? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, March 26, 2008

Reformasi UMNO

Secara peribadi, tok canang berpandangan usaha veteran UMNO Tengku Razeleigh Hamzah untuk meraih sokongan ketua - ketua bahagian di seluruh negara agar diadakan Perhimpunan Agung UMNO Luar Biasa (EGM) yang membolehkan pucuk pimpinan baru dipilih, seharusnya disambut dengan tangan terbuka serta rasa rendah diri terutamanya kalangan pemimpin UMNO sekarang. Bukannya terus menidakkan tanpa sebarang penelitian yang berhati - hati. Tok canang merasakan, sekiranya benar ahli - ahli UMNO ingin melihat ianya terus relevan dan terus menjadi pilihan utama rakyat pada tahun yang mendatang, reformasi kepimpinan menerusi pemilihan pucuk pimpinan baru secara terbuka harus dijadikan amalan. Persoalannya, kenapa nak menindakkan hak ahli untuk bertanding secara bebas? Kenapa wujud tiada pertandingan untuk jawatan tertentu? Khususnya bagi jawatan presiden dan Timbalan Presiden? Trend yang sebegini, bukan sahaja berlaku dalam UMNO malahan juga parti - parti politik lain seperti PAS, MCA, GERAKAN dll. Pengamalan trend sebegini juga akan menyekat peluang pemimpin - pemimpin yang benar - benar berpotensi dan ikhlas naik ke atas. Akibatnya, kita akan menyaksikan barisan kepimpinan yang 'less quality' daripada pelbagai sudut dan 'kaki ampu' sebagaimana yang terjadi pada hari ini dan seterusnya membentuk satu budaya 'yes man' dikalangan mereka. Budaya 'yes man' ini tidak ada untungnya kepada rakyat dan hanya beberapa kelompok tertentu sahaja yang mendapat manafaat yang berlipat - ganda daripadanya! Rakyat akan terus menderita dengan pelbagai kepayahan dan kesukaran. Jika ini terus dibiarkan, UMNO hanya akan tinggal dalam lipatan sejarah! Kita hanya akan berasa lega (sekiranya UMNO terus dibiarkan dipimpin oleh seseorang yang bukan ahlinya), bila mana PAS yang mengetuai pakatan parti - parti pembangkang hari ini, bukannya keadilan, apatah lagi DAP! Pakat - pakatlah kita membudayakan 'kepimpinan ilmu' dalam masyarakat kita pada hari ini, bukannya 'kepimpinan perut' yang dah jadi sebahagian daripada budaya kepimpinan pada hari ini. Tepuk dada tanyalah iman masing - masing. Wassalam

0 comments: