? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, May 26, 2008

Pulau Batu Putih v.s. Response Orang Kita

Salam kepada semua. Akhirnya Pulau Batu Putih sah menjadi milik Singapura. Seingat saya pertikaian tentang hak milik pulau ini dah berlanjutan hampir 28 tahun lamanya. Apa - apapun, keputusan mahkamah dunia adalah muktamad. Tiada lagi pertikaian yang boleh ditimbulkan oleh mana - mana pihak, baik dipihak Malaysia mahupun Singapura. Takpalah, barangkali itu bukan rezeki kita. Mungkin dah tersurat Pulau Batu Putih adalah kepunyaan Singapura. Apa nak dikatakan lagi! Walaupun pada hakikatnya Pulau Batu Putih sepatutnya menjadi hak milik kita dan generasi kita yang akan datang.

Secara keseluruhan rakyat terkilan dengan keputusan yang memihak kepada Singapura ini. Rata - rata menyatakan rasa ketidakpuasan hati. Macam - macam pendapat, juga pandangan serta telahan yang telah dibuat. Sekadar mengambil contoh, pada hujung minggu lepas saya pulang ke kampung halaman di Kelantan. Biasalah musim cuti sekolah, kenduri - kendara banyak. Saya turut serta bersama 'generasi veteran' bergotong royong melapah daging untuk dijadikan lauk hidangan kenduri tersebut. Apa yang menarik perhatian saya, ada seorang pak cik ni, kerja kerajaan rasanya (belum pencen lagi) dengan penuh bersemangat menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang keputusan Pulau Batu Putih tersebut. Katanya, 'entah-entah menteri kita dah terima sogokan duit. Itu yang Singapura dapat. Kalau tak mesti kita yang dapat'.

Saya berfikir sendirian. Inilah masalahnya orang kita, sebolehnya semua perkara nak dipolitikkan. Seolah - olah setiap perkara takkan terlepas daripada percaturan politik. Apa yang lebih merumitkan keadaan lagi, apabila kita suka membuat pelbagai telahan dan andaian yang hanya berdasarkan kepada pemerhatian sepintas lalu kita. Telahan - telahan sebeginilah yang seterusnya akan membawa kepada pelbagai fitnah yang boleh menghancurkan umat! Apa yang dapat saya katakan, semua orang ingin menjadi jaguh bila bercakap tentang politik. Lihat saja di kedai - kedai kopi, kafe - kafe pejabat atau di mana jua sekalipun, masing - masing seolah - olah tidak sabar untuk mengatakan sesuatu tatkala bercakap tentang politik. Lebih memburukkan lagi, situasi seperti ini terbawa - bawa hingga ke surau dan masjid. Jangan kata tak berlaku perkara ini!
Apalah kaitannya Dato' Seri Rais Yatim dengan sogokan sehingga keputusan tersebut menyebelahi pihak Singapura. Apa yang saya perhatikan, mereka seolah - olah buat satu kesimpulan bahawa sesiapa yang bergelar 'menteri' atau memegang apa - apa jawatan dalam kerajaan UMNO dan BN akan terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa. Adilkan persepsi ini? Bukan maksud saya untuk menyebelahi mana - mana pihak. Tetapi kita harus berlaku adil tanpa meletakkan bendera politik sebagai aras pertimbangan antara yang hak dan batil. Memang tidak dinafikan telah banyak penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan BN. Namun, pada saya masih ada insan - insan yang benar - benar ikhlas untuk perjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Cuma apa yang saya nampak satu budaya yang cukup tidak menyenangkan dalam UMNO khususnya, dan BN amnya, iaitu orang yang berhasrat untuk melakukan sesuatu yang baik terhadap parti dan kerajaan akan berkesudahan dicantas dengan pelbagai instrumen. Dan, pada saya inilah antara perkara yang terpaksa Pak Lah hadapi. Terus terang saya katakan bahawa, Pak Lah sebenarnya bukan penyebab kepada kelemahan dan prestasi teruk UMNO dan BN dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Terdapat dua pihak yang menyumbang ke arah itu. Yang pertama, tindak - tanduk yang berupa penyalahgunaan kuasa oleh TunDr Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Rakyat cukup sedar akan hal ini. Keduanya, kelompok - kelompok peniaga yang selama ini bergantung harap kepada projek - projek kerajaan melalui suapan kepada pemimpin politik tertentu samada yang berada dalam kerajaan mahupun di luar, tetapi yang mempunyai pengaruh yang agak besar serta rapat dengan pimpinanan tertinggi parti. Kelompok - kelompok ini sanggup melakukan apa jua sekalipun untuk memastikan tidak ada orang yang akan menganggu cara mereka 'memenuhi periuk nasi' dengan cara yang sebegini. Saya berpandangan, kalaulah Anwar Ibrahim 100% mengikut rentak politik UMNO, nescaya beliau akan terselamat daripada apa yang didakwa sebagai konspirasi pada stu masa ketika dulu. Barangkali, beliau sudah berada di Seri Perdana, sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima. Pak Lah pun sebenarnya berdepan dengan dilema ini. Bibit - bibit penentangan terhadap Pak Lah makin jelas setelah Islam Hadhari diperkenalkan serta usaha pembersihan anasir - anasir dalam kerajaan dan juga UMNO. Pihak - pihak yang selama ini hidup bergelumang dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa mulai tak senang duduk. Dan rata - rata, kaki - kaki rasuah ini mempunyai sumber kewangan yang banyak. Tidak mustahilah, buku - buku yang berunsurkan fitnah untuk menjatuhkah seseorang pemimpin itu dapat diterbitkan serta diedarkan pada harga yang murah. Siapa yang menajanya? Tepuk dada, tanyalah akal dan iman masing - masing!
Untuk mengatakan dalam UMNO dan BN saja berlaku rasuah adalah satu tuduhan yang agak berat sebelah sifatnya. Ada yang mengatakan dalam PAS sendiripun sudah bermula unsur - unsur rasuah dalam kapasiti yang kecil. Ini kerana kuasa yang dipegang masih di peringkat permulaan. Ada juga pihak yang berpandangan, sekiranya PAS terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, kesanya lebih teruk berbanding dengan UMNO. Ini kerana, PAS bergerak di atas flagship Islam.
Justeru, politics is not everything! Berwaspada dan bertimbang rasalah dengan rasa penuh rendah diri apabila mengatakan sesuatu. Kelak akan membawa padah kepada diri sendiri. Ayuh, kita mendokong keadilan buat semua umat Melayu!


0 comments: