? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, July 12, 2008

ISU LIWAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Salam dan bertemu sekali lagi. Secara kebetulan ketika singgah solat maghrib di salah sebuah hentian lebuh raya di sekitar Kajang, saya terjumpa satu artikel yang diletakkan di dalam surau hentian tersebut. Penulisnya tidak dapat saya pastikan, kerana tiada nama yang tercatat. Hanya sekadar nama Al-Sufi. Tajuk artikel tersebut mengenai "Isu Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Cara Penyelesaiannya". Berikut adalah petikan artikel tersebut sebagai renungan kita bersama. Moga - moga apa yang diperkatakan oleh penulis tersebut akan sedikit sebanyak membuka jalan kepada kekalutan isu liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim ini. Sama - samalah kita pohon ke hadrat Allah S.W.T, saya umat kita terpelihara daripada bahana fitnah mefitnah ini.

"Kita sedang terjebak dalam satu krisis perpecahan Melayu Islam. Perpecahan ini sangat besar selepas Pilihanraya. Kesan dari pemimpin - pemimpin yang berbalah sesama sendiri. Ancaman kepada Melayu pada masa kini ialah isu Anwar melakukan liwat. Isu ini bukan lagi isu yang mudah. Semua orang akan berbuat berbagai-bagai tuduhan. Ini tidak baik dan dilarang oleh agama.
Yang menyokong Anwar menuduh kerajaan berkonspirasi. Yang menyokong kerajaan pula sedang mencari bukti. Akhirnya orang Melayu Islam berbalah sesama sendiri, melakukan dosa kerana mempertahankan perkara - perkara yang mereka sendiri tidak jelas. Kesan tahun 1998 dulu, kita sudah merasa sangat buruk kepada bangsa dan Negara.
Bagi mengatasi kemelut dan masalah ini, yang terbaik ialah serahkan kepada Allah S.W.T. Caranya ialah semua orang Melayu Islam, Pertubuhan - pertubuhan NGO, institusi masjid/surau, sekolah dan universiti mencari satu hari khas untuk menganjurkan sembahyang hajat beramai - ramai memohon Allah S.W.T. memberi petunjuk kepada mana - mana pihak yang bersalah dalam hal ini. Sembahyang hajat boleh diadakan di tempat masing - masing. Pohon sokongan semua pihak supaya kita dapat menyelamatkan Negara kita dari malapetaka.
Mulai hari ini hentikan tuduh menuduh dan kita kembali kepada Allah S.W.T. Sebarkan kepada semua orang mengambil bahagian".


0 comments: