? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday, May 4, 2008

Berusahalah Untuk Cemerlang

Islam mengalakkan umatnya untuk mencapai kecemerlangan yang sebenar , iaitu cemerlang di dunia dan di akhirat. Kehidupan dunia dianggap sebagai platform yang menghubungkan Akhirat. Justeru dikatakan bahawa tidak akan ada kecemerlangan dunia tanpa Akhirat. Begitu juga tidak akan ada kecemerlangan Akhirat tanpa kecemerlangan di dunia. Formula kecemerlangan bentuk ini dirumuskan kepada kita dengan selengkapnya melalui ajaran Islam yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita melalui Nabi Junjungan , Baginda Rasulullah S.A.W. Oleh itu, bagi mencapai kecemerlangan tersebut kita hendaklah mengikut apa jua perkara yang telah digariskan dalam ajaran Islam dalam amalan kehidupan seharian kita dari awal permulaan rutin harian kita sehinggalah kita melelapkan mata pada malam harinya.

Niat adalah tunjang utama kepada setiap tindakan yang dilakukan. Oleh yang demikian, orang yang cemerlang akan meletakkan asas niatnya kepada mencari keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T. Tak kira samada dia seorang pelajar, pekerja dalam apa jua sektor, mahupun pangkatnya. Semuanya hendaklah menyandarkan niatnya kerana keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T. Niat boleh dianggap sebagai jiwa atau ruh kepada perkara atau tindakan yang dilakukan. Jiwa atau ruh yang baik akan membawa kepada perlakuan fizkal yang baik yang seterusnya membawa kepada kecemerlangan diri yang hakiki.

Kecemerlangan dalam Islam lebih komprehensif sifatnya yang menggabung jalin antara orientasi proses dan hasil (Process and result oriented). Ianya berbeza dengan definisi kecemerlangan daripada perspektif konvesional yang hanya mengiktiraf hasil kecemerlangan semata – mata tanpa mengambil kepedulian terhadap aspek proses. Dalam konteks pelajar contohnya, Islam melihat cemerlangnya seorang pelajar itu bukan sahaja cemerlang akademiknya tanpa menghubungkan dengan kecemerlangan akhlak dan sakshiah diri. Seorang pelajar yang benar – benar cemerlang bukan setakat memiliki keputusan peperiksaan yang mempunyai belasan atau puluhan ‘A’ semata. Dia semestinya juga mempunyai budi pekerti baik bila berhubungan dengan orang yang lebih dewasa seperti ibubapa dan guru serta dekat diri dan jiwanya dengan Allah S.W.T, Tuan pencipta sekalian alam. Kualiti kecemerlangan seperti yang saya sebutkan ini agak sukar diperolehi dalam situasi sekarang. Memang tidak dinafikan ramai pelajar yang cemerlang dalam akademik masing – masing, tetapi bagaimana pula dengan akhlak dan sakshiah diri mereka? Satu kajian yang telah dibuat di Britain yang menunjukkan bahawa sekolah – sekolah agama di sana dikatakan lebih cemerlang pencapaiannya dari segi akademik mahupun akhlak dan sakshiah diri. Begitu juga di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan pelajar yang benar – benar cemerlang datangnya daripada sekolah – sekolah yang berlatar belakangkan agama. Namun, ianya tidak begitu mendapat liputan media yang menyeluruh. Sebab itulah ramai yang tidak mengetahui tentang perkara ini.

Kecemerlangan hanya mampu diperolehi melalui kerja keras dan usaha yang bersungguh – sungguh secara berterusan tanpa mengenal erti jemu serta putus asa. Tidak ada jalan pintas atau ‘short cut’ untuk mengecapi kecemerlangan. Boleh dikatakan semua orang yang waras akal fikirannya mengimpikan kecemerlangan dalam hidup mereka. Masing – masing mempunyai impian kecemerlangan yang hebat – hebat. Namun, tak begitu ramai yang benar – benar berjaya merealisasikan impian kecemerlangan tersebut. Ini berlaku kerana tak ramai yang sanggup berusaha bersungguh – sungguh dan meletakkan usaha yang sedaya mungkin agar kecemerlangan menjadi milik mereka. Peribahasa Melayu seringkali mengaitkan situasi ini seperti angan – angan Mat Jenin. Sebab itulah, anak – anak seringkali dinasihatkan agar jangan sesekali mengikut resam Mat Jenin dalam setiap percaturan hidup. Sekirannya disoroti jalan cerita Mat Jenin yang pelbagai versi itu, kita dapat melihat susur galur perancangannya cukup hebat dan sempurna, boleh dikatakan dari A ke Z. Walaubagaimanapun, dia kecundang ketika diawal ‘perjuangannya’…(mengikut sesetengah versi, Mat Jenin dikatakan meninggal dunia akibat jatuh dari pokok kelapa).

Justeru, kepada adik – adik yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini, bulatkan tekad anda untuk benar – benar menjadi seorang yang cemerlang dunia dan Akhirat. Kecemerlangan akademik semata – mata tanpa kehadiran kecemrlangan sakshiah diri dan akhlak tidak akan membawa makna yang besar kepada diri dan keluarga.

0 comments: