krisis ekonomi 1930-an yang lampau. Namun, hanya Allah S.W.T saja yang mengerti akan hakikat yang sebenar. Ahli – ahli ekonomi hanya mampu membuat jangkaan berdasarkan kepada teori – teori yang diformulasi oleh mereka sendiri. Benar atau tidak… sama – samalah kita tunggu dengan penuh persediaan…Ibarat peribahasa …’sediakan payung sebelum hujan’.
Dalam mana – mana krisis ekonomi yang berlaku sepanjang zaman, golongan peniagalah yang akan menerima kesan paling awal. Dalam tempoh inilah dianggap antara ujian gentir bagi ‘survival’ seorang peniaga. Yang bijak dan kental akan terus bertahan… manakala yang lemah akan tersungkur menyembah bumi. Pada saat inilah juga, golongan peniaga dianggap lebih ‘berkira’ dalam banyak perkara. Namun, bukanlah menjadi alasan untuk tidak berlaku jujur dalam setiap urusniaga yang dijalankan. Baik dengan pekerja, mahupun pelanggan.
Teringat penulis pada satu kisah seorang saudagar kain Islam lampau yang bernama Yunus bin Obaid. Kain – kain yang dijual dikedainya ada yang berharga 200 dirham dan 400 dirham. Pada satu hari, ketika azan zuhur berkumandang di masjid yang berhampiran, beliau menyerahkan sementara urusan di kedai kepada anak saudaranya. Semasa ketiadaan Yunus bin Obaid, ada seorang pelanggan mengujungi kedainya dan membeli sepasang kain yang berharga 200 dirham. Namun atas kesilapan anak saudaranya, kain tersebut telah terjual dengan harga 400 dirham. Semasa perjalanan pulang dari masjid, Yunus bin Obaid terserempak dengan pelanggan tadi. Lantas menanyakan harga kain yang dibelinya dan meminta pelanggan tersebut untuk berpatah balik kedainya semula… kerana harga kain yang dibelinya itu bukan berharga 400 dirham tetapi hanya 200 dirham. Pada peringkat awal, pelanggan terbabit tidak mahu berbuat demikian atas alasan harganya sudah berpatutan berbanding yang dijual di kedai – kedai lain iaitu dengan harga 500 dirham.
Namun atas nasihat Yunus bin Obaid yang berbunyi, “Pergilah dan kembalikan, sesungguhnya nasihat dalam agama lebih baik daripada dunia seisinya”… pelanggan tersebut bersetuju untuk berpatah balik. Maka, baki 200 dirham dipulangkan semula kepada pelanggannya.
Alangkah baiknya… kalau peniaga – peniaga kita dapat bersikap sedemikian rupa dengan meletakkan kejujuran sebagai asas dalam setiap urusaniaga yang berlaku dengan pelanggan. Memang benar matlamat utama setiap urusniaga adalah untuk mendapatkan keuntungan. Mana mungkin seorang peniaga mengharapkan kerugian hasil penat lelahnya selama ini… Namun, mereka tidak boleh sesekali meminggirkan asas – asas moral dan akhlak dalam mengejar keuntungan. Kos – kos yang bersifat bukan kebendaan (Immaterial cost) seperti jujur dan amanah seharusnya diambil kira dalam penetapan harga sesuatu barangan, bukan setakat bersandarkan kepada kos kebendaan (material cost) semata – mata. Prinsip meamksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos harus diredakan dengan mempraktikkan sifat ‘wasatiyyah’ ataupun kesederhanaan dalam setiap urusniaga yang berjalan. Dengan ini, penulis berpandangan isu – isu kenaikan harga dalam pasaran dapat dirungkai tanpa memberikan tekanan samada kepada peniaga dan juga pelanggan.

0 comments: