? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, October 7, 2008

Pak Lah Dilema, Najib Tersepit

Tanggal 8 Oktober 2008 merupakan hari penentuan samada Pak Lah (PL) akan mempertahankan jawatan kerusi presidennya, ataupun memberi laluan kepada pengganti beliau Dato' Seri Najib (DSN). Walau apa jua 'stand' Pak Lah yang bakal diketahui kurang lebih 24 jam lagi, ia tetap akan mencipta laluan yang sukar kepada DSN untuk berada di kerusi Presiden dan Perdana Menteri. Bagi penulis, samada PL berhasrat mempertahankan kerusi Presiden yang disandangnya ataupun secara 'gentleman' menyerahkan kepada DSN, apa yang pasti kerusi tertinggi parti tersebut akan tetap wujud pertandingan.

Umum mengetahui, DSN secara jelas masih belum membuat apa-apa ketetapan berhubung kedudukannya dalam Perhimpunan Agong Disember kelak. Samada ingin menyahut cabaran untuk berada di gelanggang Presiden, ataupun berlagak seperti 'budak baik' dengan hanya menunggu masa yang telah dijanjikan oleh PL untuk menyerahkan 'baton' kepadanya, selewat-selewatnya bulan Mac 2009. Penulis percaya, 'signal' DSN akan lebih jelas setelah PL mengumumkan ketetapan esok.

Apa yang penulis dapat katakan, DSN akan tetap ke gelanggang Presiden samada PL berhasrat bertanding semula mahupun tidak. Besar kemungkinan PL tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya berdasarkan faktor akar umbi yang sudah menyatakan 'signal' jelas untuk tidak lagi mencalonkan beliau ke kerusi Presiden pada pemilihan yang akan datang. "Mood" bahagian sehingga hari masih berbelah bagi. Masih tidak ada kata sepakat secara jelas untuk mencalonkan DSN sebagai Presiden. Kebanyakan bahagian dapat diperhatikan cuba mengambil sikap tunggu dan lihat dan tidak 'berani' untuk 'clear cut'. Barangkali bimbang dianggap sebagai 'melawan arus' dan akan dipinggirkan khalayak kebanyakan yang mendokong aspirasi pucuk pimpinan semasa. Atas dasar itulah, tidak ramai ahli - ahli UMNO yang benar - benar berani mengambil sikap sedemikian. Lihat saja apa yang telah berlaku dalam kes Mukriz, gara-gara membuat desakan terbuka agar PL berundur. Bukan sikit beliau 'dibelasah', terutamanya individu yang amat bergantung harap kepada pimpinan tertinggi parti untuk 'maintain' sebagai ahli politik yang berjaya dalam UMNO dan juga kerajaan.
Sekali lagi penulis beranggapan, laluan DSN pada kali ini tidak semudah yang disangka. Kehadiran Ku li tidak boleh dipandang 'enteng' oleh DSN. Sungguhpun ada suara-suara yang mengatakan amat sukar untuk Ku Li mendapat pencalonan yang cukup untuk masuk ke gelangang Presiden. Namun, dalam politik banyak perkara boleh terjadi. Siapa menyangka Ku Li akan jadi calon alternatif ahli - ahli UMNO yang sudah 'bosan' dengan cara kepimpinan lama UMNO, sebagaimana yang terjadi dalam Pilihanraya Umum 2008 (PRU 08) yang lalu. Dalam PRU 08 tersebut tiada siapa menduga yang satu 'Tsunami Politik' di luar dugaan akan melanda BN dan parti-parti komponenya, sehinggalah detik keputusan mula diketahui secara rasmi.
Kredebiliti MY juga tidak harus dinafikan oleh DSN. Wujud segelintir pendapat, besar kemungkinan DSN terpaksa berdepan dengan MY bagi merebut jawatan tertinggi UMNO itu. Jika ini benar - benar berlaku, peluang DSN dikatakan 50:50. Maknanya, DSN akan terus dihantui igaun ngeri (komponen jadi Presiden UMNO) setidak-tidaknya sehingga penghujung Mac 2009!
Biar apapun, penulis amat berharap keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini akan terus berkekalan dan seterusnya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

0 comments: