? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, May 29, 2008

Masa Depan Ezam Dalam UMNO

Pengisytiharan secara terbuka Ezam tentang kemasukannya semula ke dalam UMNO semalam menerima pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Ada yang memberi maklum balas positif, tidak kurang juga yang melemparkan bermacam - macam hentaman kepadanya. Ada juga yang mempersoalkan alasan bagaimana seorang 'kaki perusuh & demonstrasi jalanan' ini boleh memasuki semula UMNO. Dulunya cukup lantang menghentam UMNO dengan pelbagai tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Seingat saya, Ezam pernah ditanya, adakah akan ada kemungkinan dia akan memasuki semula UMNO? Jawapan yang diberikan pada waktu itu cukup jelas, iaitu sesekali tidak! Tapi kini, nada dan alunannya sudah berubah. UMNO sudah dikatakan platform idealnya untuk melaksanakan agenda 'refromnya' yang telah diperjuangkan sejak sekian lama. Hanya dia dan Allah S.W.T saja yang tahu hakikat yang sebenar!


Segelintir pihak mengatakan Ezam akan mengalami nasib yang sama seperti Roslan Kassim yang menyertai semula UMNO selepas dikatakan mempunyai perselisihan pandangan dengan beberapa pimpinan kanan PKR. Kelibat dan taring Roslan Kassim tidak lagi se'gah' semasa dia bersama - sama dengan 'team Anwar' dalam Keadilan dulu. Nampaknya, Roslan Kassim makin lama makin ingin dilupakan oleh orang - orang UMNO.


Saya melihat ada sedikit perbezaan antara Roslan Kassim dan Ezam. Roslan Kassim tinggalkan Keadilan dengan melemparkan pelbagai tuduhan. Tetapi, tidak bagi Ezam. Apabila ditanya ketika temubual dengan TV3 malam tadi, alasan utama peralihan angin ini atas dasar untuk meneruskan agenda 'reform'nya. Ezam berpandangan, keadaan UMNO hari ini sudah berbeza berbanding 10 tahun yang lalu. Banyak perubahan telah dan sedang berlaku dalam UMNO dan kerajaan sendiri. Satu perubahan yang dia sendiri tidak pernah jangkakan akan berlaku seperti ini. Mungkin antara perkara yang paling membanggakan Ezam adalah pengisytiharan keluar Mahathir daripada UMNO, selain bebasnya Anwar Ibrahim daripada percaturan jahat konspirasi politik UMNO sepuluh tahun yang lalu!

Saya berpandangan bahawa amat sukar untuk Ezam mendapat tempat tertentu dalam UMNO , sungguhpun ada desas - desus yang mengatakan bahawa dia akan menggepalai Pergerakan Pemuda. Idealisma dan semangat perubahan semata - mata belum tentu menjamin masa depan yang cerah dalam UMNO, tanpa sokongan beberapa faktor lain seperti kronisme dn sumber kewangan yang kukuh. Barangkali Ezam ada semua itu? Siapa yang tahu!
Saya juga merasakan, kepimpinan UMNO pada hari ini memerlukan suntikan gaya dan agenda kepimpinan baru, sekiranya ia mahu terus relevan dengan kehendak dan citarasa rakyat. Jelas, Ezam boleh dianggap satu aset kepada UMNO dalam menggerakkan agenda perubahannya. Namun, Ezam secara solo tidak akan mampu memberikan kesan yang besar. Justeru tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa, pemimpin - pemimpin muda yang berpotensi terutamanya dalam PKR memberi sokogan kepada Ezam dengan menyertai UMNO semula. Ini termasuklah juga Anwar Ibrahim. Hanya Anwar saja yang dilihat buat masa ini mampu memulihkan imej dan kredebiliti UMNO yang terjejas teruk semasa pilihanraya yang lalu. Bak kata orang, mengapa ingin dirobohkan tunjang yang sudah tersedia. Membina yang baru belum tentu teruji lagi! Wassalam


0 comments: