? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, June 26, 2008

Pengakuan Bersumpah Raja Petra

Salam kepada semua. Moga - moga semuanya dalam keadaan baik - baik belaka, walaupun suasana politik tanahair kita masih dalam keadaan ketidaktentuan. Namun, diharapkan ianya tidak akan mencetuskan sebarang insiden yang boleh merosakkan masa depan kita semua!
Pada kali ini, saya ingin berbicara tentang pengakuan bersumpah Raja Petra yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Timb. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Sharibu.
Rata - rata merasakan agak sangsi bagaimana Raja Petra berupaya memiliki info yang sebegitu seolah - olah beliau sendiri berada pada malam berlakunya insiden pembunuhan tersebut. Adakah ianya hanya sebagai dakwaan yang bermotifkan agenda politik pihak - pihak tertentu?
Biar apapun, pihak berkuasa, yakni polis harus bersifat lebih telus dengan tidak hanya membuat siasatan di sebelah pihak sahaja, iaitu Raja Petra. Bahkan, perlu juga memanjangkan siasatan seadil mungkin kepada semua pihak yang dinyatakan dalam pengakuan bersumpah tersebut tanpa mengira status mahupun kedudukan individu terbabit.
Ketidaktelusan hanya akan menambahkan lagi rasa ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah. Seterusnya akan membuka ruang kepada pihak - pihak yang berkepentingan untuk menunggang terbalikkan keadaan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO, MCA, MIC dan beberapa parti komponen BN yang lain.
Diharap, Pak Lah selaku Perdana Menteri yang memikul amanah 27 juta rakyat Malaysia agar melihat dakwaan ini dengan lebih serius dan telus. Rakyat tidak mahu keadaan politik yang tidak menentu ini terus berpanjangan dan memberi kesan buruk kepada kita semua!
Robohnya Kota Melaka gara - gara sifat hasad dengki sesama kita. Dan, jangan robohkan Putrajaya yang telah dibina gara - gara ketamakan dan kerakusan kita semua terhadap pangkat dan kedudukan! Perubahan untuk semua...

0 comments: