? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, May 27, 2008

Kes Murtad Lina Joy

Hari ini, selasa 27hb Mei 2008, seawal 8 pagi saya terima satu email yang menafikan Lina Joy telah menang kesnya di Mahkamah Persekutuan. Email yang saya terima ini merupakan susulan daripada email yang saya terima pada hari sebelumnya yang menyatakan kemenangan Lina Joy dalam kes saman murtadnya di Mahkamah Persekutuan. Sekarang sudah ada dua info yang berbeza. Mana satu yang reliable? Kita sendiripun sukar untuk menentukannya. Inilah antara ragam penyebaran maklumat melalui alam siber yang dalam sesetengah keadaan mampu memberikan kesan negatif kepada keadaan semasa dan masa depan umat kita.
Justeru, saya menyeru kepada semua, janganlah kita terikut - ikut dengan budaya suka menyebar atau mengadu-dombakan cerita - cerita yang belum pasti kesahihannya. Itu dah jadi fitnah namanya. Bukankah itu satu dosa besar? Sama - samalah kita ingat - meningati akan hal ini. Kepada Lina Joy, kita semua panjatkan doa terhadap Allah S.W.T agar dibuka pintu hidayahnya untuk kembali ke pangkal jalan. Juga kita doakan agar umat kita akan dilindungi oleh-Nya daripada segala malapetaka akidah seperti ini. Akhir sekali, diharapkan kebebasan beragama di bumi Malaysia yang tercinta ini, tidak akan menjadi antara agenda perjuangan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR , PAS dan DAP. Wassalam...

0 comments: