? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, May 28, 2008

Petrol Naik , Rakyat Tanggung Beban

Menaikkan harga minyak bermakna bebanan kewangan rakyat akan bertambah. Khususnya, bagi mereka yang tinggal di bandar - bandar besar. Namun, tidak terkecuali juga bagi penduduk luar bandar serta yang jauh di pedalaman. Kesannya akan tetap terasa. Kenaikan harga minyak akan turut memberi kesan kenaikan harga barang - barang pengguna lain. Kenaikan harga barangan yang tidak selari dengan kenaikan tingkat upah wang (pendapatan) akan memberikan kesan kepada taraf hidup masyarakat. Katakan dalam satu tempoh, harga purata barangan naik lebih 3 kali ganda, sedangkan tingkat upah wang tidak mengalami kenaikan yang ketara. Ini bermakna, taraf hidup masyarakat pada tempoh tersebut dikatakan menurun berbanding tempoh yang sebelumnya.


Justeru, kerajaan yang bertindak sebagai pembuat dasar seharusnya mengambil tanggungjawab ini dengan lebih berhati - hati dalam proses membuat keputusan, khususnya perkara - perkara yang melibatkan kepentingan umum. Konsep kecekapan kos dan sumber mesti menjadi prioriti. Pengagihan sumber mestilah berasaskan kepada tahap keperluan dan keutamaan sebenar, bukannya atas dasar kronisme dan nepotisme. Pada saya, peruntukan yang ada sudah cukup untuk memberikan keselesaan kepada rakyat, sekiranya tiada sebarang ketirisan oleh pihak - pihak yang berkepentingan. Dikatakan banyak projek yang dilaksanakan kerajaan bermotifkan kepentingan politik atau sekadar untuk 'create' peluang perniagaan kepada pihak - pihak tertentu. Sehingga wujud satu persepsi bahawa kekuasaan dan pengaruh politik adalah batu loncatan untuk mengumpul kekayaan. Tidak hairanlah jika ada 'cerita - cerita' yang mengatakan ada pihak yang sanggup berhabisan jutaan ringgit semata - mata untuk menang sebagai ketua bahagian! Bayangkan seorang ketua pemuda cawanganpun sudah mampu untuk berkereta mewah, apatah lagi yang lain - lain. Oleh itu saya mengesyorkan agar kerajaan mengkaji semula projek atau perlaksanaan berikut yang dianggap sebagai ketidakcekapan pengagihan kos dan sumber yang seterusnya membawa kepada pembaziran jutaan ringgit wang rakyat, antaranya:


1) Projek menghantar angkawasan kedua negara, Mejar Dr. Faiz pada misi yang berikutnya mesti ditangguh untuk beberapa tempoh tertentu sehingga kerajaan benar - benar mampu dan bersedia, terutamanya dari segi kewangan. Kos penghantaran jutaan ringgit yang akan digunakan adalah lebih bermanafaat sekiranya dialihkan kepada perkara yang lebih utama seperti menampung subsidi minyak yang jelasnya akan memberi kesan yang positif kepada rakyat dan negara.


2) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mesti dikaji semula. Pada saya adalah lebih berkesan dari segi kos dan perlaksanaanya sekiranya modul latihan khidmat negara ini diharmonikan dengan sistem pendidikan nasional yang telah sedia ada. Kos pengurusan jutaan ringgitnya berupaya digunakan bagi perkara yang lebih utama seperti menampung subsidi minyak, biasiswa pengajian, dan projek pembasmian kemiskinan. Ramai yang melihat projek ini lebih menjurus kepada kepentingan politik dan peribadi pihak - pihak tertentu.
3) Mengawal pengambilan baru kakitangan awam agar menepati keperluan semasa rakyat dan negara. Dikatakan oleh sesetengah pihak 1.3 juta bilangan kakitangan awam sekarang ini melebihi keperluan sebenar, jika dibandingan dengan jumlah penduduk pada hari ini. Jumlah yang paling ideal adalah sekitar 900 ribu orang saja. Memang tidak dinafikan dalam sektor awam hari ini banyak berlaku pertindihan tugas yang akhirnya memberi kesan kepada 'efficeiency' secara keseluruhannya.
4) Modul Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) mestilah diharmonikan dengan sistem pengajian tinggi awam yang telah sedia ada. Perlaksanaan modul ini jelas meningkatkan belanja pengurusan kerajaan hampir satu kali ganda daripada kos pelajar - pelajar terbabit ketika berada di pusat - pusat pengajian tinggi awam semasa menyempurnakan ijazah pertama mereka. Kosnya juga jutaan ringgit.
5) Perlantikan pengerusi dan juga CEO syarikat - syarikat berkaitan kerajaan harus lebih bersifat terbuka agar individu - individu yang benar - benar layak dan berkemampuan saja mengemudinya. Bukannya atas dasar kepentingan politik pihak - pihak tertentu semata - mata.
6) Menutup mana - mana anak syarikat yang berkaitan kerajaan yang dianggap tidak menguntungkan dan menjadi liabiliti kepada kerajaan.
Sekiranya ingin disebut satu persatu memang tiada 'ending'nya. Apa yang lebih penting penelitian setiap keputusan yang dibuat tanpa dipengaruhi oleh faktor politik dan peribadi akan menjadikan kehidupan rakyat lebih selesa dan terjamin, terutamanya dengan terhindar daripada bebanan kewangan yang mempunyai pelbagai implikasi negatif kepada kehidupan. Wassalam

0 comments: