? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, April 2, 2008

No short cut!

Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti mempunyai impian dan cita - cita masing - masing iaitu mahu mencorak sebuah kejayaan yang akan menjadi kenangan dan simbol sejarah kehidupannya untuk sepanjang zaman.
Kejayaan dalam erti kata yang sebenar adalah sesuatu yang subjektif serta tidak terbatas kepada satu lingkungan tertentu sahaja. Namun, secara universalnya ianya adalah sesuatu yang berupaya mencipta kepuasan dan kebanggaan diri seseorang tatkala berjaya memperolehinya.
Biar apapun takrifan yang diberikan, "there is no short cut towards success" ! Ataupun tiada jalan pintas untuk sampai ke puncak jaya. Samada kita suka ataupun tidak, "we have to struggle". Jika tidak, kita hanya 'berjaya' dalam mimpi dan angan - angan saja. Just to remember, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa melalui usaha yang betul dan bersungguh - sungguh secara berterusan (istiqamah).
Kejayaan adalah bersifat pendakian. Setiap pendakian akan berdepan pelbagai halangan. Semakin tinggi gunung yang ingin didaki, semakin besar halangannya. Pendakian Gunung Tahan dan Gunung Everest sudah pasti mempunyai halangan dan cabaran yang berbeza. Apa yang pasti, Gunung Everest pasti lebih besar halangan dan cabarannya!
Kalau anda seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penghujung tahun ini, anda perlu mendaki mulai daripada sekarang ataupun seawal mana yang boleh. Juga menyelesaikan apa jua masalah yang timbul di sepanjang pendakian tersebut. Lari daripada masalah bukan sifat orang yang ingin berjaya. Sebarang masalah yang timbul adalah antara amanah Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang wajib dilaksanakan. Perlaksanaan amanah yang bersifat masalah ini membawa maksud, mengambil tangunggjawab untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin serta mendalami iktibar di sebaliknya bagi membetulkan apa jua kesilapan yang telah dilakukan.
Usaha dan keringat yang sekelumit tidak akan mengiringi sebuah kejayaan yang hebat. Juga tidak tanpa sebuah pengorbanan yang luhur! Moga bertemu lagi. Wassalam
Tok Canang

0 comments: