? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, March 26, 2008

Dasar Perutism

Menurut penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan digantikan dengan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang dikatakan lebih terbuka dan telus sifatnya serta tidak condong kepada mana - mana kelompok bangsa sebagaimana yang wujud dalam DEB. Secara konsepnya, DEB adalah satu dasar yang baik dan telah banyak memberikan manafaat kepada orang Melayu. Sungguhpun ianya dikatakan masih gagal meletakan kebersamaan antara ketiga - tiga khususnya dari sudut perkongsian kek ekonomi negara. Secara keseluruhan pencapaian orang Melayu hari ini masih belum boleh dibanggakan, kecuali dua tiga kerat yang mempunyai hubungan rapat dengan tradisi kepimpinan negara, iaitu UMNO. Sebelum PRU 12, UMNO dianggap sebagai tempat mengaut dan mengumpulkan kekayaan melalui kebocoran dan ketirisan kontrak - kontrak kerajaan yang sepatutnya menjadi hak sesiapa saja yang layak. Bukannya mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan individu tertentu dalam UMNO dan kerajaan. DEB dah jadi semacam "Dasar Perutism" yang hanya mengkayakan golongan tertentu yang menyertai UMNO semata - mata untuk memenuhi isi perut mereka dan suku sakat mereka.
Barangkali gagalnya DEB bukan kerana dasarnya yang tidak baik. Tetapi berpunca daripada ketidakikhlasan pimpinan UMNO itu sendiri. Terus terang saya katakan, orang yang benar ingin memperjuangkan nasib, agama, bangsa dan negara tidak akan sesekali mendapat yang sewajar di dalam UMNO. Pelbagai usaha akan dilaksanakan agar 'orang sebegini' tidak diberi peluang dan tempat dalam kepimpinan UMNO dan seterusnya kerajaan. Atas dasar apa ianya berlaku? Berlaku atas kebimbangan "Dasar Perutism" ini akan diganggu gugat dan menyukarkan individu - individu tertentu yang menyertai UMNO semata - mata kerana perut mereka.
PRU 12 telah banyak membawa hikmah dan makna kepada rakyat. Tragedi UMNO & BN ditimpa tsunami kekalahan di luar jangkaan telah mendedahkan kepada rakyat mana satu pemimpin yang benar - benar ikhlas untuk membela nasib mereka. Barangkali perebutan jawatan menteri besar di Perlis dan Terengganu menjadi antara gambaran ketidakikhlasan seseorang yang telah dipilih rakyat menjadi pemimpin sebelum ini. Sekiranya, benar - benar ikhlas nak perjuangkan nasib rakyat, kenapa perlu timbul soal perebutan sebegini? Melainkan bagi mereka yang menjadikan kepimpinan sebagai medium melaksanakan agenda perutism! Justeru, kita tunggu dan lihat saja realiti di sebalik Agenda Ekonomi Malaysia (AEM). Jangan realtinya ibarat harapkan pagar, pagar yang makan padi! Wassalam

0 comments: