? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, March 26, 2008

Mengenali Perbankan Islam

Secara kebetulan beberapa bulan yang lepas saya telah menghadiri satu kursus yang bersangkut paut dengan industri perbankan. Ia dianjurkan oleh bank tempat saya bekerja.
Apa yang menarik yang ingin saya kongsi bersama-sama dengan para pembaca sekalian tentang seorang rakan bukan Islam kita mengutarakan komennya tentang sistem perbankan Islam yang diterima pakai di negara kita. Katanya dengan penuh konfiden, “Basically by practice, tak ada bezanya pun bank Islam dengan bank lain yang ada sekarang. Ibarat dua ekor ayam yang masing-masing disembelih ikut cara Islam dan tidak digunakan untuk masak kari ayam. Apakah akan ada kelainan rasa kari ayam tersebut? Ada logiknya juga bukan. Seorang rakan bukan Islam yang lain yang mungkin secara kebetulan mendengar perbualan kami turut mengutarakan sesuatu. Katanya, “Bank konvesional lebih profitable berbanding dengan bank Islam. Let set up dua buah bank yang masing-masing berasaskan kepada Islam dan konvesional. Berikan jumlah modal yang sama rata. Semua kemudahan pun sama. Cuba lihat selepas lima tahun kemudian bank mana yang akan lebih mengaut keuntungan. Sudah tentu bank konvesional yang akan mendahului”. Kalau tak kuat kefahaman dan keyakinan terhadap apa yang Islam anjurkan kepada kita, rasanya tentu ramai yang mula menjadi lalang. Keyakinan terhadapnya mungkin sedikit goyah. Kemungkinan juga akan terngiang-ngiang di telinga kita satu persoalan yang mempertikai tindakan berurusan dengan Bank yang berasaskan Islam.Kelak tak semenang-menang untung entah ke mana, pokoknya entah ke mana. Masuk angin keluar asaplah gamaknya. Tambahan lagi pernah heboh satu ketika dulu tentang kerugian besar yang dialami oleh salah sebuah bank Islam pelopor di negara kita.
Menurut seorang rakan saya yang pernah bekerja di salah buah bank Islam yang ada dalam negara, sistem dan produk yang dirangka memang perfect. Tapi bila masuk tang perlaksanaan, tu yang jadi masalah. Terutamanya bila masuk bak ‘credit recovery’, memang cukup lemah. Tu yang hutang tak berbayar jadi banyak. Ramai pelanggan jadi culas nak bayar balik pinjaman. Di mana silapnya? Nanti kita sama-sama kupas dalam siri-siri artikel saya yang akan datang.
Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta, apatah nak mendekatinya. Sebagai langkah pertama dalam usaha membawa para pembaca sekalian untuk lebih mendekati sistem perbankan Islam ini, seeloknya terlebih dahulu,saya paparkan secara ringkas perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua sistem perbankan ini agar para pembaca sekalian sedikit sebanyak mendapat gambaran awal.

Sistem Perbankan Konvesional (SPK)
Sistem Perbankan Islam (SPI)
Secara dasarnya, ia mengamalkan konsep dan kaedah pemberian serta pengambilan faedah (riba) bagi produk yang ditawarkan. Sistem yang berasaskan kepada faedah banyak memberi kelebihan kepada sebelah pihak sahaja, samada bank atau pelanggan (Bergantung kepada jenis produk yang ditawarkan) SPK
Secara prinsipnya, ia mengamalkan konsep dan kaedah yang dianjurkan oleh Islam iaitu perkongsian untung dan rugi yang dimanifestasikan melalui prinsip seperti Wadiah (Pemegang amanah), Mudharabah (Perkongsian untung), Murabahah (Jualan dengan sedikit keuntungan), Musyarakah (Perkongsian), Bai Bithaman Ajil (Jualan secara ansuran), Wakala (Agensi), Bai At Takjiri (Pindah milik harta sewa), Qard Al-Hassan (Pinjaman) dan Ijarah (Sewa). SPI
Dari segi akta yang digubal oleh kerajaan, ianya tertakluk kepada Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA 1989). SPK
Dari segi akta, ianya tertakluk kepada Akta Perbankan Islam 1983 . SPI

0 comments: