? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday, May 4, 2008

Anwar Ibrahim : Strategist vs Opportunist

Salam buat semua,
Dua hari lepas kita dikejutkan dengan kematian tokoh korporat DEB, iaitu Tan Sri S.M Nasimudin yang juga merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Naza. Al-Fatihah, moga ruh beliau ditempatkan di sisi mereka yang beriman dan bertakwa.

Sidang pembaca sekalian, dua tiga minggu lepas saya sempat bersembang dengan beberapa orang simpatisan UMNO dan juga PKR. Apa yang menarik perhatian saya ialah berhubung dua perkara yang disebut oleh kedua - dua pihak. Perkara pertama berhubung kemenangan Nurul Izzah, puteri sulung Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Lembah Pantai, mengalahkan 'otai' Wanita UMNO, Dato' Seri Sharizat Jalil. Keduanya, berkait tentang dakwaan mengatakan Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang 'opportunist' dan suka meneguk di air yang keruh.

Dikatakan kemenangan Izzah di Lembah Pantai sememangnya telah dirancang kurang lebih setahun yang lalu. Bukannya dua tiga bulan sebelum Pilihanraya yang ke-12 lalu. Perancangan yang bagaimana? Sebagaimana yang kita tahu, di Parlimen Lembah Pantai beberapa Institusi Pengajian Tinggi, antara yang yang seringkali disebut ialah Universiti Malaya (UM). Dan, boleh dikatakan sebahagian besar penghuni pusat pengajian tinggi di seluruh negara adalah pro-pembangkang, termasuklah di UM sendiri. Apa yang dikatakan telah dilakukan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan 'team' beliau ialah mendaftar pengundi - pengundi muda ini di kawasan Lembah Pantai tanpa mengira daripada mana kampung asal mereka. Asalkan mereka berada (samada tinggal atau belajar) di kawasan Lembah Pantai mereka didaftarkan di sini agar dapat mengundi di Parlimen ini. Saya katakan kepada mereka, 'strategist' jugak Anwar Ibrahim ini. Bukankah bagus untuk seorang 'strategist' memimpin negara berbanding seorang 'Pak turut'? Simpatisan UMNO tersebut sekadar mengangguk tanpa menyatakan persetujuannya terhadap apa yang saya kemukakan itu.

Berhubung dengan dakwaan yang mengatakan Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang 'opportunist'. Apa yang menariknya adalah lontaran soalan rakan PKR saya ini kepada rakan UMNO yang turut serta dalam 'sembang' tersebut yang lebih kurang begini maksudnya, "Mana ada orang dalam dunia ini tidak opportunist. You sendiripun datang kerja kat sini sebab opportunist bukan? Saya komen sendirian, betul jugak apa yang dikatakan. Semua orang perlukan peluang untuk hidup. Peluang pekerjaan, peluang perniagaan, peluang jodoh dan sebagainya. Tapi... janganlah disalah gunakan peluang yang diberikan. Contohnya, kalau kita diberikan peluang untuk memimpin sesebuah organisasi, gunalah peluang tersebut bagi mengukuhkan lagi organisasi yang dipimpin, bukannya untuk 'membuncitkan' perut diri sendiri.

Akhir sekali, terpulanglah pada semua membuat penilaian. Namun, buatlah satu penilaian yang adil bukannya berasaskan 'emosi' dan rasa tidak puas hati kita yang membuak - buak terhadap seseorang atau sesebuah organisasi. Semoga Malaysia terus aman, makmur dan dirahmati. Wassalam.

0 comments: