? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, October 22, 2008

Penstrukturan Semula FELDA

CADANGAN penstrukturan semula FELDA oleh Dato' Seri Najib (DSN) selaku menteri yang bertanggungjawab semestinya dialu-alukan. Memang benar, sekiranya FELDA berhasrat untuk 'remain competitive' dalam pasaran global yang semakin mencabar, beberapa pembaharuan perlu digerakkan. Secara jelas penulis katakan di sini, FELDA antara aset dan warisan terpenting orang Melayu. Sekiranya tidak dijaga dengan sebaik mungkin ia akan membawa kerugian yang besar kepada bangsa dan negara.

Untuk itu, penulis mencadangkan pihak kerajaan untuk menggerakkan perubahan - perubahan berikut :

- Anjakan mentaliti dan paradigma penggerak pengurusan dan akar umbi. Yang paling utama, komuniti FELDA harus keluar daripada kepompong zon keselesaan yang menganggap pihak kerajaan akan sentiasa memberikan pelbagai bantuan dan kemudahan kepada mereka. Komuniti harus dididik untuk lebih bersifat 'independent' dan berupaya bergerak dengan inisiatif sendiri. Budaya 'tunggu untuk disuap' sudah tidak relevan lagi dengan perkembangan massa. Komuniti FELDA harus menerima hakikat bahawa kerajaan tidak akan selama-lamanya berupaya memberi 'pertolongan' kepada mereka. Satu ketika kelak, suka ataupun tidak FELDA mesti bergerak tanpa kehadiran apa-apa bantuan daripada kerajaan. Perubahan mesti digerakan mulai sekarang. Bukannya bila dah terhantuk, barulah terkial-kial mencari jalan penyelesaian!
-Perkukuhkan lagi tunjang perladangan FELDA (getah dan kelapa sawit) dengan membuka lebih banyak ladang baru di samping meperkenalkan tanaman baru seperti padi, buah-buah tempatan dan sayur-sayuran. Ini amat bertepatan dengan jangkaan permintaan makanan dunia yang akan mengalami peningkatan pada masa akan datang. Usaha seperti ini juga diharap dapat mengurangkan kebergantungan ekonomi kita kepada sektor kedua (perkilangan & perindustrian) yang kini dikatakan menjadi pemacu utama ekonomi Malaysia. Kepelbagaian sumber ekonomi negara akan memberikan kebaikan dengan meletakkan ketahanan ekonomi kita pada tahap yang agak sukar terkesan dengan faktor kemerunduman ekonomi global.
-Pemantapan generasi baru FELDA. Memang tidak dapat dinafikan tidak ramai anak-anak peneroka berhasrat mewarisi tradisi keluarga untuk terus mengusahakan ladang. Sehingga ada pihak yang mengkhabarkan, kini kawasan 'ladang-ladang' kita banyak dibanjiri dengan pekerja-pekerja asing, khususnya daripada negara jiran, Indonesia. Kenapa hal sedemikian boleh berlaku? Untuk mengatasi permasalahan ini, persepsi terhadap 'kerja-kerja pertanian' seperti ini harus diubah, terutamanya dikalangan generasi muda pada hari ini. Saya cukup bersetuju dengan Kementerian Pertanian & Asas Tani yang mencanang slogan 'pertanian adalah bisnes'. Rata-rata hari ini ramai yang beranggapan bidang pertanian tidak boleh 'bikin' duit. Budaya anggapan begini perlu dianjak dalam minda generasi muda hari ini. Pihak kerajaan dicadang memperkenalkan pelbagai insentif kepada generasi muda ini agar lebih berminat untuk menceburi bidang ini antaranya ;menambah peruntukan biasiswa dan pinjaman kepada bidang- bidang pengajian pertanian,memperkasakan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai legasi pengajian pertanian unggul seantero dunia, memperkukuh dan mempertingkatkan peranan FAMA dalam merancakkan lagi pemasaran hasil pertanian ke peringkat global dengan penyerapan tekonologi-teknologi terkini, dan mewujudkan Zon Pertanian atau Kompleks Pertanian yang menyediakan pelbagai insentif dan kemudahan yang dapat menarik lebih gemar 'petani-petani moden' untuk memulakan projek mereka secara komersial. Dalam hal ini, penulis melihat FELDA mempunyai peranan yang cukup besar ke arah merealisasi hasrat yang telah saya sebutkan di atas.
Justeru, hasrat murni untuk menstrukturkan semula FELDA harus disambut dengan tangan yang terbuka oleh semua pihak termasuklah pucuk pimpinan Pakatan Rakyat! Wassalam

0 comments: