? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, May 28, 2008

Insiden Buka Jalan Mahkota Cheras

Nampaknya isu pembukaan jalan Bandar Mahkota Cheras masih belum ke penghujungnya. Dua tiga hari lepas saya berkesempatan berhubung dengan seorang rakan saya yang tinggal di sana menanyakan berkenaan hal tersebut. Katanya, agar rumit jalan penyelesaiannya kerana ianya melibatkan beberapa pihak yang enggan berkompromi.
Apa - apapun saya tetap tidak bersetuju dengan cara dan tindakan sekelompok penduduk di sana yang didalangi oleh parti - parti politik tertentu yang telah memecahkan tembok penghadang yang telah dibina oleh pihak konsesi Grand Saga. Barangkali ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya ini. Begini saudara - saudara sekalian :
1) Sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil apa - apa tindakan terhadap apa yang telah dilakukan oleh kelompok terbabit, dibimbangi ianya akan menjadi budaya dan tradisi masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Ada saja pertikaian, tindakan mendahului undang - undang. Bila mana undang - undang tidak lagi dihormati oleh kebanyakan orang, kehidupan yang aman damai bukan lagi menjadi milik kita. Kehidupan akan sentiasa dalam ketakutan. Rampas merampas hak sudah menjadi kebiasaan. Ini seterusnya akan memberikan kesan kepada perkembangan ekonomi negara. Logiknya, siapa yang ingin datang berniaga di tempat kita sekiranya tiada jaminan keamanan dan keselamatan? Asyik kedai kena pecah saja!
2) Memang benar YB Ronnie Liu, EXCO kerajaan Negeri Selangor mengatakan jalan terbabit berada di atas tanah milik kerajaan negeri. Bagaimana pula jalan bersebelahan yang menghubungkan jalan tersebut? Adakah ianya juga milik kerajaan negeri? Tidak, bukan? Ianya milik 'private' Grand Saga. Bila namanya milik 'private' pihak - pihak tertentu, secara logiknya boleh tak kita sewenang - wenangnya menceroboh? Tidak boleh, bukan? Senarionya sama kalau kita berjiran. Kita tidak boleh sewenang - wenangnya memecahkan pagar jiran sebelah rumah tanpa keizinannya!
3) Dalam hal ini, semua pihak kena berkompromi. Bukan setakat Grand Saga saja yang kena mengalah. Mereka orang berniaga. Takkan nak rugi teruk! Berapa ramai yang menumpang mencari rezeki di Grand Saga. Banyaknya orang - orang kita yang bekerja di sana. Ke mana mereka nak bermujahadah selepas ini dalam keadaan peluang pekerjaan yang agak 'tight'. Sanggupkah parti - parti politik terbabit menyara mereka anak beranak kiranya Grand Saga melakukan retrenchment? Sudah tentu tidak! Dalam hidup no free lunch at all! Namun begitu, dipihak Grand Saga janganlah take for granted situasi ini. Bertolak ansurlah sikit. Kadar tol janganlah membebankan rakyat. Buatlah khidmat masyarakat sikit. Janganlah dok asyik fikir untung saje! Kita dipihak pengguna pula kenalah juga turut bertimbang rasa. Keluarkanlah duit sikit untuk bayar tol. Ni tak, semua tak mau! Traffic Jam tak nak dan pada masa yang sama tak keluarkan apa - apa kos extra. Tak logik bukan? Bagi parti - parti politik pula, janganlah suka meneguk di air yang keruh. Pantang ada semua nak diteguknya. Tak kiralah pembangkang mahupun kerajaan. Janganlah juga semua perkara nak dipolitikkan. Huru - hara jadinya nanti. Siapa yang susah? Kita semua bukan?
Memang benar. Banyak masalah yang dihadapi rakyat berpunca daripada penyalahgunaan kuasa pemimpin - pemimpin politik. Ketamakan, kerakusan dan ketidakikhlasan telah banyak menyusahkan rakyat! Namun, proses perubahan dan peralihan ini harus berlaku secara aman mengikut landasan perundangan. Tidak wajar untuk kita membelakangi undang - undang semata - mata lantaran ketidaksabaran kita untuk melihat perubahan. Wassalam...

0 comments: