? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, May 21, 2008

Mahathir Cuba Lari Kenyataan

Pengistyharan keluar UMNO oleh Tun Dr Mahathir di Kedah semalam ternyata mengejutkan banyak pihak, samada dari luar apatah lagi di pihak UMNO sendiri. Tindakan ini menambahkan lagi kekalutan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dahlah luka kegagalan mempertahankan majoriti 2/3 di Parlimen pada Pilihanraya ke-12 yang lalu masih lagi belum terubat, ditambahi lagi dengan tindakan di luar dugaan Mahathir ini. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Barangkali begitulah yang dapat diibaratkan.
Namun pada saya ianya tidaklah sesuatu yang mengejutkan saya. Saya sudah dapat meneka yang Tun akan mengambil tindakan sedemikian, terutamanya dalam situasi 'tembelang dan putar alam' beliau semasa menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO kian dirungkai satu persatu. Bohonglah kalau ada yang mengatakan Tun sedikitpun tidak merasa gundah-gulana dengan apa yang bakal berlaku sekiranya benar beliau diheret ke mahkamah.
Sekiranya diamati sedalam - dalamnya, tindakan Tun ini hanyalah antara cebisan strategik beliau untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat terhadap isu video Lingam yang akan dibuka kertas siasatannya oleh pihak berkuasa. Barangkali Tun cukup tertekan semasa melepaskan 'talaknya' kepada UMNO pada waktu itu dengan sedikit provokasi oleh individu tertentu. Di manakah kebijaksanaan bekas seorang Perdana Menteri yang telah banyak berjasa kepada pembangunan negara ini dalam membuat keputusan? Bukankah itu perbuatan terburu - buru namanya.
Mengapakah sejak sekian lama Tun didesak agar meletakkan jawatan, bukan sekali dua, tapi berulang kali semasa Anwar Ibraim dulu, tetapi tidak berbuat demikian? Kenapa sekarang?
Saya bersetuju dengan pandangan beberapa individu tertentu yang mengatakan bahawa punca masalah sebenar UMNO bukannya bermula pada zaman Pak Lah. Pak Lah hanya 'tukang sambung' ketenatan masalah UMNO yang sejak sekian lama dibelai dan ditatang oleh Tun. Lihat saja pada zaman Tun, perasuah dan perampas hak rakyat dilindungi, malah digugurkan daripada dikenakan apa - apa tindakan, dengan alasan tiada bukti pendakwaan yang kukuh. Lihat saja kekangan media pada zaman Tun, cukup payah untuk menyatakan sesuatu yang benar secara terbuka dan telus. Lihat saja tindakan zalim beliau terhadap Anwar Ibrahim, enam tahun lamanya merengkokdi penjara dengan hanya tuduhan serta fitanah yang tidak masuk akal!
Benarlah kata orang selama ini, keikhlasan dan kejujuran tiada tempat dalam UMNO! Sesiapa saja yang cuba melawan arus tradisi UMNO untuk melakukan sesuatu baik seperti memerangi rasuah, salah laku pemimpin dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan kuasa akan berakhir dengan kekucundangan. Mereka akan melakukan apa jua sekalipun agar tembelang besar mereka tidak sesekali pecah. Bak kata orang, biar pecah di perut, jangan sesekali pecah di mulut!
Justeru, dapat saya simpulkan di sini, permainan Tun ini hanyalah antara langkah beliau untuk menutup kesalahan dan kesilapan yang telah beliau lakukan sepanjang berada di puncak kekuasaan. Akhir sekali, Melayu mesti bersatu! Jangan sesekali benteng kita ini pecah disebabkan ketamakan terhadapa tiga perkara perkara iaitu, takhta, harta dan wanita! Wassalam

0 comments: