? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, October 6, 2008

Iye ke?

Salam & bersua lagi...
Wujud sesetengah pihak mengatakan yang perlaksanaan Islam di Malaysia sepenuhnya akan mengalami tiga tahap yang utama, iaitu :
1) Tahap kesedaran yang tidak boleh diperkatakan secara terbuka dan bebas.
2) Tahap kesedaran yang sudah boleh diperkatakan secara terbuka dan bebas.
3) Tahap perlaksanaan Islam sepenuhnya.

Menurut mereka, tahap yang pertama merujuk kepada keadaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN). Tahap kedua pula, dikaitkan dengan keadaan apabila Pakatan Rakyat (PR) sudah menguasai beberapa-beberapa negeri. Manakala, tahap yang ketiga menggambarkan keadaan di mana PR telah berjaya menguasai Putrajaya sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, penulis beranggapan ianya hanya merupakan satu pandangan yang bersifat 'syok sendiri' dan tidak berpijak pada realiti. Logiknya, mana bisa PR akan berupaya mengotakan harapan (terutamanya penyokong-penyokong PAS) untuk membentuk sebuah pemerintahan Negara Malaysia yang berpaksi sepenuhnya kepada Islam, dalam keadaan, pertentangan prinsip secara terangan wujud dalam gabungan PR terutamanya antara PAS & DAP. Adakah DAP berkesudian untuk merestui hasrat tersebut? Apa pula tanggapan penyokong - penyokong DAP akan hal ini? Rasanya sudah berulang-kali suara - suara DAP memperkatakan tentang 'sekularisama'nya Negara Malaysia ini. Seingat penulis, Pengerusi DAP, Karpal Singh cukup lantang mempertahankan sekularisma ini dan secara jelas menyatakan tentangan terhadap mana - mana pihak yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

Perlu diingat juga, tertegakknya sesebuah parti politik kerana wujudnya ahli-ahli yang benar komited terhadap perjuangan agenda parti. Oleh itu, setiap parti akan tegas memperjuangkan agenda parti masing - masing demi memenuhi tuntutan ahli - ahli yang mendokongnya. Apa yang jelas, PAS dan DAP memang tidak sebulu! Satu ke utara, satu ke selatan. Penulis begitu percaya, penyatuan mereka adalah bersifat sementara atas dasar dan peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim. Hakikatnya, banyak pihak agak sangsi dengan 'closed deal' Anwar Ibrahim dan pimpinan DAP sehingga mampu menutup seketika kelantangan suara mereka dalam isu - isu tertentu seperti pembentukan Malaysia sebagai Negara Islam. Perlu diingat diam mereka bukan bermakna tanda setuju mahupun restu. Kita patut lebih berhati-hati dalam keadaan seperti ini agar tidak terjadi seprti api dalam serkam atau gunting dalam lipatan.

Penulis cukup bimbang dengan keghairahan sesetengah pemimpin politik untuk berada dipuncak kuasa akan memburukkan lagi keadaan. Baik di pihak BN, mahupun di pihak PR. keghairahan berkuasa mencetuskan pertelagahahan poltik yang berpanjangan yang akhirnya meletakan keadaan agama, bangsa dan negara dalam keadaan tidak stabil. Akibatnya rakyat hidup dalam kesusahan dibebani dengan pelbagai masalah.

Oleh itu, penulis beranggapan berdasarkan kepada perkembangan semasa yang berlaku, nasib agama dan bangsa masih belum ketentuan lagi, sekalipun PR berjaya menguasai Putrajaya. Penulis cukup bimbang, sekiranya nasib agama dan bangsa yang kita cintai ini terpaksa bertarung di 'pasaran' secara terbuka setara dengan agama dan bangsa lain. Adakah keterbukaan seperti ini yang didambakan? Sama-samalah kita renungkan bersama agar tidak terjadi seperti yang disebut dalam pepatah Melayu, "apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran".







0 comments: